Wednesday, December 5, 2012

Tips Kurus

Kurus Tanpa Diet Yang Ketat

Banyakkan menguyah - Sunnah Rasulullah ialah kunyah 40 kali semasa makan. Semakin lama waktu yang diambil untuk menguyah makanan semakin sedikit kalori diserap oleh tubuh anda. Mengunyah lebih lama boleh mencegah seseorang itu makan banyak atau berlebihan dengan memberi ruang kepada otak untuk mentafsir bahawa perut telah penuh. Cara ini juga boleh mengurangkan beban kepada sistem pencernaan anda dalam memproses makanan dan cara ini mampu menghadkan jumlah makanan yang diambil.

Jangan Masak terlalu lama - Makanan yang dimasak terlalu lama boleh mengurangkan nutrisi makan itu sendiri. Zat yang terkandung dalam makanan anda yang dimasak lama akan hilang begitu sahaja. Elakkan mengguna mikrowave kerana ia kurang berkhasiat untuk makanan anda. Pengambil ulaman mentah adalah yang terbaik sekiranya anda ingin mendapat zat yang sepenuhnya.

Tidak melewatkan sarapan - Sarapan adalah penting untuk permulaan tenaga harian anda. Makan sarapan pada waktunya kerana anggapan melewatkan waktu sarapan boleh membantu diet anda adalah salah. Berat yang ideal bermula dengan sarapan yang betul. Sekiranya anda tidak mengambil sarapan anda mungkin akan lebih cenderung utuk mengambil makan tengahari dengan kuantiti yang banyak. Ini hanya akan merosakkan diet anda sahaja.

Tumpuan pada makanan - Makan sambil melakukan aktiviti lain akan mengganggu tumpuan anda pada makanan. Anda mungkin terlebih makan sekiranya hilang tumpuan semasa makan. Jadi elakkan berbual-bual atau melakukan aktiviti sambil makan kerana ia akan mengganggu tumpuan anda untuk makan. Fokus pada makan sewaktu makan akan membuatkan anda lebih cepat berasa kenyang berbanding kurang tumpuan pada makanan sewaktu makan.

Makan buah sebelum makan - Ambillah buah-buahan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum mengambil makanan berat. Ia dapat membantu makanan anda dicerna dengan cepat. Memakan buah ketika perut kosong akan membantu menyingkir toksin dan menyumbang tenaga kepada yang ingin menurunkan berat badan.

Makan dengan kerap - Makanlah sekerap mungkin tetapi dengan kuantiti yang sedikit. Ini kerana badan anda memerlukan tenaga untuk bekerja seharian. Ambil makanan lima ke enam kali sehari dengan kuantiti yang sedikit bagi menjamin bekalan tenaga yang mencukupi. Cara ini juga dapat membantu anda menurunkan berat badan anda.

Jangan lebih jam lapan malam - sebaiknya makan jam 6 atau 7 petang kerana perut anda memerlukan masa lebih kurang empat jam untuk memproses makanan anda. Ini adalah penting diamalkan oleh mereka yang masuk tidur awal. Bagaimana agaknya jika perut anda memproses makanan ketika anda tidur, ia hanya akan menambah berat badan anda sahaja.

No comments:

Post a Comment