Saturday, December 29, 2012

7 TANDA AMARAN AWAL KANSER




Mengikut American Cancer Society
, terdapat 7 tanda amaran awal bagi penyakit kanser yang perlu diambil perhatian, iaitu:

1. Perubahan habit kebiasaan buang air besar dan buang air kecil.

2. Luka atau kudis yang tidak sembuh-sembuh.

3. Pendarahan atau pengeluaran cecair lain yang luar biasa.

4. Terasa keras atau gumpalan di payudara, testis atau bahagian lain badan.

5. Ketidakhadaman makanan atau sukar menelan.

6. Perubahan ketara dari segi saiz, warna, bentuk atau ketuat yang tebal, tahi lalat atau sakit pecah/luka di mulut.

7. Batuk yang berpanjangan.

Jika ada tanda-tanda awal di atas, dapatkanlah segera pemeriksaan doktor bagi memastikan penyakit yang dihidapi, jangan tunggu sehingga terlambat....

Thursday, December 27, 2012

BUAH-BUAHAN TROPIKA BERMUSIM BAIK UNTUK KESIHATAN





Malaysia kaya
dengan pelbagai buah tropika seperti durian, manggis, rambutan serta duku dan langsat.

Bagaimanapun bagi sesetengah anggota masyarakat, memakan buah-buahan ini boleh menyebabkan mereka tidak sihat.

Adakah ini satu mitos?

Sesetengah juga beranggapan bahawa buah import seperti epal dan anggur adalah lebih berkhasiat berbanding buah-buahan tempatan (bermusim).

Pelbagai persepsi negatif menjalar dan dilemparkan terhadap buah-buahan bermusim hingga menarik perhatian, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) untuk menjelaskannya.

BERMUSIM

"Tidak, saya tidak percaya buah bermusim seperti durian, manggis, rambutan boleh menyebabkan seseorang itu demam atau membawa kepada penyakit. Sebenarnya, buah-buahan kita unik, sedap dan kaya dengan khasiat.

"Tetapi, amat menyedihkan apabila ada segelintir pihak terlalu mengagungkan buah import kerana merasakannya lebih bagus, ini silap sama sekali," kata Timbalan Pengarah Pegawai Penyelidik Prinsipal Kanan, Pusat Penyelidikan Hortikultur, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Dr Zabedah Mahmood di Serdang, dekat sini baru-baru ini.

Senario merasakan buah-buahan import lebih bagus mungkin disebabkan oleh kurangnya promosi akan khasiat yang terselindung di sebalik buah-buahan bermusim.

Walhal, ia sebenarnya berkapasiti tinggi membekalkan nutrien diperlukan badan.

Atas sebab itulah, pemupukan amalan memakan durian, manggis, rambutan, duku yakni antara sebilangan jenis buah-buahan bermusim ini haruslah dirancak dan digalakkan dengan lebih aktif lagi.

Tambahan pula, harganya lebih murah berbanding yang diimport serta kandungan vitamin, khasiatnya tidak tergugat serta masih 'terpelihara' ekoran boleh mendapatinya, membelinya dalam keadaan segar.

KHASIAT

Dr Zabedah berkata, berbanding buah import seperti epal, anggur, kualiti kandungan vitamin, khasiatnya mungkin sudah berkurangan kerana terperuk dalam kotak penyimpanan agak lama serta melalui masa perjalanan agak panjang untuk sampai ke negara ini.

Ini menjadikan buah-buahan tempatan kaya dengan vitamin berbanding buah-buahan yang diimport.

Contohnya, kandungan vitamin C adalah lebih tinggi dalam sebiji buah rambutan jika dibanding dengan epal.

Menurut Zabedah, kandungan vitamin C pada rambutan dan pulasan adalah 70mg/100g berbanding epal hanyalah sekitar 6mg/100g. Sangat rendah, walhal vitamin C amat penting dalam kehidupan kita.

Antaranya, meningkatkan sistem imuniti badan serta melindungi daripada jangkitan penyakit dan selesema.

"Kedua-dua rambutan dan pulasan mempunyai kandungan air yang tinggi, iaitu melebihi 80 peratus. Kandungan proteinnya di sekitar 0.5 peratus-0.8 peratus dan kandungan lemaknya pula adalah agak rendah, iaitu 0.3 peratus-0.55 peratus," katanya kepada Bernama.

DURIAN

Khasiat buah-buahan bermusim bukan hanya tertumpu pada rambutan tetapi juga meliputi durian, yakni raja buah yang sentiasa dikaitkan sebagai punca demam panas.

Agak pelik bunyinya, namun pemakanan durian juga sebenarnya elok diamalkan kerana mengandungi potasium yang dikatakan baik untuk kesihatan jantung. Mengandungi 1,060mg potassium, durian juga membekalkan sumber vitamin C, tenaga dan mineral.

Isinya yang lembut, enak dan kekuningan itu bukan sekadar menjanjikan kesedapan tidak terhingga bagi pencinta durian, malah ia juga kaya dengan fiber, baik untuk proses penghadaman dan sembelit.

MANGGIS


Paling menarik adalah buah manggis. Menurut Zabedah, buah berbentuk bulat dan berwarna ungu kehitaman itu mempunyai nilai tinggi dari sudut pengkomersilan produk kesihatan.

Bukan sahaja isinya yang putih gebu mengandungi khasiat tinggi, tetapi kulitnya juga menjadi tumpuan untuk dibekalkan sebagai produk kesihatan.

"Sebenarnya, kulit manggis bukan lagi bahan buangan. Ini kerana, terdapat syarikat yang membeli kulit manggis sahaja di Mardi untuk diproses dan dijadikan produk kesihatan.

"Berbanding buah lain, manggis antara buah paling susah hendak dilihat di pasaran kerana sudah ada syarikat beli terus kesemua buah di dusun. Disebabkan itulah, harga manggis agak mahal kerana penawarannya tidak banyak," katanya.

Menurut Dr David A.Morton dari University of Utah, Amerika Syarikat, kulit buah manggis mempunyai bahan aktif biologi yang sangat kaya dengan antioksidan dan dipercayai berkesan untuk mencegah penyakit.

Dipercayai buah manggis berpotensi untuk mencegah batu karang, kanser, membuang kalesterol dalam badan dan mengimbangi seluruh badan.

CARA ANDA MAKAN, SALAH!

Akan tetapi, mengapa ada yang demam, batuk berpanjangan selepas menikmati buah-buahan bermusim? Ia seolah-olah tidak selari dengan kajian yang merungkai kepada kekayaan khasiat buah-buahan tersebut.

Mengulas lebih lanjut, kata Zabedah semuanya berkisar kepada cara pemakanan masyarakat. Sambil menegur sikap sesetengah orang yang membeli dan memakan buah durian, rambutan dalam kuantiti banyak pada satu-satu masa, Zabedah memberitahu gaya pemakanan sedemikianlah mendedahkan mereka kepada penyakit.

"Buah-buahan tempatan tidak mendatangkan penyakit, tetapi bergantung kepada cara kita makan. Kita dinasihatkan untuk memakannya dalam kuantiti sederhana, sekadar untuk mendapatkan khasiat di samping menikmatinya.

"Contoh, macam hari ini beli sedikit lusa beli lagi," katanya.

Sambil memberi tips cara pemakanan durian, beliau berkata adalah sebaiknya air kosong diambil secukupnya selepas menikmati raja buah itu, jangan makan ketika perut kosong, masa hendak tidur dan elakkan minum air berkarbonat.


PANAS

Tidak menafikan bahawa menikmati durian boleh mengundang rasa 'panas badan', justeru dinasihatkan agar ia disusuli dengan pemakanan manggis kerana buah itu boleh menyejukkan badan.

Maka, tidak hairanlah apabila buah manggis dikenali sebagai ratu segala buah kerana berpotensi meneutralkan suhu badan sekali gus berpadanan dengan status durian iaitu raja buah.

Bagi buah rambutan pula, Zabedah berkata masih ramai khususnya generasi muda tidak tahu kulit kayu biji rambutan yang terlekat pada isi buahnya itu tidak boleh dimakan kerana boleh menyebabkan batuk.

Disebabkan itulah, menjadi tugas pembeli untuk memilih kualiti buah rambutan terbaik di mana isinya lekang yang tidak tarik sekali dengan kulit kayu biji. Antara rambutan popular ketika ini adalah jenis anak sekolah di mana buah ini mudah dikopek dan dipisahkan bahagian isi dengan biji.

KEKAYAAN NEGARA TIDAK TERNILAI

Biarpun pelbagai persepsi, hakikatnya buah-buahan bermusim merupakan aset kekayaan negara paling bernilai, berpotensi sebagai tarikan pelancongan dan menjadi antara idaman masyarakat luar.

Di kala pertikaian akan bau tengik buah durian oleh segelintir kita, pelancong China berlainan pula. Bagi mereka, ia adalah sejenis buah yang sangat sedap.

Malah, durian kita yang berkualiti tinggi telah dieskport ke negara panda itu.

"Kita sepatutnya berbangga dan menghargai apa yang kita ada. Macam negara China mereka tidak ada durian dan amat menggemarinya.

"Amalan memakan buah-buahan tempatan haruslah dididik sejak dari kecil. Ia bukanlah sekadar 'buah', tetapi senario pemakananannya merupakan budaya masyarakat kita yang perlu dikekalkan," katanya. - Bernama

7 CARA KEMPISKAN PERUT BUNCIT




Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya .



Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:


1. Minum Banyak Air Masak

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.


Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.


4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan  najis dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat dan buah-buahan adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.


sumber: melayukini.net

RAWATAN ALTERNATIF BAGI MATA BENGKAK...




Kadang-kadang
selepas bangun tidur kita didapati mata bengkak atau sembab tanpa diketahui sebabnya. Biasanya, mata bengkak ini disebabkan oleh alergi, tidak cukup tidur, terlalu banyak kerja atau tersilap makan.

Di antara rawatan alternatif
yang disarankan bagi mengurangkan ataau meredakan bengkak mata ialah:

1. Sudu makan
- Lalukan belakang sudu makan dengan air batu cair, kemudian letakkan belakang sudu ini di atas mata yang bengkak selama 30 saat bagi setiap mata.

2. Peti sejuk
- Jika anda bangun tidur dengan mata yang bengkak, buka pintu peti sejuk dan masukkan kepala ke dalamnya selama 30 saat.

3. Krim hemorrhoid
- Sapukan krim ini di atas mata yang bengkak.

4. Timun
- Hiris timun sederhana nipisnya. Letakkan hirisan timun di atas mata yang bengkak selama 15-20 minit.

5. Teh hijau atau teh hitam
- Selepas rendam air teh, perah beg teh yang telah sejuk dan letakkan di atas mata yang bengkak selama 15 minit. Lakukan ini sambil baring.


sumber: sitik's

Wednesday, December 26, 2012

SAKIT GUSI..



Penyakit periodontal
atau lebih dikenali sebagai penyakit gusi sering dialami pada semua peringkat umur. Kebiasaannya ramai yang tidak mengetahui masalah penyakit itu sebelum mendapatkan rawatan. Ini menyebabkan ramai yang kehilangan gigi walaupun mereka masih muda.

Sisa makanan yang lembut akan berkumpul dan melekat di celahan permukaan gigi. Sisa makanan atau plak yang terbiar tanpa dibersihkan akan menjadi keras dan dipanggil kalkulus.

Air liur yang mengandungi kalsium akan menyebabkan plak menjadi keras. Pada tahap ini plak tidak boleh dibersihkan dengan berus dan anda terpaksa mendapatkan bantuan doktor gigi.

Tanda-tanda awal seeorang menyidap penyakit gusi ialah:


i. Mulut akan berbau busuk

ii. Gusi menjadi merah dan mudah berdarah apabila diberus atau mengunyah makanan yang keras

iii.. Gusi akan membengkak dan kadang-kadang bernanah

iv. Gigi akan menjadi longgar dan akhirnya terpaksa dicabut







Kalkulus
yang terbiar lama akan menjejaskan kesihatan mulut dengan menyebabkan gusi membengkak dan akhirnya menghakiskan tulang alveolar yang menyokong akar gigi dalam tulang rahang.




Proses penghakisan tulang alveolar itu akan memakan masa yang lama.Tulang alveolar akan menyurut menyebabkan gigi menjadi longgar kerana ketiadaan tulang penyokong. Walaupun tidak mempunyai karies atau berlubang,fungsi gigi boleh terjejas dengan penyakit gusi. Rawatan segera perlu untuk memulihkannya.

Rawatan yang diberi ialah scaling
iaitu mencuci gigi dan membuang kalkulus. Alat yang digunakan untuk mencuci dipanggil ultrasonic scaler. Rawatan itu akan menyebabkan gusi anda berdarah kerana gusi yang bengkak mudah berdarah.

Jika penyakit gusi pada tahap yang lebih serius, kaedah biasa tidak mencukupi untuk merawatnya. Gusi yang bengkak atau bernanah perlu dikeluarkan atau dipotong dengan melakukan satu pembedahan kecil. Penyakit itu selalu melibatkan lebih dari satu bahagian rahang, dan pembedahan kecil akan dijalankan secara berperingkat-peringkat.

Gigi yang longgar
kadangkala boleh menjadi kukuh semula tetapi ia akan mengambil masa yang agak lama. Bagi gigi yang terlalu longgar, rawatan splinting perlu dilakukan untuk mengukuhkan gigi dalam rahang. Kadangkala gigi yang longgar terpaksa dicabut dan digantikan dengan gigi palsu.

Bagaimanapun,  kejayaan rawatan periodontik bergantung kepada kerjasama pesakit kerana tanpa penjagaan kebersihan mulut ia tidak akan berhasil. Penyakit gusi sering kali mudah berbalik semula.

sumber:  www.mda.org.my



Tips Penjagaan Gigi

Pemakanan
Pemakanan mesti dijaga, kurangkan makanan yang agak manis dan melekit kerana akan menyebabkan ia melekat di celah-celah gigi.. Bukan dilarang makan, cuma kurangkan pengambilan. Contohnya coklat atau apa-apa sahaja makanan yang melekit yang menyebabkan korang tercungkil-cungkil gigi guna lidah selepas makan. Seeloknya, minum air putih dan berkumur-kumur setiap kali lepas makan. Ini dikatakan penjagaan atau pembersihan gigi sementara.


Berus Gigi
Kerap memberus gigi dapat menjamin kesihatan gigi. Menggosok gigi penting sebab ia menjaga kesihatan gigi dan gusi. Berus gigi setiap kali lepas makan dan ini akan membuatkan anda rasa fresh dan mulut sentiasa bersih setiap kali lepas gosok gigi. Sekurang-kurangnya beruslah gigi 3 kali sehari. Pagi, tengah hari dan sebelum tidur.Dan yang paling penting sebelum tidur sebab, sisa-sisa makanan yang berbaki dapat dibuang. Jadi tak dalah bakteria berkampung lalu terjadinya karies di situ.


Cara yang betul?

Gunakan vertical technique. Gosok ke atas dan ke bawah atau lebih tepat membulat (circular motion). Sekaligus dapat mengurut gusi-gusi sekali. Urutan pada gusi penting sebab boleh stimulate blood flow dan menyihatkan gusi.

Cara horizontally tak bagus, kerana boleh menyebabkan:
i) lapisan enamel pada gigi terhakis ( abrasion )
ii) bulu berus gigi (bristles) boleh mesuk ke ruang kecil antara gigi dan gusi.

Jangan gosok terlalu kuat. Gosok dengan sederhana supaya tidak melukakan gusi dan menyebabkan lapisan enamel pada gigi terhakis.

Pilih bristles ( bulu berus gigi ) yang lembut, nylon dan round-ended supaya tak akan merosakkan gigi dan mencederakan gusi.
Gosok juga lidah anda sebab boleh menyahkan bakteria yang ada pada lidah yang menyebabkan plaque dan calculus serta mulut berbau.

Gunakan Floss dan Interdental Toothbrush
Menggunakan dental floss adalah cara terbaik nak keluarkan sisa makanan yang tersekat di antara gigi.Ia juga boleh digunakan untuk membuang plaque yang terbentuk begitu juga dengan penggunaan interdental tooth brush.

Untuk cara yang lebih details tentang penggunaan floss. Refer website ni Dental Flossing.

Gunakan Pencuci Mulut Berflorida

Sekurang kurangnya kumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum tidur tapi mesti digunakan selepas beberapa minit berus gigi. Bukan sebaik sahaja selepas berus gigi kerana ini boleh menyebabkan reaction antara pencuci mulut dan ubat gigi. Di nasihatkan 30minit sebelum dan selepas menggunakan mouthwash ni, jangan ambil sebrang makanan. Pilih pencuci mulut berflorida yang tiada kandungan alkohol sebab boleh menyebabkan ulcer untuk yang mempunyai gusi sensitif.

Elakkan Minuman Bergas atau Soda

Minuman bergas atau soda mengandungi asid seperti asid citric dan asid fosforic. Asid-asid ini akan perlahan lahan react dengan gigi dan menghakis permukaan gigi. Banyakkan minum susu, air putih dan jus.

susu = boleh menguatkan rahang anda
air putih = nuetral dan tiada microorganisma
jus =memberikan nutrient yang diperlukan oleh gusi dan gigi


Elakkan Merokok

Antara penyebab utama gigi dan kerosakan tisu mulut ialah merokok. Merokok jugak akan meninggalkan kesan kekuningan kepada gigi (jangka masa yang lama) dan melemahkan gigi. So gigi akan rapuh dan mudah reput.

Kunyah Gula Gula Getah
Ada chewing gums yang tidak mengandungi gula yang sesuai digunakan untuk dikunyah setiap kali selepas makan yang bertindak untuk membersihkan gigi kamu.

Elakkan Pengambilan Alkohol
Alkohol boleh menyebabkan radang pada gusi, lidah dan tisu tisu lembut di sekitar mulut. Pengambilan alkohol yang banyak berkemungkinan untuk mengakibatkan kanser mulut.
Buat pemeriksaan Setiap 6 Bulan @ 2 Tahun
Ini adalah cara yang terbaik sebab membolehkan kita untuk buat scaling (cuci gigi) dan membuang plaque dan calculus yang terdapat pada gigi serta menampal gigi yang berlubang.

sumber; penpatah.blogspot



Thursday, December 20, 2012

Kurus Selepas Bersalin

Kebiasaannya ibu selepas bersalin akan memiliki tubuh badan yang gemuk dan meggeleber. Semua ibu pasti inginkan bentuk tubuh badan kembali langsing dalam tempoh yang singkat. Seboleh-bolehnya sekembalinya bekerja selepas dalam tempoh berpantang si ibu ingin memiliki tubuh yang langsing dan menawan. Tetapi mendapatkan kembali berat seperti sebelum mengandung agak sukar dalam tempoh singkat kerana tempoh kehamilan adalah 9-10 bulan dengan berat perlu meningkat 10-12kg. Tetapi ianya tidak mustahil dengan panduan dan cara penjagaan makanan yang betul.

Si ibu perlu tahu kaedah berkesan bagi membantu kembali cergas bertenaga dan menawan selepas bersalin. Sepanjang tempoh kehamilan 9 bulan badan akan mengalami banyak perubahan dari segi hormon dan juga emosi. Sebenarnya badan kita boleh pulih secara semulajadi selepas bersalin. Rahim akan kembali mengecut kepada keadaan asal selepas enam minggu anda bersalin. Keanjalan ligamen akan kembali perlahan-lahan ke bentuk asal sekitar tempoh 3 ke 6 bulan.

Senaman ringan haruslah dilakukan sebagi rutin harian bagi mengembalikan otot-otot kepada keupayaan fungsi asal. Rajin atau malas bukan persoalan kerana ibu perlu lakukan senaman yang rutin untuk mengelakkan otot-otot daripada mengecut dan menjadi lemah.

Selain daripada itu, rawatan pelangsingan di spa turut membantu ibu mendapatkan semula badan yang langsing dan firm/pejal. Pakej rawatan pelangsingan di spa membantu ibu untuk mengawal penghasilan selulit dan memecahkan sel lemak yang banyak semasa mengandung. Bahkan ia turut membantu para ibu mengurangkan kesan rekahan serta kembali ke bentuk badan asal lebih cepat.

Jenis-jenis rawatan spa
  • Skrub badan- Rawatan ini bertujuan untuk membuka pori kulit dan menanggalkan sel kulit mati
  • Jakuzi- Rawatan yang memberikan getaran kepada tubuh ibu membolehkan sel-sel lemak bergetar dan hancur sedikit demi sedikit. Ia boleh membuang toksik yang ada di dalam badan supaya senang dipecahkan.
  • Hot Blanket/Sauna-  Bertujuan untuk proses detoksifikasi kerana ada wanita yang menjadi gemuk semasa hamil kerana terlalu banyak air (water retention). Jadi selepas proses ini air yang berlebihan akan hilang dan seterusnya ukuran inci badan akan berkurangan.
  • Urutan Pelangsingan- Setiap teknik urutan pelangsingan membolehkan sel-sel lemak di dalam badan diuraikan. Urutan yang berkesan akan menyebabkan ibu berasa gatal-gatal di bahagian yang diurut. Ia perkara normal kerana menunjukkan proses pemecahan lemak sedang berlaku.
  • G5 Rawatan Pelangsingan- Penggunaan mesin pelangsingan tidak berbahaya kepada ibu-ibu baharu melahirkan anak. Ia melibatkan teknik getaran yang bertujuan memecahkan lemak di dalam badan lebih pantas iaitu sepantas apabila melakukan 100 kali senaman sit-up dan 100 kali push-up. Rawatan ini sesuai selepas 3-6 bulan bersalin.
Perkara yang perlu diambil kira untuk melakukan rawatan di spa:
  • Pastikan bahawa produk pelangsingan yang digunakan adalah bebas daripada bahan kimia, pewarna tiruan dan bahan awet yang berbahaya dan memudaratkan kerana boleh mengganggu penyusuan ekslusif
  • Ibu yang bersalin secara normal, boleh memulakan program-program pelangsingan seawal 3 bulan selepas bersalin.
  • Ibu yang melahirkan anak secara pembedahan caesarean, hanya boleh memulakan program-program pelangsingan selepas 6 bulan kelahiran. 
  • Ibu yang masih menyusukan bayi, elakkan daripada mengambil ubat-ubatan pelangsingan yang berkaitan dengan proses detoksifikasi kerana ia akan menyebabkan bayi anda mengalami cirit-birit sehingga boleh menyebabkan dehidrasi.
Pengambilan minuman herba boleh diambil oleh ibu kerana bimbang minuman teh herba tertentu boleh memberi kesan kepada susu badan yang diminum bayi. Justeru, minuman yang dibenarkan berasaskan halia dan limau nipis yang membantu membuang angin di dalam badan. Pengambilan makanan tambahan juga boleh membantu dalam penurunan berat badan selepas bersalin. 

Senaman turut membantu anda mendapatkan kembali bentuk badan menarik namun mengambil jangka masa yang lama untuk melihat kesannya. Beri masa kepada diri sendiri untuk mencapai berat badan ideal dalam tempoh 6-12 bulan mengikut program senaman yang konsisten. Senaman membantu proses penyembuhan dan pemulihan yang pantas selepas melahirkan bayi, peningkatan metabolisme dan pantas kembali ke bentuk badan sebelum hamil dan tahap kecergasan. Ia turut membantu mengurangkan tekanan selepas bersalin. Ibu juga lebih bertenaga untuk menjalankan peranan sebagai ibu. Justeru, untuk berjaya mencapai bentuk dan berat badan sasaran, ibu perlu konsisten melakukan senaman tetapi ingat jangan paksa diri. Paling penting anda seronok melakukannya.


Cadangan Suplemen untuk menurunkan berat badan selepas bersalin:
  • HerbLax-Membantu proses detoks, membantu mengatasi masalah penghadaman seperti sembelit.
  • Lecithin-Meningkatkan metabolisme badan dan menyingkirkan lemak di dalam badan. Ia memerlukan herblax/alfalfa sebagai agen pengangkutan bagi membuang lemak berlebihan
  • ESP-Membantu memberi tenaga dan membekalkan protein untuk badan. Memberi rasa kenyang dan membantu menurunkan berat badan. Ia juga boleh mencantikkan kulit
  • Alfalfa-Sesuai untuk wanita selepas bersalin bagi mengatasi masalah dalaman wanita. Ia juga berfungsi untuk tujuan detoks, mampu bertindak seperti kacip fatimah juga.

Sunday, December 16, 2012

Kesuburan Wanita dan Lelaki

HASIL daripada kajian terbaru yang dijalankan ke atas 1,000 wanita di 10 negara Asia termasuk Malaysia, mendedahkan tentang ceteknya pengetahuan mengenai kesuburan yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan.  

Hasil kajian:
  • 43% wanita yang terlibat dalam kajian tersebut memahami bahawa pasangan itu dianggap tidak subur jika gagal hamil selepas setahun mencuba
  • 36% berpendapat wanita yang berusia 40-an mempunyai peluang yang rendah untuk hamil daripada yang berusia 30-an
  • 32% lagi mendapati gaya hidup yang sihat tidak semestinya menjanjikan kehamilan.
  • Ramai wanita percaya takdir turut berperanan dalam masalah kesuburan. Di Malaysia, 71% wanita percaya ketidaksuburan adalah takdir Tuhan manakala 42% lagi menganggap mereka tidak bernasib baik
  • Ceteknya pengetahuan mengenai isu kesuburan lelaki. Sebanyak 51% wanita tidak mengetahui bahawa lelaki mungkin tidak subur walaupun mereka boleh berereksi dan 49% lagi tidak menyedari bahawa seseorang lelaki mungkin tidak subur walaupun mereka boleh mengeluarkan sperma.
  • 30 peratus daripada wanita yang terlibat dalam kajian tersebut tidak begitu bersungguh-sungguh mahu mendapatkan bantuan profesional walaupun mereka mengsyaki mempunyai masalah kesuburan.
  • Di Malaysia, 52% wanita yang terlibat dalam kajian itu yang mencuba untuk hamil dalam tempoh lebih enam bulan tidak mengetahui lokasi pusat kesuburan berhampiran.
 
Punca masalah kesuburan:
  • Kurangnya pengetahuan mengenai kesuburan
  • Salah tanggapan mengenai rawatan kesuburan
  • Tidak tahu cara mengatasi masalah kesuburan
  • Tidak cuba mendapatkan bantuan atau rawatan yang boleh membantu peluang mereka untuk hamil terutama bagi wanita yang berumur lebih 35 tahun
Wanita dan pasangan perlu mendapatkan bantuan apabila merancang untuk memulakan keluarga, terutama bagi mereka yang menghadapi masalah untuk hamil. Lebih banyak pendidikan umum dan kepekaan daripada segi umur dan masalah perubatan memberi kesan pada kesuburan dan pilihan rawatan juga boleh membantu mereka yang menderita masalah kesuburan untuk mengatasinya.Kebiasaanya halangan yang menyebabkan wanita tidak mendapatkan rawatan kesuburan ialah kos yang tinggi.

Penyebab kesukaran untuk hamil pada wanita:
  • Tiub fallopio tersumbat
  • Endometriosis iaitu tisu dari selaput rahim tumbuh membesar di luar rahim
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi ( prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiriod
  • Fibroid
Penyebab kesukaran untuk hamil pada lelaki:
  • Jangkitan kuman / penyakit dihidapi sewaktu kecil boleh merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia - Hernia  membawa maksud penonjolan keluar organ atau tisu atau isi suatu rongga melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin
Masalah dari lelaki dan wanita :
  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk
Cara mengatasi :
  • Menambah ilmu pengetahuan bagaimana untuk mengatasinya seperti waktu kesuburan dan sebagainya
  • Berjumpa pakar perubatan bagi membantu dalam rundingan kesihatan
  • Mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat
  • Bersenam untuk kecergasan dan kesegaran minda. Ia juga boleh mengurangkan stress anda.
  • Mengelak pencemaran terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok
  • Mengambil produk kesuburan yang mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan
  • Mengamalkan pengambilan suplement atau makanan tambahan untuk kesihatan menyeluruh
Cadangan produk kesuburan Shaklee :

Untuk Suami : Family Wellness Set + Vitamin E + Vitamin Zinc
Untuk Isteri : Family Wellnes Set + Vitamin E + Alfalfa
* Tambah GLA untuk yang mempunyai masalah ketika haid/haid tidak teratur
* Vitalea tidak boleh diambil oleh pengidap Talasemia

Family Wellness Set : ESP + VitaLea + B Complex + Vitamin C
  • Vita-Lea - Untuk menambah kesuburan, suami/isteri harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Multivitamin membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan secukupnya dalam kehidupan seharian. Ini bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. Kesuburan wanita pula banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea pula membantu ereksi bagi lelaki.
  • B Complex –  Mengandungi vitamin B yang lengkap. Vitamin B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam menukar makanan kepada tenaga. Ini bagi menjamin tenaga anda dapat dibekalkan dengan segera selepas pengambilan makanan. Penting bagi mereka yang sentiasa sibuk dan penat bekerja seharian, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma lelaki.
  • Vitamin C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegaran sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab dan tidak bertenaga akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
  • Vitamin E (juga mengandungi Selenium) - Bekerja bersama-sama dengan vitamin C sebagai anti oksida. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Oleh itu bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita-E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih kuat dan berjaya bersenyawa dengan ovum wanita.
  • Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 membantu meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.
  • Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.
  • Alfalfa – Mengatasi masalah dalaman wanita. Ia juga  membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.
  • GLA - Diperlukan oleh wanita yang mengalami haid tidak teratur atau senggugut yang teruk ketika haid.
Testimonial Pengguna:

"Saya sangat berterima kasih kepada produk Shaklee kerana dengan kuasa-Nya serta berkat doa ibu saya di Tanah suci tempoh hari,serta pengambilan produk Shaklee,saya kini hamil 3bulan 3minggu.Saya disarankan untuk mencuba produk Shaklee iaitu set asas yang mengandungi bekalan vitamin c,vitamin e dan b-complex lantaran masih tidak berjaya untuk hamil setelah lebih satu tahun berkahwin.Alhamdulillah,setelah 1-2bulan pengambilan Shaklee,saya mendapat berita gembira di mana saya disahkan hamil 4minggu.Lantaran itu,saya terpanggil untuk menulis testimoni ini untuk berkongsi pengalaman manis ini. " Puan Farah
 
Norhafizah MK
ID Shaklee: 910483
SMS: 019 984 7340
Email: syahmizara@gmail.com
YM: fizs_nor@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/fizzcare




Monday, December 10, 2012

Atasi Keguguran Rambut dengan Zinc

Zink mampu atasi keguguran rambut

 

Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Iamerangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

Sumber zink boleh diperolehi daripada daging lembu, kambing, tiram, ketam dan sumber hidupan laut lain.

Kelebihan vitamin Zink
  • Membantu mengurangkan jerawat dan mengawal minyak pada kulit wajah
  • Membantu mengurangkan keradangan kulit
  • Mempercepatkan kesembuhan pada luka
  • Menangani masalah gangguan prostat
  • Membantu penurunan/mengawal berat badan
  • Untuk pertumbuhan sel terutamanya bagi wanita hamil
  • Membantu dalam proses aturan enzim
  • Mengurangkan risiko menghidap kanser
  • Mengatasi kelesuan kronik
  • Mengatasi masalah botak/keguguran rambut
  • Membantu dalam menguatkan tulang
  • Membantu mengurangkan rabun malam
  • Membantu meningkatkan imunisasi dengan mengurangkan risiko jangkitan
Faedah pengambilan zinc complex shaklee:
  • Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik
  • Membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.
  • Menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.
  • Satu tablet membekalkan 100% keperluan zink dalam tubuh anda
  • Diformulasikan dari bioavailable zinc guconate yang tinggi
  • Formulasi vegetarian
Tesimonial pengguna:
"pagi..nk share jga brita baik after ambil vit c & zink complex..mak dh x bising2 lgi cz dh kurang rambut gugur slpas ambk zink complex..sblm ni,merata2 ada rmbut..di tilam,bantal,bilik tdur,ruang tmu,bilik mandi...mak cik cleaner d office pun tegur "aiee kurang dh rambut awk yg gugur"..heheh sblm nie dia mesti komplen..& utk kesan vit c pula,last week pg jln..jmpa bff,dia tkejut tgk muka kta..mna pgi jerawat awk slama nih...sya jwb dh hilang..u mkn jamu ke? dgn mudah sya jwb mkn vit c dri Shaklee..product make up apa awk guna skrg..sya jwb guna moisturizer n lip ice sja..dia mcm x percya..dan yg pling best,kahak d kerongkong smakin kurang..:)" - cik EMY


Sunday, December 9, 2012

Nak Kuruskan Badan

Kurus: Pilihan ditangan Anda!!

Cinch Shake merupakan serbuk protein yang diperkaya dengan Luecine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Protein sangat perlu bagi anda yang cuba menurunkan berat badan kerana ia membantu untuk meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sebanyak 35%, contoh makanan yang mengandungi protein yang tinggi ialah kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu, kekacang, avakado, ayam, tauhu dan banyak lagi.

Kelebihan mengamalkan Cinch Shake:
  • Memberi khasiat seperti satu hidangan dengan rasa syang enak
  • Mengandungi asid amino leusine yang membantu menurunkan berat badan
  • Membantu memelihara otot
  • Kandungan proteinnya untuk setiap hidangan (24 gram) membuatkan anda berasa puas dan kenyang
  • Kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap hidangan
  • Mempunyai nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula ke tahap normal dan mengekalkan tenaga
  • Mengandungi 21 vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh kita
  • Tiada perasa, pewarna dan pemanis tiruan juga dari soya organik
  • Mempunyai tiga perasa pilihan iaitu vanila, cafe latte dan coklat yang pasti enak rasanya.
Untuk hasil yang lebih efektif
  • Sebagai sarapan untuk permulaan hari - setelah beberapa jam perut anda kosong (waktu tidur)
  • Sebagai minuman sebelum tidur - kandungan proteinnya akan membaikpulih/memperbaiki sel dan otot badan anda sewaktu tidur
  • Sebagai minuman sebelum melakukan kerja/senaman - sebagai pembekal tenaga
  • Sebaik sahaja selepas bekerja/bersenam - membekal tenaga segera

Cinch Tea: Alternatif untuk kurus

Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun sempurna untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia meningkatkan tenaga secara semulajadi dan membuatkan anda berasa nyaman bila meminumnya. Tehnya rendah kalori dan sesuai untuk yang ingin mengawal berat badan.

Kelebihan:
  • Selamat dihasilkan secara semulajadi.
  • Membantu mengawal berat badan
  • Memberikan sensasi rasa segar selepasa meminumnya
  • Sesuai diminum panas atau sejuk
  • Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik
  • Bungkusan mudah bagi setiap hidangan
  • Tiada perasa, pewarn dan pemanis tiruan.
Kandungan dalam Cinch energy tea mix:
  • Taurina
  • Maltodextrin – bahan daripada jagung
  • Rooibos Red Tea Extract–tumbuhan herba dari Afrika~dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
  • Green Tea Extract
  • White Tea Extract –teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
  • Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dari Jepun
Kegunaan teh hijau, merah dan putih dalam perubatan cina:
  • Anti-mikrob
  • Imunostimulan
  • Anticarcinogenic
  • anti-inflammatory
  • perlindungan terhadap penyakit jantung
  • Anti oksidan – perlindungan dari kanser
  • Mengubati lukemia (laporan dari Mayo clinic)
  • Mengawal kerosakan DNA
  • Menurunkan paras kalori dan kolesterol
  • Detoxifiers
  • Stimulator tenaga & kehilangan lemak
 Ramai yang sudah berjaya click sini untuk tengok 

Norhafizah MK
ID Shaklee : 910483
Call | SMS | Whatsapp : 019 984 7340
syahmizara@gmail.com
FB : www.facebook.com/fizzcare | nutricantik - NC Blog



Cegah Osteoporosis

Ostematrix sokongan untuk tulang.

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optimum adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optimum yang menyeluruh.

Kesan kekurangan Kalsium dalam diet harian:
  • Sering keletihan
  • Sering mengalami sakit belakang
  • Anggota badan sering kekejangan
  • Sakit bahagian leher dan tengkuk
  • Tumit kaki pecah dan kasar
  • Susah bangun tidur
  • Sakit kepala yang kerap @ migrin
  • Sering sakit gigi
  • Sakit pada betis/kaki ketika mengandung
  • Ibu yang menyusu : susu berkurang terutama semasa PMS atau mula menurun
Lebih daripada Sekadar Kalsium
  • Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.
  • Mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
  • Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Kajian klinikal membuktikan ostematrix memberikan sumber kalsium untuk membina dan mengekalkan kekuatan tulang dan gigi.

Nutrien dari produk ini juga boleh memberi manafaat berikut:
  • Membantu untuk mengekalkan tekanan darah pada tahap normal
  • Membantu pergerakan otot dan penghantaran saraf
  • Membantu mengurangkan simpton PMS seperti bengkak-bengkak, kekejangan, retensi air,cepat marah, dan kemurungan
Ostematrix memberikan anda:
  • 1000mg elemen kalsium dari sumber yang mudah diserap dan sumber semulajadi
  • 400mg magnesium yang digabungkan dengan kalsium untuk membantu menguatkan tulang dan gigi.
  • 400 IU vitamin D untuk membantu dalam penyerapan kalsium
* senaman yang berterusan dan pengambilan suplemen diet yang sihat mampu mengurangkan risiko penyakit osteoporosis seiring dengan peningkatan usia anda. Pengambilan kalsium tambahan adalah penting untuk menyokong kesihatan tulang dan gigi anda.

Sakit sendi? Cuba AJHT

Untuk Sokongan Sendi Berpanjangan.

 
Jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif. Kini dengan Advanced Joint Health Tablet, anda mampu mengekalkan sendi-sendi yang kuat, fleksibel dan mudah bergerak. Produk ini mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk zink, tembaga, mangan dan vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. 

Faedah pengambilan:
  • Ekstrak Boswelliannua mampu menyokong keselesaan sendi dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ia juga berfungsi sebagai anti-radang semulajadi
  • Bertindak sebagai kusyen bagi membantu mengekalkan tulang rawan.Kandungan ekstrak jagung merupakan sumber kepada glukosamina (bahan binaan utama bagi membina tulang rawn dan melincirkan sendi). Ia juga ditemui di dalam tendon dan ligamen
  • Kandungan zink, tembaga, mangan dan vitamin C boleh memelihara tisu peyambung supaya sentiasa sihat. Kandungan ini jugalah yang membekalkan nutrien bagi menyokong kolagen dan tisu peyambung lain yang memberi kekuatan kepada struktur sendi.
Testimonial pengguna- Keberkesannya terbukti dalam masa 5 hari.

AJT review First Day (21st June 2012):

"Saya nak share pengalaman saya makan Advanced Joint Tablet (AJT), walaupun baru sekali makan (malam tadi), kesannya memang menakjubkan. Dah 2-3hari kaki saya sakit especially kat pelipat lutut tu kan..memang sakit ya amat. Bila nak duduk antara dua sujud, sakitnya ALLAH je yang tahu..tu yang makan AJT tu, sebab dalam buku kecik tu ada bagitau boleh bantu sendi2 dan tulang rawan..and AJT ni best taken with Ostematrix. So, saya amik both sekaligus. 2 bj AJT, 2 bj Oste before sleep. Wahh! penangan lepas amik memang saya takleh nak tidur lena, maybe "short term healing crisis". Minum air banyak before sleep, sudahnya saya asyik ke toilet dan nak dijadikan cerita, 2-3hari ni pun saya batuk2..lepas makan AJT n Oste tu, saya tak batuk dah malam tadi. Gi toilet buang air sekali dengan kahak2 pun keluar (yg ni kena buatstudy lak apa significant function AJT n Oste ni boleh buangkan kahak..huhu..). Nak kira bangun berapa kali ke toilet tu saya pun tak pasti.

Sudahnya kol 4 pagi tadi baru dapat lena. Bangun kol 6 pagi tadi, solat Subuh, MASHA-ALLAH! pelipat lutut saya tak sakit langsung!! serius tak tipu..AlhamduLILLAH, badan rasa lebih ringan bila bangun tidur, jauh lebih ringan daripada saya consume Oste tetiap malam before this.

AJT review after 5 days (26th June 2012):
Woohoo! memang AJT the best! i konsisten makan ajt+oste harini dah masuk hari ke-6, serius kesan dia lain macam..segala2nya lancar..haha..bila cakap pasal segala2nya lancar..yea segala2nyalahh.. kalo u all ada problem sembelit amik oste (ni utk sape2 taknak amik alfalfa/herblax kan), amik sekali dgn AJT ni membantu..angin satu badan pun hilang..i rasa melayang2 je badan bangun pagi..dahler kurus kering..hahahaha..memang rasa best badan..takde lenguh2, pelipat lutut yang sakit haritu after 3 days totally hilang..ALhamduLILLAH..part badan or sendi2 yang selalu sakit, lenguh tu akan hilang..inshaALLAH.."

Dapatkan segera produk yang diformulasi 100% sayur-sayuran dari pengedar Shaklee yang sah.

Saturday, December 8, 2012

MENGENAL PENYAKIT HATI (HEPA)



Penyakit hati ialah sebarang gangguan terhadap fungsi (hepa) yang menyebabkan sakit atau hati gagal berfungsi dengan normal. Selalunya lebih 75% kerosakan tisu hati barulah ia gagal berfungsi.

Hati sebagai organ yang penting


Hati merupakan organ yang terbesar dalam tubuh manusia atau haiwan lain. Hati juga adalah satu-satunya organ yang mudah diganti apabila tisunya rosak. Ia terletak di bahagian atas abdomen dan dilindungi oleh tulang sangkar dada dan rusuk. Hati mempunyai 2 lobus (cuping) yang utama, yang dibekalkan oleh dua saluran darah iaitu arteri hepatik (membekalkan darah ke hati yang dipam dari jantung) dan vena portal.

Di antara fungsi vena portal di hati ialah:


* Membekalkan hati dengan nutrien dari usus dan limpa.

* Membenarkan bahan kimia dari saluran penghadaman memasuki hati untuk dinyahtoksikkan dan ditapis sebelum ia memasuki sistem peredaran darah ke seluruh badan.

* Menghantar bahan kimia dan protein yang diperlukan oleh sel hati bagi menghasilkan protein, kolesterol dan glikogen untuk keperluan badan.




Hati memainkan peranan penting dan berkait rapat dengan fungsi organ-organ lain dalam tubuh kita, dari penghasilan protein dan pembekuan darah hinggalah ke metabolisma kolesterol, glukosa dan zat besi (ferum). Hati juga merupakan organ yang berfungsi sebagai kelenjar kerana ia menghasilkan air hempedu.

Hati mempunyai banyak fungsi, di antara yang penting ialah:


1. Menghasilkan air hempedu yang diperlukan bagi penghadaman makanan berlemak.

2. Menyimpan glukosa atau gula berlebihan dalam badan dalam bentuk glikogen dalam sel hati, dan glikogen ini boleh ditukarkan semula kepada glukosa apabila badan memerlukan tenaga.

3. menghasilkan faktor pembekuan darah.

4. Menghasilkan asid amino (struktur asas protein).

5. Memproses dan menyimpan zat besi (ferum) yang diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah.

6. Menghasilkan kolesterol dan bahan kimia lain yang diperlukan untuk pengangkutan lemak.

7. Menukarkan hasil buangan daripada proses metabolisma badan menjadi urea.

8. Menukarkan ubat-ubatan yang diambil kepada bahan aktifnya semasa di dalam badan.

Penyakit Hati (Hepa)


Simptom (tanda) biasa penyakit hati, di antaranya ialah
:

1. Loya.

2. Muntah.

3. Sakit perut di bahagian atas kanan abdomen.

4. Jaundice (sakit kuning) - kulit berwarna kuning disebabkan kepekatan bilirubin dalam saluran darah tinggi.

5. Keletihan, lemah dan turun berat badan.

6. Bagi Cirrhosis, simptomnya lebih khusus, seperti:

i. Kulit mudah lebam kerana kurangnya pengeluaran faktor pembekuan darah.

ii. Gatal-gatal kulit kerana garam hempedu boleh berkumpul dalam kulit.

iii. Gynecomastia atau buah dada lelaki membesar kerana hormon seks yang tidak seimbang, terutamanya disebabkan oleh peningkatan hormon estradiol.

iv. Mati pucuk, kurang nafsu seks, dan testis mengecil kerana pengurangan fungsi hormon seks.

v. Kekeliruan dan kelesuan disebabkan oleh peningkatan tahap ammonia (hasil buangan daripada metabolisma protein yang memerlukan hati untuk membuangnya) dalam saluran darah dan pengumpulan cecair dalam kaviti abdomen kerana pengurangan protein yang dihasilkan.

Jenis-jenis Kerosakan Hati



Di antara jenis-jenis kerosakan hati ialah:

1. Hepatitis - Sel hati menjadi radang.

2. Kolestasis - Aliran air hempedu tersekat.

3. Steatosis - Pengumpulan Kolesterol atau triglyceride.

4. Aliran darah ke hati terganggu.

5. Tisu hati rosak disebabkan oleh bahan kimia dan mineral atau sel abnormal.

Jenis-Jenis Penyakit Hati



Terdapat beberapa jenis penyakit hati, di antaranya ialah:


1. Hepatitis Berjangkit

Hepatitis bermakna keradangan sel hati disebabkan jangkitan.

Terdapat 5 jenis hepatitis, iaitu:

a. Hepatitis A


Hepatitis A ialah infeksi virus dan berjangkit melalui najis. Ia boleh menyebabkan keradangan hati akut yang selalunya boleh dirawat dengan suntikan vaksin. Jangkitan hepatitis A boleh dicegah dengan membasuh tangan bersih-bersih sebelum menyediakan makanan.

b. Hepatitis B


Hepatitis B berjangkit melalui cecair badan (melalui jarum suntikan penagih dadah, darah tercemar dengan virus hepatitis B, dan hubungan seks). Ia boleh menyebabkan infeksi akut atau boleh bertukar menjadi keradangan kronik yang akhirnya boleh membawa kepada cirrhosis dan kanser hati. Infeksi hepatitis B boleh dicegah dengan vaksin Hepatitis B.

c. Hepatitis C

Hepatitis C boleh menjadi hepatitis kronik. Ia berjangkit melalui cecair badan (melalui jarum suntikan penagih dadah, darah tercemar dengan virus hepatitis ini, dan hubungan seks). Hepatitis C kronik boleh menyebabkan cirrhosis dan kanser hati. Tidak seperti virus hepatitis B, virus hepatitis C tidak boleh dimusnahkan dengan suntikan vaksin.

d. Hepatitis D

Virus hepatitis D ini memerlukan virus hepatitis B untuk hidup, dan ia juga berjangkit melalui cecair badan (melalui jarum suntikan penagih dadah, darah tercemar dengan virus hepatitis B, dan hubungan seks).

e. Hepatitis E

Virus hepatitis E berjangkit melalui makanan dan air yang tercemar dengan virus ini.

2. Penyakit hati berlemak

Pengumpulan lemak dalam hati yang boleh menyebabkan keradangan hati dan perlahan-lahan akan mengurangkan fungsi hati.

3. Hemochromatosis (terlebih zat besi)

Hemochromatosis ialah gangguan metabolik yang menyebabkan banyak zat besi disimpan dalam badan. Zat besi yang berlebihan akan berkumpul dalam tisu hati, pankreas, jantung dan akan menyebabkan keradangan, cirrhosis, kanser hati dan kegagalan hati berfungsi. Hemochromatosis ini adalah penyakit keturunan.

4. Penyakit Wilson


Penyakit Wilson merupakan satu lagi penyakit keturunan yang mengganggu metabolisma kuperum (copper). Penyakit ini boleh juga menyebabkan cirrhosis dan kegagalan hati berfungsi.

5. Penyakit Gilbert


Penyakit Gilbert ialah ketidaknormalan dalam metabolisma bilirubin di dalam hati yang merupakan penyakit biasa. Penyakit ini tidak menunjukkan apa-apa simptom tetapi ia boleh didiagnosis dengan kenaikan paras bilirubin dalam darah. Penyakit ini tidak memerlukan apa-apa rawatan.

6. Kanser hati


Kanser hati primer berasal daripada sel dan struktur hati sendiri (contohnya, hepatocellular carcinoma). Kanser hati sekunder atau kanser metastatik pula bermula dari organ lain dan kemudian berjangkit ke hati melalui saluran darah. Kanser yang biasa berjangkit ke hati ialah kanser paru-paru, kanser payudara, kanser kolon, kanser perut, kanser pankreas, leukimia dan Hodgkin lymphoma.

7. Sindrom Budd Chiari - Ketaknormalan aliran darah


Sindrom ini adalah disebabkan oleh darah beku yang terbentuk di dalam vena hepatik dan menghalang darah keluar dari hati. Ini akan meningkatkan tekanan dalam saluran darah di dalam hati, terutamanya dalam vena portal. Tekanan ini boleh menyebabkan sel hati mati atau cirrhosis dan kegagalan hati berfungsi. Di antara penyebab kepada sindrom ini ialah polycythemin (kiraan sel darah merah naik secara abnormal), penyakit sel sabit, dan kehamilan.

Penyakit-Penyakit Lain Yang Berkaitan


Penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan kerosakan hati, di antaranya ialah:

1. Hepatic encephalopathy

Penyakit ini terjadi apabila paras ammonia meningkat disebabkan oleh kegagalan hati memproses dan mensintesis protein daripada makanan. Ini boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan, atau dalam keadaan teruk boleh terus koma.

2. Pendarahan abnormal


Oleh kerana hati bertanggung-jawab menghasilkan faktor pembekuan darah, kegagalan hati berfungsi menyebabkan meningkatnya risiko pendarahan dalam abdan.

3. Sintesis protein

Kegagalan hati berfungsi mensintesis protein akan menyebabkan kekurangan protein yang akan memberi kesan kepada fungsi bahagian badan yang lain.

4. Hipertensi portal

Kerosakan tisu hati akan meninggikan tekanan dalam saluran darah di dalam hati dan ini memberi kesan buruk kepada aliran darah ke organ-organ lain. Ini akan menyebabkan limpa membengkak dan vena juga membengkak di saluran penghadaman dari esofagus hinggalah ke anus (dubur).

Penyebab Penyakit Hati


Di antara penyebab sakit hati (hepa) ialah:

1. Alkohol


Alkohol adalah toksik (beracun) kepada sel hati dan boleh menyebabkan keradangan hati dan pengumpulan lemak dalam hati.

2. Cirrhosis

Cirrhosis merupakan penyakit hati tahap akhir yang menyebabkan parut kekal pada hati. Ini disebabkan sel hati normal digantikan oleh tisu parut yang menyebabkan keradangan hati dan akhirnya hati gagal berfungsi.



3. Ubat-ubatan

Ubat-ubatan boleh merosakkan sel hati sama ada sementara atau kekal. Sesetengah ubat yang terlebih dos boelh menyebabkan kecederaan hati dan seterusnya merosakkan sel hati.

Contoh:

a. Pengambilan berlebihan acetaminophen (seperti Tylenol, Panadol) boleh menyebabkan kegagalan hati berfungsi.

b. Ubatan statin yang berlebihan bagi mengawal kolesterol dalam darah juga boleh menyebabkan keradangan hati. Tahap keradangan sel hati ini boleh diketahui dengan melakukan ujian kandungan enzim hati dalam darah.

c. Antibiotik (seperti Nitrofurantoin, amoxicillin, clavulanic acid, tetracycline) juga boleh menyebabkan keradangan sel hati.

d. Sesetengah ubat-ubatan tradisional dengan jumlah vitamin yang berlebihan (terutamanya vitamin A) juga boleh menyebabkan hepatitis, cirrhosis dan kegagalan hati berfungsi.

e. Kebanyakan cendawan/kulat adalah toksik kepada hati. Oleh itu, berhati-hatilah makan cendawan yang dipungut liar yang jarang ditemui kerana ia boleh membawa mudharat atau maut.

Oleh itu, hindarilah penyebab kepada sakit hati ini. Rawatan penyakit hati ini berbeza-beza bergantung kepada jenis dan penyebabnya.

sumber: sitik's

Wednesday, December 5, 2012

Tips Kurus

Kurus Tanpa Diet Yang Ketat

Banyakkan menguyah - Sunnah Rasulullah ialah kunyah 40 kali semasa makan. Semakin lama waktu yang diambil untuk menguyah makanan semakin sedikit kalori diserap oleh tubuh anda. Mengunyah lebih lama boleh mencegah seseorang itu makan banyak atau berlebihan dengan memberi ruang kepada otak untuk mentafsir bahawa perut telah penuh. Cara ini juga boleh mengurangkan beban kepada sistem pencernaan anda dalam memproses makanan dan cara ini mampu menghadkan jumlah makanan yang diambil.

Jangan Masak terlalu lama - Makanan yang dimasak terlalu lama boleh mengurangkan nutrisi makan itu sendiri. Zat yang terkandung dalam makanan anda yang dimasak lama akan hilang begitu sahaja. Elakkan mengguna mikrowave kerana ia kurang berkhasiat untuk makanan anda. Pengambil ulaman mentah adalah yang terbaik sekiranya anda ingin mendapat zat yang sepenuhnya.

Tidak melewatkan sarapan - Sarapan adalah penting untuk permulaan tenaga harian anda. Makan sarapan pada waktunya kerana anggapan melewatkan waktu sarapan boleh membantu diet anda adalah salah. Berat yang ideal bermula dengan sarapan yang betul. Sekiranya anda tidak mengambil sarapan anda mungkin akan lebih cenderung utuk mengambil makan tengahari dengan kuantiti yang banyak. Ini hanya akan merosakkan diet anda sahaja.

Tumpuan pada makanan - Makan sambil melakukan aktiviti lain akan mengganggu tumpuan anda pada makanan. Anda mungkin terlebih makan sekiranya hilang tumpuan semasa makan. Jadi elakkan berbual-bual atau melakukan aktiviti sambil makan kerana ia akan mengganggu tumpuan anda untuk makan. Fokus pada makan sewaktu makan akan membuatkan anda lebih cepat berasa kenyang berbanding kurang tumpuan pada makanan sewaktu makan.

Makan buah sebelum makan - Ambillah buah-buahan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum mengambil makanan berat. Ia dapat membantu makanan anda dicerna dengan cepat. Memakan buah ketika perut kosong akan membantu menyingkir toksin dan menyumbang tenaga kepada yang ingin menurunkan berat badan.

Makan dengan kerap - Makanlah sekerap mungkin tetapi dengan kuantiti yang sedikit. Ini kerana badan anda memerlukan tenaga untuk bekerja seharian. Ambil makanan lima ke enam kali sehari dengan kuantiti yang sedikit bagi menjamin bekalan tenaga yang mencukupi. Cara ini juga dapat membantu anda menurunkan berat badan anda.

Jangan lebih jam lapan malam - sebaiknya makan jam 6 atau 7 petang kerana perut anda memerlukan masa lebih kurang empat jam untuk memproses makanan anda. Ini adalah penting diamalkan oleh mereka yang masuk tidur awal. Bagaimana agaknya jika perut anda memproses makanan ketika anda tidur, ia hanya akan menambah berat badan anda sahaja.

Diet Tanpa Nasi

Diet Atkins : Anda Tidak Perlu Berlapar

Diet atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr Atkins bagi membantu individu yang ingin menurunkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak dalam badan. Dengan menghadkan pemgambilan karbohidrat seperti nasi, mi, kentang, dan gula akan memberi kesan kepada penyusutan berat badan dalam jangka masa panjang. Diet ini tanpa perlu berlapar cuma anda perlu memilih makanan yang bersumberkan protein tanpa karbohidrat.

Terdapat empat peringkat yang perlu anda ikuti asalkan anda disiplin dan konsisten dalam melaksanakan diet ini.

Peringkat 1-induction (2 minggu atau lebih bergantung pada berat badan anda sekarang)

Induction adalah peringkat terpenting kerana ia adalah peringkat permulaan perubahan corak pemakanan anda berbanding sebelum ini. Corak pemakanan anda perlu diubah dan sebaik-baiknya dilakukan selama dua minggu atau sehingga enam bulan bergantung kepada tahap kesihatan dan berat badan anda.

Semasa tempoh induction anda haruslah mengelak dari mengambil makanan berikut: 
  • Makanan tinggi karbohidrat seperti nasi, mi, kuew tiau dan sebagainya. 
  • Sebarang jenis roti tidak kiralah roti biasa, bun, roti jala, rati canai dan segala jenis roti
  • Semua jenis gula - secara langsung atau tidak langsung 
  • Buah-buahan selama 2 minggu - kandungan gulanya yang tinggi jika dimakan berlebihan dan menyebabkan anda menjadi semakin lapar. Selepas 2 minggu baru boleh makan berpada-pada 
  • Minuman bergula,bergas, jus atau berkafein 
  • Semua jenis snek dan makanan ringan 
  • Semua jenis kacang selama 2 minggu 
  • Semua jenis makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan atau yang sejenis dengannya 
  • Makanan bertepung seperti kek atau biskut dan kuih muih
Makanan yang dibolehkan semasa proses induction:
  • Ayam, ikan dan daging - panggang, stim atau bakar 
  • Sup dan sate (digoreng tanpa tepung) 
  • Udang - bakar, tom yam dan digoreng dengan cili boh sahaja 
  • Sayuran hijau (elakkan lobak merah dan kentang) 
  • Air kosong dan air mineral - minum lebih tiga liter sehari 
  • Burger - Buang roti dan hanya makan dagingnya bersama sayur dan mayonise 
  • Pizza- Makan topping sahaja 
  • Makan supplemen dan vitamin seperti multivitamin untuk bekalan zat dan serbuk protein yang boleh memberi tenaga kepada anda.
JANGAN PONTENG MAKAN. Sarapan, makan tengahari dan makan malam seperti biasa mengikut diet sewaktu induction ini. Makan malam sebelum jam 7 petang. Pastikan anda makan tiga kali sehari untuk saiz hidangan biasa tapi sekiranya anda jenis yang suka mengunyah anda bolehlah kecilkan saiz hidangan anda menjadi empat ke lima kali sehari. JANGAN berlapar untuk menurunkan berat badan anda kerana ianya hanya menyiksa diri anda. Anda perlulah bijak dalam pengambilan makanan seimbang.

Peringkat 2-Ongoing weight loss (Penyusutan berat badan)

Selepas mengamalkan diet artkins akan berlaku penyusutan berat badan. Adalah penting penyusutan tidak berlaku secara mendadak kerana dikhuatiri berat otot yang hilang dan bukannya berat lemak seperti yang anda kehendaki. Penyusustan mendadak juga boleh menyebabkan tubuh anda menggeleber, adalah penting untuk mengambil makanan bersumberkan protein untuk mengekalkan otot dan metabolisma badan anda secara teratur.

Peringkat 3-Pre-maintenanca & Peringkat 4-Lifetime maintenance

Setelah program penyusutan berat badan anda berjaya, anda bolehlah makan secara teratur dan kurangkan pengambilan karbohidrat. Jaga kualiti dan kuantiti pemakanan anda agar berat badan anda tidak kembali seperti sebelumnya. Proses ini penting dalam peringkat pre-maintenance dan lifetime maintenance.