Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts

Sunday, December 16, 2012

Kesuburan Wanita dan Lelaki

HASIL daripada kajian terbaru yang dijalankan ke atas 1,000 wanita di 10 negara Asia termasuk Malaysia, mendedahkan tentang ceteknya pengetahuan mengenai kesuburan yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan.  

Hasil kajian:
  • 43% wanita yang terlibat dalam kajian tersebut memahami bahawa pasangan itu dianggap tidak subur jika gagal hamil selepas setahun mencuba
  • 36% berpendapat wanita yang berusia 40-an mempunyai peluang yang rendah untuk hamil daripada yang berusia 30-an
  • 32% lagi mendapati gaya hidup yang sihat tidak semestinya menjanjikan kehamilan.
  • Ramai wanita percaya takdir turut berperanan dalam masalah kesuburan. Di Malaysia, 71% wanita percaya ketidaksuburan adalah takdir Tuhan manakala 42% lagi menganggap mereka tidak bernasib baik
  • Ceteknya pengetahuan mengenai isu kesuburan lelaki. Sebanyak 51% wanita tidak mengetahui bahawa lelaki mungkin tidak subur walaupun mereka boleh berereksi dan 49% lagi tidak menyedari bahawa seseorang lelaki mungkin tidak subur walaupun mereka boleh mengeluarkan sperma.
  • 30 peratus daripada wanita yang terlibat dalam kajian tersebut tidak begitu bersungguh-sungguh mahu mendapatkan bantuan profesional walaupun mereka mengsyaki mempunyai masalah kesuburan.
  • Di Malaysia, 52% wanita yang terlibat dalam kajian itu yang mencuba untuk hamil dalam tempoh lebih enam bulan tidak mengetahui lokasi pusat kesuburan berhampiran.
 
Punca masalah kesuburan:
  • Kurangnya pengetahuan mengenai kesuburan
  • Salah tanggapan mengenai rawatan kesuburan
  • Tidak tahu cara mengatasi masalah kesuburan
  • Tidak cuba mendapatkan bantuan atau rawatan yang boleh membantu peluang mereka untuk hamil terutama bagi wanita yang berumur lebih 35 tahun
Wanita dan pasangan perlu mendapatkan bantuan apabila merancang untuk memulakan keluarga, terutama bagi mereka yang menghadapi masalah untuk hamil. Lebih banyak pendidikan umum dan kepekaan daripada segi umur dan masalah perubatan memberi kesan pada kesuburan dan pilihan rawatan juga boleh membantu mereka yang menderita masalah kesuburan untuk mengatasinya.Kebiasaanya halangan yang menyebabkan wanita tidak mendapatkan rawatan kesuburan ialah kos yang tinggi.

Penyebab kesukaran untuk hamil pada wanita:
  • Tiub fallopio tersumbat
  • Endometriosis iaitu tisu dari selaput rahim tumbuh membesar di luar rahim
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi ( prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiriod
  • Fibroid
Penyebab kesukaran untuk hamil pada lelaki:
  • Jangkitan kuman / penyakit dihidapi sewaktu kecil boleh merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia - Hernia  membawa maksud penonjolan keluar organ atau tisu atau isi suatu rongga melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin
Masalah dari lelaki dan wanita :
  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk
Cara mengatasi :
  • Menambah ilmu pengetahuan bagaimana untuk mengatasinya seperti waktu kesuburan dan sebagainya
  • Berjumpa pakar perubatan bagi membantu dalam rundingan kesihatan
  • Mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat
  • Bersenam untuk kecergasan dan kesegaran minda. Ia juga boleh mengurangkan stress anda.
  • Mengelak pencemaran terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok
  • Mengambil produk kesuburan yang mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan
  • Mengamalkan pengambilan suplement atau makanan tambahan untuk kesihatan menyeluruh
Cadangan produk kesuburan Shaklee :

Untuk Suami : Family Wellness Set + Vitamin E + Vitamin Zinc
Untuk Isteri : Family Wellnes Set + Vitamin E + Alfalfa
* Tambah GLA untuk yang mempunyai masalah ketika haid/haid tidak teratur
* Vitalea tidak boleh diambil oleh pengidap Talasemia

Family Wellness Set : ESP + VitaLea + B Complex + Vitamin C
  • Vita-Lea - Untuk menambah kesuburan, suami/isteri harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Multivitamin membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan secukupnya dalam kehidupan seharian. Ini bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. Kesuburan wanita pula banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea pula membantu ereksi bagi lelaki.
  • B Complex –  Mengandungi vitamin B yang lengkap. Vitamin B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam menukar makanan kepada tenaga. Ini bagi menjamin tenaga anda dapat dibekalkan dengan segera selepas pengambilan makanan. Penting bagi mereka yang sentiasa sibuk dan penat bekerja seharian, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma lelaki.
  • Vitamin C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegaran sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab dan tidak bertenaga akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
  • Vitamin E (juga mengandungi Selenium) - Bekerja bersama-sama dengan vitamin C sebagai anti oksida. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Oleh itu bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita-E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih kuat dan berjaya bersenyawa dengan ovum wanita.
  • Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 membantu meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.
  • Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.
  • Alfalfa – Mengatasi masalah dalaman wanita. Ia juga  membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.
  • GLA - Diperlukan oleh wanita yang mengalami haid tidak teratur atau senggugut yang teruk ketika haid.
Testimonial Pengguna:

"Saya sangat berterima kasih kepada produk Shaklee kerana dengan kuasa-Nya serta berkat doa ibu saya di Tanah suci tempoh hari,serta pengambilan produk Shaklee,saya kini hamil 3bulan 3minggu.Saya disarankan untuk mencuba produk Shaklee iaitu set asas yang mengandungi bekalan vitamin c,vitamin e dan b-complex lantaran masih tidak berjaya untuk hamil setelah lebih satu tahun berkahwin.Alhamdulillah,setelah 1-2bulan pengambilan Shaklee,saya mendapat berita gembira di mana saya disahkan hamil 4minggu.Lantaran itu,saya terpanggil untuk menulis testimoni ini untuk berkongsi pengalaman manis ini. " Puan Farah
 
Norhafizah MK
ID Shaklee: 910483
SMS: 019 984 7340
Email: syahmizara@gmail.com
YM: fizs_nor@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/fizzcare




Monday, November 19, 2012

Resdung dan Rawatan


Resdung...

Adakah anda kerap bersin, batuk, tidak bermaya, gatal-gatal dibahagian mata,hidung atau telinga serta selalu rasa tidak enak badan? Kadang-kadang hidung merah dan berair selalu,demam melanda walaupun sudah mengambil ubat-ubatan. Sakit pada bahagian kepala setiap kali bangun tidur di awal pagi dan rutin harian anda turut rasa terganggu.Tahukah anda itu merupakan tanda-tanda anda menghidapi penyakit sinusitis.

Penyakit sinusitis atau lebih dikenali sebagai penyakit resdung di kalangan masyarakat kita hari ini.Untuk kepastian jumpalah doktor, minta doktor jalankan sinaran-x untuk pengesahan kerana jika ia bukan resdung ia mungkin adalah kanser.Kesan resdung ini bukan sahaja boleh menjejaskan hidung anda malah tekak, peti suara dan telinga tengah juga turut menerima kesan ketidakselesaan. Kadang-kadang gatal pada keseluruhan muka.

Sinus adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.Sinus terletak pada bahagian muka,pipi di bawah mata, di antara dua muka, sedikit di belakng hidung dan meliputi bahagian dahi seseorang. Fungsi sinus secara teorinya ialah untuk meringankan tengkorak selain memainkan peranan dalam degungan suara.

Resdung boleh terjadi kerana rerambut halus silia di dalam sinus gagal menyempurnakan tugasnya iaitu membantu pengaliran lendiran mukus ke bahagian yang sepatutnya.Apabila saluran sinus tersumbat maka wujudnya pembiakan bakteria yang menyebabkan berlaku bengkakkan dalam hidung juga dikenali sebagai radang hidung yang menyebabkan berlaku alahan.

Walaupun resdung tidak akan menjadi kanser(mempunyai gejala yang hampir sama dengan resdung), rawatan masih lagi diperlukan kerana jika tidak dirawat segera ia boleh memberi kompilasi kepada otak. Serangan resdung akan berulang kembali walaupun sudah reda selepas mengambil ubat-ubatan. Sesetengahnya sehingga terpaksa melakukan pembedahan apabila resdung sudah mencapai tahap kronik. Akan tetapi gejala alahan tetap akan berlaku selepas pembedahan dan hanya boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan.

Cara terbaik mencegah serangan resdung adalah dengan menghindar gejal-gejala resdung.

Antara gejalanya ialah:
  • Hidung selalu tersumbat/kerap bersin/gatal hidung,telinga dan mata
  • Keluar cecair/lendir dari hidung dan terasa lendir di tekak
  • Muka terasa sakit dan gatal terutamanya pada bahagian mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan atau berulang-ulang
  • Demam atau rasa tidak sihat sepanjang mengalami gejala-gejala di atas
Punca Resung:
  • Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
  • Hidung bengkak
  • Mandi/terjun di dalam air kotor
  • Jangkitan gigi atas
  • Ketumbuhan di dalam hidung
  • Objek dimasukkan dalam hidung seperti putik kapas, manik atau kertas
  • Tisu belakang hidung yang bengkak biasanya terjadi pada kanak-kanak
Kompilasi resdung:
  • Jangkitan nanah keliling mata
  • Jangkitan pada otak(meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan pesakit asma/lelah
  • Mengalami masalah berdengkur yang kronik
  • Jangkitan pada telinga dan tonsil
  • Alahan hidung dan hidung menjadi sangat sensitif
  • Selsema biasa yang melarat
Faktor peningkatan resdung:
  • Aktiviti menyelam/berenang boleh meningkatkan risiko resdung
  • Merokok pula dikenalpasti sebagai pencetus radang hidung
Rawatan untuk resdung atau cara mengurangkan resdung:
  • Mengambil ubatan selsema dengan arahan doktor-biasanya memberikan kesan mengantuk
  • Mengambil antibiotik yang disarankan oleh doktor-antibiotik adalah cara yang kurang digalakkan
  • Ubat titis atau semburan yang disarankan doktor
  • Pembedahan yang disyorkan oleh doktor
  • Pengambilan vitamin seperti Alfalfa, vitamin C dan Vitamin B kompleks juga boleh meredakannya

Berminat dengan produk mengurangkan masalah resdung sila hubungi
Norhafizah MK
ID Shaklee: 910483
SMS: 019 984 7340
Email: syahmizara@gmail.com
YM: fizs_nor@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/fizzcare

Vitamin C dan Kecantikan

Vitamin C –Sustained Release Vita-C 500mg
 
Vita-C merupakan sumber vitamn C semulajadi yang disalurkan jam demi jam. Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita-C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajdi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet tambahan.

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 


Kelebihan Vita-C :
  • Membantu mencerahkan kulit yang kusam
  • Membantu mengurangkan garis-garis halus
  • Membantu menurunkan kadar tekanan darah
  • Membantu dalam menguatkan tulang dan gigi
  • Mencegah kelenjar daripada rosak dan berdarah
  • Mempercepatkan peyembuhan luka luaran dan dalaman
  • Membantu dalam menghasilkan sel sperma yang sihat
  • Membantu pertumbuhan sel dan pembaikkan tisu badan
  • Menguatkan sistem imuniti badan terutamanya selsema
  • Membantu dalam mengekalkan kesegaran sel serta melindungi sel
  • Menggalakkan penghasilan kolagen yang membuatkan kulit cantik dan tegang
  • Bertindak sebagai anti-oksidan yang mampu menentang radikal bebas yang boleh merosakkan kulit
  • Vitamin C mampu menjadi pengganti kepada  ubat selsema - sesuai untuk ibu menyusu/mengandung kerana ubat selsema tidak digalakkan untuk ibu mengandung/menyusu
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain
  • Merawat saluran kencing
  • Mengurangkan risiko darah tinggi
Istimewa Vitamin C Shaklee :
  • Vitamin C Shaklee  dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan dan berperingkat untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi ini adalah sangat diperlukan.Vitamin C shaklee mampu bertahan sehingga 12 jam di dalam badan.
  • Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Ia akan dilepaskan pberperingkat dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.
  • Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.
Berminat dengan produk ini sila hubungi :

Norhafizah MK
ID Shaklee: 910483
SMS: 019 984 7340
Email: syahmizara@gmail.com
YM: fizs_nor@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/fizzcare