Sunday, July 26, 2009

Khasiat Tauge


Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidanganyang langsung tidak menyelerakan.


Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untukdijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakanmampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge olehkaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makinbaik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yangdihasilkan.


Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia jugaterbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibitkanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.


Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau,alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat.Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) , sejenis asid yang amino.Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besardan pankreas.


Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama denganestrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dansusunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)


Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindarmereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptompra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.


Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadarsaponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakitstrok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggidianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponidalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemakbaik HDL.


Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuhdari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulantauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.


Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuangkotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilahyang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.


Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racundalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulanbahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepasmembaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

No comments:

Post a Comment