Showing posts with label Keputihan. Show all posts
Showing posts with label Keputihan. Show all posts

Friday, November 2, 2012

Argrhhh tensennya!! keputihan..

   Tensen sungguh rasa bila keputihan mengganggu hidup ini..memanglah as a woman memang ada keputihan tapi keputihan ku ini tidak normal..kadang2 terganggu dan mengganggu sangat rasanya..tak selesa of course laa..nak manja2 ngan hubby pun xsenang..tapi masalah keputihan ku ini bukan kali pertama dah lama cuma kadang2 mengganggu kadang2 tidak, tu yang buat lepa(bahasa ganu - alpa) aje..seingat saya laa rasenya start ada masalah keputihan ni masa belajar kat UTM Skudai lagi..punca2 bermulanya saya la gatal makan ubat untuk cerdaskan minda..pointer tak la cemerlang mana penyakit pulak dapat..masa ambil ubat tu haid jadi tidak teratur dan keluar keputihan yang banyak..so ambil keputusan stop je ubat tu..haid dah teratur balik cuma masalah keputihan still ada..kalau salah makan sikit memang menyebabkan kegatalan pad V zone..mase tu yang saya perasan tak boleh makan kobis..mesti xsenang duduk laa..kalau x makan ok sikit..

   Sejarah masa belajar tu pun dah berlalu..tapi masalah ni datang balik masa mengandung anak kedua..saya fikir ni memang masalah biasa bagi orang mengandung..nurse cuma nasihatkan minum banyak air..tapi tak ok jugak..so amik keputusan untuk jumpa doktor je..pegi klinik kesihatan je..jumpe pulak doktor lelaki..tapi kuatkan jugak semangat cite masalah keputihan..tapi doktor tu boleh gelak bila saya cakap kegatalan ni extreme pada waktu malam..doktor tu cakap biasa siang la lebih gatal sebab kita berpeluh dan banyak melakukan aktiviti..tapi saya yang rasa doktor..saya tau hehe...doktor bagi ubat antibiotik so masalah tu cuma hilang selama 2 minggu..tapi saya tak jumpe doktor da saya biarkan aje..selepas bersalin,cari ubat trandisional yang dimodenkan..boleh tahan gak cuma kena pakai pembersih peribadi..gatal tu beransur hilang 

   So macam dalam cite post2 yang lepas dengan tidak sengajanya masalah keputihan saya selesai selepas mencuba Alfalfa Complex..bonus yang saya dapat..xperlu makan ubat tradisional or pakai pembersih peribadi lagi..makan vitamin ni aje da dapat memulihkan masalah saya..kredit tu mama2r.com (tg muzlina) coz perkenalkan saya ngan produk ni

oh Alfalfa Complex I LOVE U..LOVE MY HUBBY TOO



Berminat dengan produk Shaklee sila hubungi

Norhafizah MK
ID Shaklee: 910483
SMS: 019 984 7340
Email: syahmizara@gmail.com
Facebook: http://www.facebook.com/fizzcare

Wanita dan Keputihan

   Masalah biasa yang selalu mengganggu kehidupan harian seorang wanita ialah masalah keputihan. Tidak kira yang belum berkahwin atau sudah berkahwin. Kenapa masalah ini boleh wujud? saya juga tertanya-tanya..mungkin faktor permakanan, faktor penjagaan kebersihan atau mungkin faktor hormon badan yang tidak stabil adalah punca kepada masalah ini.Mari kita carigali apakah keputihan yang sebenarnya..

   Keputihan atau Fluor Albus merupakan masalah vagina tidak normal pada wanita. Keputihan  biasanya disertai dengan rasa gatal di dalam vagina dan di sekitar bibir vagina bahagian luar. Punca keputihan ini ialah disebabkan bakteria, virus, atau juga parasit. Masalah menimbulkan peradangan ke saluran kencing, sehingga menimbulkan rasa pedih saat  membuang air kecil. (sumber)

   Keputihan yang normal sebenarnya tidak mengganggu wanita, keputihan yang tidak normal sahaja yang menyebabkan ketidakselesaan kepada wanita.Keputihan yang tidak normal disusuli masalah kegatalan, wujudnya bau yang tidak menyenangkan, warna cecair yang keluar adalah tidak betul-betul putih (hijaun kekuningan) atau lelehan lendir yang berlebihan. Jadi apabila masalah ini berlaku jumpalah doktor anda dengan segera.Doktor biasanya akan memberi antibiotik untuk menyelesaikan masalah ini.

   Anda juga boleh mencari alternatif lain untuk megurangkan masalah keputihan seperti makan jamu-jamu atau ubat-ubatan yang diluluskan oleh KKM. Penggunaan pembersih peribadi wanita juga dapat membantu mengurangkan masalah ini.Kongsi pengalaman saya dalam menyelesaikan masalah keputihan dalam pos yang seterusnya.


Berminat dengan produk Shaklee sila hubungi

Norhafizah MK
ID Shaklee: 910483
SMS: 019 984 7340
Email: syahmizara@gmail.com
Facebook: http://www.facebook.com/fizzcare