Wednesday, November 14, 2012

Berat Badan Hilang Ketika Sedang Tidur?

   Ramai beranggapan bahawa jika kita tidur, akan menambah berat badan. Namun mengikut kaedah Diet Alami, tidur mampu menjayakan diet bagi seseorang itu. Sesetengah individu suka berjaga malam bagi menyiapkan sesuatu kerja tanpa mengira kesan kepada tidak cukup tidur. Tidak cukup tidur akan menyebabkan seseorang itu mengalami masalah berkaitan emosi, mengganggu kestabilan badan dan juga mengurangkan potensi anda untuk kurus. Jadi sia-sia sahaja anda mengawal makan tetapi tidak cukup tidur.

   Justeru itu, bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, anda seharusnya mempunyai tidur yang berkualiti dan mencukupi. Tidur yang cukup adalah di antara tempoh lima hingga lapan jam sehari bergantung kepada rutin tidur seseorang. Berbanding mereka yang tidur kurang dari lima jam, penurunan berat badan individu yang tidur lapan jam adalah lebih besar ketika proses diet rendah kalori dilakukan. Lebih daripada 50 peratus penurunan berat badan bermula daripada penurunan lemak bagi mereka yang mempunyai tidur yang mencukupi.Manakala hanya 25 peratus penurunan berat badan bermula daripada penurunan lemak bagi mereka yang kurang tidur.

   Kebiasaanya, mereka yang tidur lewat ataupun tidak mengikut rutin tidur yang betul akan mengalami masalah kelaparan terutamanya ketika lewat malam. Faktor ini adalah disebabkan hormon ghrelin yang akan mendorong anda untuk makan makanan yang berunsur tinggi kolestrol dan manis. Hormon ini akan meningkatkan penyimpanan lemak di dalam tubuh anda yang kurang tidur. Hormon ini membuatkan lemak di dalam badan menjadi tepu dan sukar disingkirkan. Hormon ini juga menyuntik rasa lapar yang mendorng anda mengambil  makanan dalam jumlah yang banyak.

   Inilah dia antara penyebab kenapa diet and tidak berjaya dan akhirnya membuatkan anda seakan putus asa dan memberhentikan diet anda. Dan sekiranya penurunan berat berlaku ketika anda tidak cukup tidur, bukan lemak anda yang tersingkir sebaliknya penurunan berat otot yang berlaku. Apabila keadaan ini berlaku tubuh kurus anda akan kelihatan menggeleber dan tidak kelihatan tegap/kemas.

   Tidur merupakan satu perkara yang amat penting, bukan sahaja kepada program penurunan berat anda tapi juga sewaktu tidurlah sel-sel baru akan berkembang dan diperbaiki. Tidur yang cukup akan menjamin kesihatan untuk tubuh badan anda. Waktu tidur adalah berbeza-beza mengikut faktor umur, kesihatan dan aktiviti harian anda. Anda perlu peruntukan masa lima hingga lapan jam agar lemak yang ada di dalam tubuh mudah dihapuskan.

   Waktu tidur yang tidak digalakkan ialah selepas anda makan, sekurang-kurangnya tidur selepas dua jam anda makan. Tidur selepas makan akan mengundang penyakit dan peningkatan berat badan secara mendadak. Biarkan makanan anda dihadam sepenuhnya, jika tidak lemak akan mudah meresap ke tubuh anda dan menyebabkan perut anda menjadi buncit.



No comments:

Post a Comment