Showing posts with label Herb-Lax. Show all posts
Showing posts with label Herb-Lax. Show all posts

Friday, January 18, 2013

Makanan Pengganti Nasi

Demi mendapatkan tubuh langsing dan sihat, ramai wanita memilih untuk mengurangkan pengambilan nasi. Malah, ramai juga yang tidak mengambil nasi selama berbulan-bulan. Kekurangan karbohidrat di dalam tubuh sebenarnya memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh badan. Tubuh masih memerlukan karbohidrat untuk memberi tenaga kepada kita. Oleh itu, makanan ganti kepada nasi yang mengandungi karbohidrat diperlukan untuk diet sihat. Cadangan makanan pengganti nasi:

Sagu



Sagu merupakan butiran atau tepung yang diperoleh dari batang pohon sagu atau rumbia. Usah risau mengenai kandungan lemak kerana sagu rendah kandungan lemaknya. Sangat sesuai dijadikan makanan pengganti nasi.

Cara sajian: Sajian sagu yang paling mudah ialah bubur sagu. Biasanya ia dimakan dengan ikan jika di Papua atau Maluku. Umpamanya memakan nasi dengan lauk ayam.

Jagung

Sumber karbohidrat ini juga mengenyangkan dan amat sesuai untuk anda yang mengamalkan cara hidup sihat. Selain itu, jagung juga mengandungi serat dan asid folat yang membantu menjaga pembuluh darah. Alternif yang sesuai sebagai makanan pegganti nasi yang enak.

Cara sajian: Jagung boleh direbus begitu sahaja atau dimasukkan di dalam masakan sebagai sayur tambahan. Tidak salah untuk menikmati jagung rebus pada waktu pagi sewaktu sarapan tetapi dengan rasanya yang enak, pastinya anda teruja memakannya. Anda juga boleh menikmati jagung bakar sebagai alternatif.

Kentang

Selain nasi, kentang adalah pengganti yang paling digemari. Kentang mudah dimasak dengan bahan-bahan lain. Ia mempunyai kalori rendah berbanding tumbuhan ubi lain. Kentang banyak digunakan dalam program penurunan berat badan. 200 gram kentang bersamaan 100 gram nasi.

Cara sajian: Panggang kentang bersama kulitnya agar khasiat kentang terpelihara. Atau, anda juga boleh merebus kentang dan dimakan bersama sos atau gravy.

Pasta

Sesekali bertukar selera Itali apa salahnya. Pasta diperbuat dari pelbagai campuran bahan seperti tepung, air, telur dan garam. Pelbagai jenis pasta boleh di dapati di pasaran contohnya spageti, makaroni, lasagne dan fettucine.

Cara sajian: Pasta boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada panggang, rebus atau dijadikan salad. Jika menu masakan anda memerlukan minyak, pilih minyak zaitun dalam kuantiti kecil. Daging rendah lemak boleh digunakan dengan tambahan sayur-sayuran seperti brokoli atau paprika.

Oat

Oat merupakan sejenis bijirin gandum dan kita sering menjumpainya dalam bentuk oatmeal. Biasanya, oat dijadikan sebagai bubur atau menjadi salah satu bahan dalam pembuatan kek. Oat boleh mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh.

Cara sajian: Mungkin dari semua sumber karbohidrat, inilah yang banyak tersedia dalam bentuk segera atau instant. Hanya campurkan air panas dan oat sudah tersedia untuk dihidangkan. Campurkan buah strawberi, beri hitam atau kiwi untuk menambah selera.

sumber

Pengambilan suplemen juga penting bagi menjamin kesihatan anda semasa anda tidak mengambil nasi. Ini bagi menampung kekurangan zat semasa dalam proses menurunkan berat badan anda. Multivitamin, detoks, dan pengemulsi lemak penting bagi menjadikan diet anda lebih berjaya.

Cadangan produk Shaklee untuk multivitamin ialah vitalea iron formula yang mengandung 28 jenis vitamin yang dapat menampung keperluan zat anda. Detoks pula penting untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin dan sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh kita. Cadangan produk yang biasa digunakan adalah seperti Herb-Lax, Alfalfa Kompleks dan Omega Guard. Kesemua produk detoks ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Anda pasti tidak menyesal menggunakannya selain mendapat pelbagai khasiat dari produk ini. Pengemulsi lemak seperti lecithin pula dapat mengemulsi lemak degil supaya terurai dan menghalang lemak berlebihan menempel di dalam badan. Ia juga mampu meningkatkan kadar metabolisme badan seseorang.

Pengambilan protein pula sangat penting untuk mengekalkan anda sentiasa bertenaga dan pengekalan otot badan anda. Tanpanya badan anda akan menjadi menggeleber apabila penurunan berat berlaku. Berat anda juga akan lebih cepat naik sekiranya anda makan secara tidak terkawal. Cadangan produk yang mengandungi protein ialah cinch mix shake, esp dan meal shake. Pilih mana-mana mengikut kesukaan anda.

Norhafizah MK | 019 984 7340 

Tuesday, January 1, 2013

Cara Nak Kuruskan Badan

Tip Mudah Kurus
Jom baca sedikit info dan cara untuk nak kuruskan badan anda!!

Kawal kuantiti pengambilan makanan anda kerana kandungan metabolisme badan akan menurun mengikut kandungan kalori yang berada di dalam badan. Semakin kurang pengambilan kalori maka semakin menurun kadar metabolisme badan anda seimbang dengan kadar kalori yang berada di dalam tubuh anda.
Kuantiti makanan yang banyak dan berlebihan akan menyebabkan kandungan kalori yang tinggi di dalam tubuh anda. Kemampuan metabolisme dalam tubuh pula tidak meningkat walaupun kandungan kalori dalam badan anda meningkat. Metabolisme tidak akan mampu bergerak aktif untuk melakukan proses pembakaran lemak dan kalori yang berlebihan. Inilah di antara punca-punca pertambahan berat badan boleh berlaku.

Pilihan jenis makanan yang memainkan peranan penting di dalam menentukan kadar kalori. Sebaiknya pilihlah makanan yang mengandungi lebih protein berbanding kalori, ini kerana tenaga yang dihasilkan adalah dari sumber protein dan keperluan kalori adalah sedikit sahaja iaitu 2000kal sehari. Antara makanan yang perlu amalkan ialah sayuran hijau kerana kandungan proteinnya dalah tinggi dan rendah kalori. Ia juga tinggi khasiat dan mampu membantu dalam sistem pencernaan anda. Kurangkan pengambilan nasi (kuantiti yang sedikit) di dalam setiap hidangan anda.

Anda boleh mengambil kuantiti makanan dengan banyak jika makanan tersebut berserat serta tidak mengandung kalori/kalorinya sangat rendah. Contoh makanan yang rendah kandungan kalorinya seperti buah-buahan tapi AWAS buahan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi tidak digalakkan diambil secara berlebihan. Tetapi sekiranya anda jenis yang suka makanan berat anda bolehlah mengambilnya dengan menyekat kuantitinya sahaja. Makan dengan kadar yang kerap dan sedikit boleh membantu memudahkan anda untuk kurus.Kawal/Elakkan makanan berlemak dan berkalori tinggi di dalam menu makanan harian anda. Sekiranya anda jenis yang suka menguyah atau asyik lapar cuba petua ini. Minum segelas air apabila berasa lapar tetapi sekiranya rasa lapar itu tidak hilang anda sememangnya lapar, jadi anda perlulah mengambil sedikit makanan bagi mengatasinya. Jangan pula makan berlebihan.


Menahan nafsu makan juga banyak membantu anda untuk kurus. Menahan nafsu bukan sahaja tertumpu kepada kuantiti makanan tetapi juga merangkumi kehendak dalam memilih jenis makanan untuk dimakan. Sewaktu perut kosong/kelaparan pelbagai jenis makanan terbayang di minda anda bukan? Jadi cuba kawal nafsu anda dengan bijak memilih keperluan makanan berbanding kehendak hati anda. Pilih untuk mengawal kuantiti, kandungan kalori dan juga keperluan untuk tenaga anda sahaja. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Susun menu makanan harian anda seperti melakar jadual pemakanan. Ini juga dapat membantu anda mengawal bajet perbelanjaan anda. Jimat bukan? Dua dalam satu! JIMAT dan KURUS.

Jadualkan hidangan menu makan tengahari dan malam anda juga boleh membantu anda untuk lebih berdisiplin dalam menjamin proses menurunkan berat anda berjaya. Variasikan hidangan agar seimbang dan bersesuai dangan bajet anda. Cara ini dapat membantu anda mengawal nafsu anda dalam memilih makanan terutamanya makanan yang dibeli. Disiplin adalah sangat penting dalam merancang dan menjalankan pemakanan mengikut jadual ini. Tidak salah anda mengubahnya di saat akhir tetapi harus diingat kuantiti kalori masih perlu dikawal.

Pengamalan makan makanan tambahan/suplemen boleh membantu anda mendapat zat yang seimbang dan secukupnya. Bimbang juga dengan menyekat kuantiti makanan dalam masa yang sama zat keperluan badan anda juga tersekat. Jadi makanan tambahan mampu menampung kekurangan zat kesan dari pengawalan makanan seperti yang disarankan dia atas. Pengambilan makanan tambahan juga boleh membantu anda kekal cergas dan bertenaga. Tidak timbul masalah lemah badan dan tidak bertenaga sekiranya anda mengambil makanan tambahan di dalam menu diet harian anda. Kadar metabolisme badan anda juga boleh ditingkatkan dengan pengambilan makanan tambahan/suplemen seperti yang dicadangkan.

Cadangan makanan tambahan/suplemen:

Lecithin- membantu meningkatkan kadar metabolisme badan.

Omega Guard - bertindak seperti lecithin (lebih cepat) dan menyokong fungsi jantung anda

HerbLax - membantu meningkatkan fungsi usus juga menyingkir sisa yang tidak diperlukan badan anda bagi membantu penyerapan nutrein pada tahap optimum

Alfalfa - bertindak untuk menyokong sistem dalaman anda termasuk sistem pencernaan anda di samping membekalkan nutrien kepada tubuh anda

VitaLea - multivitamin yang mampu membekalkan keperluan zat kepada tubuh anda. Zat yang terkandung dalam 2 biji vitalea umpama 40 hidangan lauk

ESP - membekalkan tenaga segera (kandungan protein yang tinggi) dan membekalkan zat tambahan kepada tubuh anda. Kandungan soyanya juga boleh mencantikkan kulit

Cinch - mengekalkan anda agar sentiasa bertenaga dan memberikan rasa kenyang berpanjangan, membantu membentuk tubuh badan idaman anda

Norhafizah MK|sms/whatsapp/call:019 984 7340 | facebook: fizzcare | page: nutricantikblog

Thursday, December 20, 2012

Kurus Selepas Bersalin

Kebiasaannya ibu selepas bersalin akan memiliki tubuh badan yang gemuk dan meggeleber. Semua ibu pasti inginkan bentuk tubuh badan kembali langsing dalam tempoh yang singkat. Seboleh-bolehnya sekembalinya bekerja selepas dalam tempoh berpantang si ibu ingin memiliki tubuh yang langsing dan menawan. Tetapi mendapatkan kembali berat seperti sebelum mengandung agak sukar dalam tempoh singkat kerana tempoh kehamilan adalah 9-10 bulan dengan berat perlu meningkat 10-12kg. Tetapi ianya tidak mustahil dengan panduan dan cara penjagaan makanan yang betul.

Si ibu perlu tahu kaedah berkesan bagi membantu kembali cergas bertenaga dan menawan selepas bersalin. Sepanjang tempoh kehamilan 9 bulan badan akan mengalami banyak perubahan dari segi hormon dan juga emosi. Sebenarnya badan kita boleh pulih secara semulajadi selepas bersalin. Rahim akan kembali mengecut kepada keadaan asal selepas enam minggu anda bersalin. Keanjalan ligamen akan kembali perlahan-lahan ke bentuk asal sekitar tempoh 3 ke 6 bulan.

Senaman ringan haruslah dilakukan sebagi rutin harian bagi mengembalikan otot-otot kepada keupayaan fungsi asal. Rajin atau malas bukan persoalan kerana ibu perlu lakukan senaman yang rutin untuk mengelakkan otot-otot daripada mengecut dan menjadi lemah.

Selain daripada itu, rawatan pelangsingan di spa turut membantu ibu mendapatkan semula badan yang langsing dan firm/pejal. Pakej rawatan pelangsingan di spa membantu ibu untuk mengawal penghasilan selulit dan memecahkan sel lemak yang banyak semasa mengandung. Bahkan ia turut membantu para ibu mengurangkan kesan rekahan serta kembali ke bentuk badan asal lebih cepat.

Jenis-jenis rawatan spa
  • Skrub badan- Rawatan ini bertujuan untuk membuka pori kulit dan menanggalkan sel kulit mati
  • Jakuzi- Rawatan yang memberikan getaran kepada tubuh ibu membolehkan sel-sel lemak bergetar dan hancur sedikit demi sedikit. Ia boleh membuang toksik yang ada di dalam badan supaya senang dipecahkan.
  • Hot Blanket/Sauna-  Bertujuan untuk proses detoksifikasi kerana ada wanita yang menjadi gemuk semasa hamil kerana terlalu banyak air (water retention). Jadi selepas proses ini air yang berlebihan akan hilang dan seterusnya ukuran inci badan akan berkurangan.
  • Urutan Pelangsingan- Setiap teknik urutan pelangsingan membolehkan sel-sel lemak di dalam badan diuraikan. Urutan yang berkesan akan menyebabkan ibu berasa gatal-gatal di bahagian yang diurut. Ia perkara normal kerana menunjukkan proses pemecahan lemak sedang berlaku.
  • G5 Rawatan Pelangsingan- Penggunaan mesin pelangsingan tidak berbahaya kepada ibu-ibu baharu melahirkan anak. Ia melibatkan teknik getaran yang bertujuan memecahkan lemak di dalam badan lebih pantas iaitu sepantas apabila melakukan 100 kali senaman sit-up dan 100 kali push-up. Rawatan ini sesuai selepas 3-6 bulan bersalin.
Perkara yang perlu diambil kira untuk melakukan rawatan di spa:
  • Pastikan bahawa produk pelangsingan yang digunakan adalah bebas daripada bahan kimia, pewarna tiruan dan bahan awet yang berbahaya dan memudaratkan kerana boleh mengganggu penyusuan ekslusif
  • Ibu yang bersalin secara normal, boleh memulakan program-program pelangsingan seawal 3 bulan selepas bersalin.
  • Ibu yang melahirkan anak secara pembedahan caesarean, hanya boleh memulakan program-program pelangsingan selepas 6 bulan kelahiran. 
  • Ibu yang masih menyusukan bayi, elakkan daripada mengambil ubat-ubatan pelangsingan yang berkaitan dengan proses detoksifikasi kerana ia akan menyebabkan bayi anda mengalami cirit-birit sehingga boleh menyebabkan dehidrasi.
Pengambilan minuman herba boleh diambil oleh ibu kerana bimbang minuman teh herba tertentu boleh memberi kesan kepada susu badan yang diminum bayi. Justeru, minuman yang dibenarkan berasaskan halia dan limau nipis yang membantu membuang angin di dalam badan. Pengambilan makanan tambahan juga boleh membantu dalam penurunan berat badan selepas bersalin. 

Senaman turut membantu anda mendapatkan kembali bentuk badan menarik namun mengambil jangka masa yang lama untuk melihat kesannya. Beri masa kepada diri sendiri untuk mencapai berat badan ideal dalam tempoh 6-12 bulan mengikut program senaman yang konsisten. Senaman membantu proses penyembuhan dan pemulihan yang pantas selepas melahirkan bayi, peningkatan metabolisme dan pantas kembali ke bentuk badan sebelum hamil dan tahap kecergasan. Ia turut membantu mengurangkan tekanan selepas bersalin. Ibu juga lebih bertenaga untuk menjalankan peranan sebagai ibu. Justeru, untuk berjaya mencapai bentuk dan berat badan sasaran, ibu perlu konsisten melakukan senaman tetapi ingat jangan paksa diri. Paling penting anda seronok melakukannya.


Cadangan Suplemen untuk menurunkan berat badan selepas bersalin:
  • HerbLax-Membantu proses detoks, membantu mengatasi masalah penghadaman seperti sembelit.
  • Lecithin-Meningkatkan metabolisme badan dan menyingkirkan lemak di dalam badan. Ia memerlukan herblax/alfalfa sebagai agen pengangkutan bagi membuang lemak berlebihan
  • ESP-Membantu memberi tenaga dan membekalkan protein untuk badan. Memberi rasa kenyang dan membantu menurunkan berat badan. Ia juga boleh mencantikkan kulit
  • Alfalfa-Sesuai untuk wanita selepas bersalin bagi mengatasi masalah dalaman wanita. Ia juga berfungsi untuk tujuan detoks, mampu bertindak seperti kacip fatimah juga.

Sunday, November 25, 2012

Bagaimana Nak Kurus

"Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya makan keraslah hatinya maka tenggelamlah dia di dalam bencana dunia serta keindahannya."          
- petikan dari majalah

Jom mulakan langkah pertama untuk menurunkan berat badan anda!!!

Tahukah anda? Komponen UTAMA untuk menurunkan berat badan dengan BERKESAN ialah DETOX, PEMECAH LEMAK dan PROTEIN.

DETOX - Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan. Mungkin ada yang pernah berdiet tetapi tidak pernah mendapat hasil yang memuaskan. Puncanya mungkin masalah detox. Apabila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk menyerap nutrien yang diambil samada daripada supplemen atau diet harian. Detox secara semulajadi ialah dengan meminum air kosong melebihi 3 liter sehari. Namun dengan bantuan pengambilan suplemen yang betul anda mampu mendapat hasil yang anda inginkan.

PEMECAH LEMAK - Anda memerlukan produk yang berfungsi untuk memecahkan lemak berlebihan dalam badan dan perlukan medium pengangkutan untuk membawa keluar daripada badan. Medium pengangkutan yang dimaksudkan ialah komponen detox itu sendiri.

PROTEIN - Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Perasan atau tidak sesetengah orang yang berat badan turun tetapi bentuk badan menggeleber. Ini kerana penurunan berat pada otot berlaku dalam erti kata lain kehilangan otot bukan kehilangan lemak. Otot penting untuk tingkatkan metabolisma badan bagi pembakaran lemak.

Cadangan Produk:


Penerangan produk:

HerbLax tidak digalakkan untuk diambil secara harian oleh itu penggunaan Alfalfa Complex adalah lebih sesuai untuk detox harian anda. HerbLax hanya perlu diambil seminggu empat biji sahaja manakala anda boleh mengambil Alfalfa setiap hari kerana Alfalfa menjalankan proses detox dengan perlahan.

Lecithin pula berfungsi semata-mata untuk memecahkan lemak dan memerlukan HerbLax/Alfalfa untuk menyah bahan buangan keluar dari badan anda.

Meal Shake / ESP / Cinch pula merupakan komponen sumber protein untuk membentuk otot anda semasa proses penurunan berat badan. Berat anda mungkin statik semasa pengambilan sumber protein ini pada awalnya kerana proses pembentukan otot terbentuk sementara lemak berlebihan akan disingkirkan oleh lecithin. Badan anda akan kelihatan tegap/firm sekiranya keperluan protein anda mencukupi. Cinch pula memang mengandungi luecine yang boleh membantu dalam menurunkan berat badan tetapi cinch kurang sesuai untuk ibu menyusu kerana ia mengandungi rendah kalori dan  bimbang menyebabkan terbantutnya pertumbuhan anak anda. Jadi ibu menyusu disyorkan mengambil Meal Shake atau pun ESP untuk menurunkan berat badan anda.

Diet yang berjaya bukan bermakna “SAYA TURUN BERAT 10KG DALAM SEBULAN”. Itu sebenarnya diet paling tidak berjaya kerana berat anda mungkin lebih (rebound balik) pada masa akan datang.

Sedikit tip semasa diet:
  • Anda perlu mengambil produk ini secara konsisten. Letak sasaran jangka pendek selama tiga bulan sebelum  mencapai berat yang diimpikan dan perlu diingat berat badan anda tidak akan turun dalam masa sehari kerana bukan sehari juga untuk berat badan anda bertambah dulu.
    Di awal pengambilan produk ini akan ada stagnant period. Stagnant period adalah normal untuk diet jangka masa panjang iaitu berat statik untuk satu jangka masa. Anda hanya perlu diet seperti biasa kerana ketika itu badan anda sedang shape on(membetuk body) semasa stagnant period.
  • Anda WAJIB mengambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tersebut perut akan menjadi berasid. Sekurang-kurangnya alas dengan segelas air untuk meneutralkan asid tu. SARAPAN ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari anda.
  • JANGAN TINGGALKAN MAKAN TENGAHARI. Sekiranya anda jenis yang suka mengunyah anda dinasihatkan makan banyak kali tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
  • Makan malam sekiranya anda tidak mengambil makanan berat, anda dinasihatkan mengambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”
  • Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Diet tanpa nasi adalah tidak betul keran nasi akan membekalkan karbohidrat dan karbohidrat sememangnya diperlukan oleh badan kita. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee atau pasta.
  • Amalkan pengambilan air kosnong melebihi tiga liter. 1liter AIR KOSONGbersamaan 25KG
 Testimoni pelanggan:


Berminat dengan produk ini sila hubungi

Norhafizah MK
ID Shaklee: 910483
SMS: 019 984 7340
Email: syahmizara@gmail.com
YM: fizs_nor@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/fizzcare

Saturday, November 24, 2012

Herb-Lax Bantuan untuk Kurus?

Herb Lax: Produk Detox 
  
Herb-Lax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses percernaan secara lawas.Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herba-Lax yang lembut boleh membantu.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medigo Sativa). Individu yang mengidap lupus eritematosus perlu meminta khidmat rundingan pakr sebelum mengambil produk ini.
 
Produk ini tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

(Lupus eritematosus sistemik (SLE/LUPUS) adalah radang teruk (keradangan kronik) yang disebabkan oleh penyakit autoimun yang mana sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri.)

Kebaikan Herb Lax :
  • Membantu untuk menyah toksin tersimpan (stored toxin) yang terdapat dalam tubuh badan
  • Merangsang pergerakan peritalsis usus
  • Mempercepatkan fungsi otot usus normal untuk melakukan proses penyingkiran sisa dan toksin dari usus besar
  • Penyahtoksin pada saluran penghadaman
  • Membantu dalam proses penurunan berat badan
  • Menangani masalah sembelit
  • Melawaskan sistem pencernaan
  • Selamat untuk semua kerana ianya adalah vitamin
Bagaimana Herb-Lax membantu anda untuk menurunkan berat badan?
HerbLax- berfungsi sebagai detox bagi membersihkan usus anda, ia akan menyingkir segala toksin, lemak, lendir yang melekat pada dinding usus. Ini bertujuan untuk memudahkan dan mengoptimumkan penyerapan nutrien . Kunci asas kepada kurus adalah detox. Jadi apabila dinding usus anda bersih segala nutrien penting terus diserap ke tubuh anda.Agen pemecah lemak juga mudah berfungsi apabila anda mengambil herb-lax ini. Dos pengambilannya juga adalah dalam kuantiti yang sedikit. Anda disyorkan mengambilnya seminggu sekali sebanyak dua biji dan maksimum pengambilannaya adalah empat biji sahaja. Sekiranya anda mengambil lebih daripada yang disyorkan dikhuatiri usus anda akan menjadi malas untuk melakukan tugasnya dengan sendiri.
 
*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Berminat dengan produk ini sila hubungi

Norhafizah MK
ID Shaklee: 910483
SMS: 019 984 7340
Email: syahmizara@gmail.com
YM: fizs_nor@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/fizzcare