Showing posts with label Kulit Wajah. Show all posts
Showing posts with label Kulit Wajah. Show all posts

Sunday, June 22, 2008

Tip Penjagaan Kulit Cantik





Mulakan rutin kecantikan anda hari ini dengan melakukan tip penjagaan kulit cantik seperti yang di nyatakan.

  • Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan enam bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari.
  • Minum 8 gelas air putih setiap hari.
  • Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.
  • Pastikan kulit anda mendapat 'makanan' terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.
  • Pakai pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap yang bebas minyak.
  • Elakan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
  • Jangan sentiasa mengenakan selekan. Biar kulit berehat seketika.
  • Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.
  • Jangan menggunakan sabun atau sebarang produk selain produk penjagan kulit yang sesuai dengan kulit anda.
  • Berhenti pengambilan makanan ringgan kerana ia boleh merosakkan kulit anda.
  • Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit anda. Walaupun begitu, tidak bermakna jika anda tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat.
  • Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam sehari.
Diharapkan tip ini dapat membantu anda menjaga kulit supaya sihat dan kelihatan cantik.


Thursday, June 19, 2008

Merawat Kulit Kusam

Kulit wajah yang kusam akan menghilangkan seri wajah kerana kelihatan tidak bermaya dan tone warna yang tidak sekata. Wajah yang kusam akan kembali segar dengan mengamalkan penggunaan masker/scrub dari buah-buahan seperti betik, epel dan sebagainya. Ini kerana ia mempunyai kandungan zat mineral dan vitamin yang tinggi, baik untuk wajah bagi menganti sel-sel kulit yang mati.




Terdapat beberapa ramuan masker/scrub yang boleh di amalkan. Di antaranya ialah:

Betik
  • Kisar sepotong betik yang telah dibuang biji dan campurkan dengan 1 sudu makan madu. Gaul ramuan sehingga sebati. Kemudian sapukan pada wajah dan biar kering selama 15-30 minit. Selepas itu, bersihkan wajah dengan air suam.

Tomato
  • Belah sebiji tomato dan gosokkan pada wajah. Biarkan selama 15-30 minit. Kemudian baru dibilas dengan air suam.

Mentimun
  • Potong mentimun secara nipis. Tampalkan pada keseluruhan muka dan dibiarkan selama 15-30 minit. Kemudian baru dibilas dengan air suam.

Epel
  • Kisar sebiji epel yang telah dibuang pulur dan biji. Kemudian dicampur dengan 1 sudu makan madu. Gaul sehingga ramuan sebati dan barulah disapukan pada wajah. Biarkan selama 15-30 minit. Selepas itu bilas dengan air suam.

Strawberry
  • Kisar 3 biji strawberry dan campurkan dengan 1 sudu makan madu. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 15-30 minit. Kemudian barulah dibilas dengan air suam.

Karot
  • Kisar sebatang karot dan campurkan 1 sudu makan madu. Kemudian sapukan pada wajah dan dibiar selama 15-30 minit. Selepas itu barulah dibilas dengan air suam.

Tuesday, June 17, 2008

Menghilangkan Parut Jerawat


Parut jerawat baru yang kelihatan hitam dapat diatasi dengan melakukan scrub untuk menanggalkan sel kulit mati. Lakukan scrub seminggu 2 kali atau mengikut peraturan pemakaian dan hasilnya kulit akan kelihatan sihat dan mulus.Tapi jangan lakukan scrub ketika kulit berjerawat dan meradang kerana ini akan menyebabkan radang menjadi semakin teruk.

Selain itu, boleh menggunakan sabun yang mengandungi glikolic acid atau AHA, untuk menanggalkan sel kulit mati. Agar jerawat tidak berparut hitam atau berbekas , elakkan dari memicit jerawat kerana dapat merosakkan struktur kulit. Ini menyebabkan parut menjadi semakin gelap dan susah untuk dihilangkan.




Petua Menghilangkan Parut Jerawat

  • Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
  • Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.
  • Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
  • Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  • Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  • Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Sunday, June 15, 2008

Menghilangkan Bintik Hitam

Bintik hitam ataupun dikenali sebagai black head terjadi akibat daripada liang-liang pori yang tersumbat. Ini disebabkan oleh sisa kosmetik, debu atau kotoran yang tidak dibersihkan secara teliti.




Masalah ini dapat diatasi dengan melakukan scrub pada wajah supaya lebih bersih. Sebaiknya sebelum melakukan scrub, wajah hendaklah dibersih terlebih dulu supaya liang-liang pori terbuka. Setelah dilakukan scrub, bilas wajah dengan air atau toner untuk merapatkan pori - pori kembali. Lakukan seminggu 2 kali.


Terdapat beberapa petua yang dapat di amalkan untuk menghilangkan bintik hitam pada wajah. Antaranya adalah:

  • Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
  • Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
  • Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.


Thursday, June 12, 2008

Rawatan Wajah di Rumah

Melakukan rawatan muka di rumah kedengaran seperti asing dan merumitkan. Bagaimanapun, jika difikir secara logik, rawatan muka di rumah sebenarnya lebih tenang dan murah.



Sediakan bahan yang diperlukan dan luangkan hanya 25 minit untuk melakukannya.

Bahan:

Pembersih wajah
Krim untuk pengelupasan (scrub)
Air hangat
Pupur (ikut kesesuaian jenis kulit wajah)
Pelembap

Caranya:

1. Bersihkan wajah

  • Bertujuan untuk membuang segala kekotoran pada wajah. Untuk kulit berminyak dan kombinasi, gunakan sabun pembersih jenis buih manakala untuk kulit kering, gunakan susu pembersih.

2. Pengelupasan

  • Gunakan jari tangan, sapukan skrub dalam gerakan membulat pada wajah. Tumpukan pada Zon-T (hidung dan dahi) jika kulit anda jenis kombinasi. Apabila selesai, basuh wajah anda sehingga bersih kerana sisa skrub yang tertinggal boleh menyebabkan kulit kering.

3. Pengewapan

  • Tuangkan air panas dengan berhati-hati ke dalam besen kecil. Kenakan wajah pada wap daripada air panas berkenaan. Boleh juga gunakan tuala yang dicelup ke dalam air panas bercampur sedikit air sejuk lalu ditekan lembut pada wajah sebanyak 2 hingga 3 kali.

4. Sapukan pupur

  • Jika mempunyai kulit berminyak, gunakan pupur daripada bahan berasaskan tanah liat. Jika berkulit kering, gunakan pupur berasaskan gel atau krim hidrasi. Sapukan untuk tempoh 10 hingga 20 minit. Hindarkan kawasan mata. Apabila kering, bolehlah dibersihkan dengan air biasa.

5. Pelembap

  • Langkah akhir, pupuk krim pelembap pada wajah. Elakkan menggunakan krim dengan kandungan retinol kerana ia akan menyebabkan kulit mengelupas.

Wednesday, June 11, 2008

Muda dan Menawan





Awet Muda
  • Sentiasa mengawal emosi dengan tidak cepat meradang serta sentiasa senyum dan bermuka manis. Ini dapat mengelak kedutan pada wajah.
  • Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
  • Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

Tegangkan Kulit Muka

  • Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
  • Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.


Pupur Anti Kedut


Bahan


Sebiji telur (ambil kuningnya saja)
Dua sudu makan susu segar

Caranya
  1. Pukul kuning telur dan masukkan susu segar ke dalam adunan sehingga sebati.
  2. Sapukan pada wajah seperti menyapu masker.
  3. Biarkan untuk lima minit sehingga pupur kering.
  4. Elakkan bercakap atau tersenyum ketika rawatan bagi mengelakkan muka berkedut.
  5. Kemudian bilas dengan air hangat.

Saturday, June 7, 2008

Kulit Muka Lembut dan Cerah


Memiliki kulit muka yang lembut dan cerah adalah merupakan idaman bagi setiap wanita. Ini dapat meningkatkan keyakinan diri serta menyerlahkan kecantikkan diri. Terdapat beberapa petua yang dapat di amalkan untuk memiliki kulit muka yang cantik dan cerah.





  • Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
  • Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
  • Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
  • Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
  • Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
  • Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
  • Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.

Tuesday, June 3, 2008

Masalah Jerawat




  • Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
  • Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
  • Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
  • Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  • Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
  • Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
  • Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
  • Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
  • Atasi jerawat dan jeragat dengan keringkan kulit buah rambai, dan dikisar halus. Campur dengan sedikit air mawar atau air masak. Sapukan kewajah, amalkan dua kali seminggu.
  • Hilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu.

Tuesday, May 27, 2008

Melicinkan Kulit Muka


Memiliki kulit yang bersih, licin dan mulus menjadi idaman setiap wanita yang mengutamakan kecantikan. Ini kerana kulit yang mulus akan mempamerkan kecantikan dan keserian di samping menterjemahkan keyakinan dan keperibadian seseorang.



Terdapat beberapa petua yang dapat di amalkan untuk memiliki kulit yang licin dan mulus. Antaranya ialah:

  • Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  • Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  • Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  • Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
  • Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  • Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  • Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
  • Sapukan yogurt asli pada muka seperti memakai masker. Biarkan kering selama 10 minit. kemudian baru dicuci dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu untuk mendapatkan kesannya.

Sunday, May 25, 2008

Mencantikkan Kulit Wajah


Kulit wajah yang cantik dan sihat adalah amat penting bagi seseorang, tidak kira lelaki ataupun wanita. Selain menggunakan produk kecantikkan, terdapat beberapa petua yang boleh di amalkan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik. Ini dapat menjimatkan wang serta menggelak penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya kepada kulit wajah.




Mengekalkan Kecantikkan dan Keserian Wajah

  • Amalkan dengan membaca Surah Yusuf pada setiap malam. Insyaallah dengan izin Allah, wajah akan kekal cantik dan berseri.
  • Amalkan dengan menyapu air embun yang telah ditadah pada malam jumaat diwajah. Boleh juga dibuat air mandi ataupun dibuat minuman.


Menaikkan Seri wajah

  • Rendamkan se uncang teh semalaman. Keesokkan pagi, basuh muka dengan air teh tersebut dan biarkan kering sebelum membersihkannya. Amalkan selalu dan hasilnya, wajah anda akan beransur-ansur licin dan kelihatan berseri.
  • Parutkan 2 ketul isi kunyit dan 1 ketul lempoyang. Kemudian dicampurkan dengan setengah cawan air dan kacau sehingga sebati. Selepas itu ditapis dan dicampur dengan 1 sudu besar air limau nipis dan madu. Amalkan dengan meminumnya selama 3 hari berturut-turut. Selain dapat mencantikan kulit, ia juga dapat menyihatkan bahagian dalaman tubuh badan.
  • Ambil seketul kunyit dan ditumbuk dengan segenggam beras sehingga lumat. Kemudian dilulurkan pada seluruh badan dan dibiarkan kering seketika. Bersihkannya dengan menyental pada kulit. Ini dapat menghilangkan sel-sel mati dan kulit akan terasa licin dan nampak berseri. Amalkannya seminggu sekali.


Kulit Cerah dan Licin

  • Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Gosokkan pada muka dan seluruh badan semasa mandi. Amalkan seminggu 2 kali, Insyaallah kulit akan menjadi cerah, licin, halus dan harum.


Menegangkan Kulit Muka

  • Sebiji timun disagat atau dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian dicampurkan dengan tepung ubi kayu serta sedikit air dan digaul sehingga sebati. Bancuhan akan kelihatan seperti masker. Sapukan pada wajah dan biar seketika sehingga kering. Setelah itu wajah dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.
  • Campurkan kulit kayu manis dengan seketul kunyit hidup serta sedikit beras pulut. Kemudian bahan-bahan ini ditumbuk sehingga lumat. Selepas itu, sapukan atau gosokkan pada leher serta muka dan dibiarkan seketika sebelum dicuci. Ini akan menghilangkan sel-sel mati dan daki pada leher. Amalkan seminggu 2 kali.

Merawat Kulit Berkedut

  • Sebatang lobak merah yang telah dibersihkan diparut dan dicampurkan dengan 1 sudu besar tepung jagung serta sebiji kuning telur. Gaul sehingga sebati dan kelihatan seperti masker. Kemudian sapukan pada muka dan dibiarkan seketika. Amalkan 3 kali seminggu sehingga menampakkan kesan pada wajah.
  • Kunyit dapat mengegah kulit daripada cepat berkedut. Caranya dengan memarut sedikit kunyit dan perahkannya untuk mendapatkan airnya. Amalkan meminum air kunyit setiap pagi secara berselang-seli.