Friday, November 2, 2012

Wanita dan Keputihan

   Masalah biasa yang selalu mengganggu kehidupan harian seorang wanita ialah masalah keputihan. Tidak kira yang belum berkahwin atau sudah berkahwin. Kenapa masalah ini boleh wujud? saya juga tertanya-tanya..mungkin faktor permakanan, faktor penjagaan kebersihan atau mungkin faktor hormon badan yang tidak stabil adalah punca kepada masalah ini.Mari kita carigali apakah keputihan yang sebenarnya..

   Keputihan atau Fluor Albus merupakan masalah vagina tidak normal pada wanita. Keputihan  biasanya disertai dengan rasa gatal di dalam vagina dan di sekitar bibir vagina bahagian luar. Punca keputihan ini ialah disebabkan bakteria, virus, atau juga parasit. Masalah menimbulkan peradangan ke saluran kencing, sehingga menimbulkan rasa pedih saat  membuang air kecil. (sumber)

   Keputihan yang normal sebenarnya tidak mengganggu wanita, keputihan yang tidak normal sahaja yang menyebabkan ketidakselesaan kepada wanita.Keputihan yang tidak normal disusuli masalah kegatalan, wujudnya bau yang tidak menyenangkan, warna cecair yang keluar adalah tidak betul-betul putih (hijaun kekuningan) atau lelehan lendir yang berlebihan. Jadi apabila masalah ini berlaku jumpalah doktor anda dengan segera.Doktor biasanya akan memberi antibiotik untuk menyelesaikan masalah ini.

   Anda juga boleh mencari alternatif lain untuk megurangkan masalah keputihan seperti makan jamu-jamu atau ubat-ubatan yang diluluskan oleh KKM. Penggunaan pembersih peribadi wanita juga dapat membantu mengurangkan masalah ini.Kongsi pengalaman saya dalam menyelesaikan masalah keputihan dalam pos yang seterusnya.


Berminat dengan produk Shaklee sila hubungi

Norhafizah MK
ID Shaklee: 910483
SMS: 019 984 7340
Email: syahmizara@gmail.com
Facebook: http://www.facebook.com/fizzcare

No comments:

Post a Comment