Showing posts with label perut. Show all posts
Showing posts with label perut. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

PENYEBAB SEBENAR PENGUMPULAN LEMAK DI PERUT





Semakin umur meningkat,
pengumpulan lemak di perut semakin menebal, seperti tidak mampu dielakkan lagi oleh kebanyakan kita. Umum juga mengetahui, pengumpulan lemak ini berkait rapat dengan proses metabolisma badan yang semakin berkurangan. Namun begitu, banyak lagi sebab lain yang menjadi punca kepada pengumpulan lemak di badan, terutamanya di bahagian perut dan pinggang.



Mari kita amati apakah penyebab sebenar atau penyebab asas bagi pengumpulan lemak di bahagian perut, di antaranya ialah:

1. Makan tidak sesuai dengan bentuk badan

Bentuk badan berlainan memerlukan jenis atau rancangan pemakanan yang berbeza. Oleh itu, sesuaikan jenis makanan yang diambil dengan keadaan dan bentuk badan masing-masing (seperti gemuk, kurus, badan orang tua, badan orang muda, dsb.)

2. Pengambilan protein yang salah

Protein berkualiti atau protein berlebihan boleh menghalang keupayaan hati menyimpan lemak. Dengan itu, lebih banyak lemak akan berkumpul di bawah kulit badan.

3.
Senaman yang salah dengan jenis badan

Senaman lasak dan banyak mengeluarkan peluh boleh membakar lemak. Badan pula hanya boleh membakar lemak apabila hormon dirangsang dengan betul.

4. Pengambilan enzim yang kurang daripada makanan

Makanan yang dimasak, diproses, dibasmi kuman (pasteur), dihaluskan (dimurnikan), dan dipanggang menghalang pengambilan enzim daripada makanan tersebut, termasuk enzim pembakar lemak.

5. Pola senaman yang salah

Senaman yang optimum dapat ditentukan dengan mengukur tempoh aktiviti dan pemulihan seseorang itu. Ia berbeza antara seorang dengan seorang yang lain.

6. Penyimpanan bendalir tersembunyi

Kandungan garam (sodium) yang tersembunyi dalam MSG (perisa tiruan) sebagai kanji makanan yang diubahsuai dan pemanis tiruan boleh mempenagruhi pertambahan berat bendalir dalam badan.

7. Latihan berlebihan

Perlu diingat bahawa pembakaran lemak hanya berlaku 24-48 jam selepas melakukan senaman/latihan fizikal, iaitu semasa rehat dan bukannya semasa melakukan latihan/senaman tersebut. Oleh itu, tidak perlulah melakukan latihan/senaman yang berlebih-lebihan sehingga memudaratkan badan.

8. Halangan kelenjar berfungsi

Alkohol, ubat-ubatan, bahan kimia, dan gula tiruan/buatan dalam makanan boleh menghalang kelenjar dan organ berfungsi dengan baik.

9. Makanan rendah potassium

Potassium membantu menghalang penyimpanan lemak. Oleh itu, pengambilan potassium yang rendah daripada diet akan menyebabkan penyimpanan dan pengumpulan lemak yang banyak.

10. Gula tersembunyi


Gula merangsang pengeluaran insulin dan kehadiran insulin pula menghalang pengeluaran hormon pembakaran lemak. Ini menyebabkan banyak lemak terkumpul di bawah kulit.

11. Stres yang tinggi bersamaan dengan pengeluaran hormon kortisol yang tinggi

Terlalu stres akan menyebabkan terhasilnya kandungan hormon kortisol yang tinggi juga, yang mana ini akan menghalang hormon pembakaran lemak berfungsi, yang akhirnya akan menyebabkan banyak lemak terkumpul.

12. Tidak cukup tidur dan tidur tak berkualiti


Pembakaran lemak berlaku semasa tidur nyenyak, bukannya pada waktu siang ahri. Oleh itu, tidur yang cukup (lebih kurang 7 jam) dan nyenyak (berkualiti) sangat penting bagi membolehkan badan membakar lemak-lemak yang tidak dikehendaki.

13. Gangguan persekitaran ke atas sistem endokrina


Gangguan dari persekitaran ke atas sistem endokrina dan seterusnya kecekapan pengeluaran hormon boleh menghalang hormon-hormon berfungsi dengan baik, termasuklah hormon bagi pembakaran lemak.

14. Kelaparan atau mengidam makanan


Makanan yang mengandungi nutrien yang tinggi akan menghentikan rasa lapar dan mengidam makanan yang amat sangat. Jika dibiarkan perut lapar, ia akan merangsang pengeluaran kortisol yang memberi kesan seperti dinyatakan di atas.

15. Silap tujuan makan untuk mengurangkan pengambilan kalori (berat badan) bukan untuk kesihatan

Tujuan makan hendaklah dibetulkan supaya makan untuk sihat dan secara tidak langsung menurunkan berat badan, bukannya makan untuk turunkan berat supaya sihat. Tidak semua orang yang berjaya turunkan berat badan itu sihat, sebaliknya orang yang sihat sudah tentulah berat badannya tidak berlebihan atau obes.

Setelah mengetahui penyebab-penyebab sebenar bagi pengumpulan lemak di perut, bolehlah kita bertindak untuk menghindari faktor penyebab ini. Azam yang bersungguh-sungguh dan dilakukan secara konsisten amat perlu bagi mendapatkan hasil yang diidamkan.

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan pengumpulan lemak?


Secara amnya, langkah-langkah berikut adalah dicadangkan oleh kebanyakan pakar pemakanan:

1. Pengambilan pil
diet dan perangsang pembakaran lemak (perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu).
2. Kurangkan pengambilan kalori dalam diet - pilih makanan berkalori rendah.
3. Lebihkan senaman.
4. Amalkan pemakanan seimbang dan sederhana banyaknya.
5. Kurangkan selera makan - kurangkan makanan pembuka selera, minum air dan makan buah-buahan sebelum makan nasi.
6. Banyakkan minum air - sekurang-kurang 8 gelas air sehari dan diet sayuran/buah-buahan yang banyak mengandungi air.
7. Kurangkan makanan berlemak dan bergoreng.

Sumber

Sunday, January 15, 2012

5 Tips Untuk Kempiskan Perut


1) Makan makanan yang betul.
Untuk mengempiskan perut kita perlu makan makanan yang seimbang di dalam menu harian kita kerana diet yang betul boleh membantu membuang lemak di bahagian perut. Makan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, lean protein, ikan dan sayuran berdaun hijau.
2) Tinggalkan makanan ringan atau fast food.
Makan makanan ringan dan makanan segera adalah tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil dengan berlebihan. Kita sepatutnya menggelakkan mengambil karbohidrat yang diprocess, gula, makan goreng (deep fried food), makanan segera dan apa jua makanan berlemak.
3) Berhenti makan lewat malam.
Kebanyakkan orang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.
4) Kurangkan minum soda, jus atau minuman bergula.
Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air mineral.
5) Latihan kardio dan berat.
Melakukan senaman kardio adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti jogging, berjalan. Dan menaiki tangga. Diharap dengan tip-tip yang diberi dapat membantu anda dalam usaha anda mendapatkan bentuk badan yang di ingini.

Sunday, June 8, 2008

Buah turunkan Berat Badan


RAMAI sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.




Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.

1. Limau gedang

  • Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

2. Oren

  • Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal

  • Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

4. Beri

  • Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

5. Tembikai

  • Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

6. Anggur

  • Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.

Wednesday, June 4, 2008

Pemakanan Betul Elak Perut Buncit

SEMUA wanita pasti mengidamkan perut yang kempis dan bebas dari sebarang benjolan lemak. Namun, pemakanan dan gaya hidup hari ini yang semakin diabaikan, ramai wanita mengalami masalah perut buncit.




Ada enam panduan boleh dicuba wanita yang impikan perut kempis.
  1. Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.
  2. Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.
  3. Hindari minuman beralkohol. Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit.
  4. Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.
  5. Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.
  6. Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.



Saturday, May 24, 2008

Mencantikkan Perut

Penampilan seseorang wanita akan kelihatan menawan jika mempunyai perut yang kempis. Perut yang kempis akan menampakkan susuk badan yang cantik serta mudah untuk mengayakan pelbagai fesyen. Terdapat beberapa petua yang boleh dicuba bagi wanita yang mengalami masalah perut buncit dan kulit perut berkedut selepas melahirkan anak.




Mengempiskan perut
  • Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi , mee dan lain-lain. Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.
  • Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
  • Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
  • Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Kebanyakkan Wanita mengalami masalah perut buncit selepas melahirkan anak. Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ini.
  • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.Kemudian sapukan ramuan ini pada perut dan di ikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.

Masalah kulit perut berkedut

Kulit perut akan berkedut selepas melahirkan anak. Untuk mengatasi masalah ini amalkan petua:
  • Campurkan 1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul sehingga sebati dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa dua minggu.