Friday, January 4, 2013

Makan Saya Untuk Diet Sihat

Ramai di antara kita kalau sebut pasal diet mesti terbayang tak nak ambil makanan yang berat-berat kan...tapi salah tu makanan yang berat/mengandungi karbohidrat perlu ada untuk tenaga harian kita cuma kena kawal kuantitinya sahaja. Pada siapa-siapa yang nak diet tu jom amalkan makan buah-buahan yang disenaraikan. Ini hanya option sahaja tau..

Petua untuk kuruskan badan!!Jom baca 

 

Anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.

 
 

Buah-buahan sesuai untuk mereka yang nak diet.

 
Nanas - Nanas boleh membuatkan anda menjadi kurus. Ini kerana nanas mengandungi asid sitrik yang boleh memecahkan lemak dalam badan anda. Ia juga mengandungi vitamin A, B1 dan bromelain. Dimakan terus atau pun dibuat jus boleh mencuci sistem dalaman tubuh, melawaskan pembuangan air kecil, merangsang penghadaman, menghilangkan sakit kerongkong, membantu mengatasi masalah hati dan demam kuning. Air nanas juga sesuai digunakan untuk rawatan berkaitan penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut.
 
 

Epal Hijau - Buah yang penuh khasiat walaupun rasanya agak masam. Makan sebiji epal hijau setiap hari akan membekalkan khasiat bagi mengurangkan kolestrol dalam badan. Ia juga mengandungi phytonutriens yang melambatkan proses pengoksidaan kolestrol yang tidak baik.

 
  
Oren - Buah yang kaya dengan vitamin C. Ia boleh memelihara kesihatan sel-sel tubuh. Ia juga baik untuk tulang dan juga otak. Kulit buah yang berwarna putih sebenarnya mengandungi lebih vitamin C berbanding isi buahnya yang berwarna oren. Ia juga menganding kandungan serat pada bahagian kulit yang berwarna putih.
 

Kiwi - Buah yang sangat kaya dengan phythonutriens dan mengandungi pelbagai vitamin dan mineral. Ia mampu mencairkan darah bagi menjaga kesihatan jantung seperti aspirin. Ia mampu megurangkan risiko untuk mengalami masalah kesihatan berkaitan dengan pernafasan seperti berdehit, pernafasan pendek dan batuk malam. Ia juga baik untuk jantung dan boleh membantu pesakit diabetes mengawal kandungan gula dalam badan.

 
 
Strawberi - Buah yang tumbuh menjalar ini mengandungi antioksida yang memerangi unsur radikal bebas atau penyebab kanser. Buah ini juga mengandungi vitamin K, mangan, Folic Acid, Potasium, Riboflavin, Vitamin B5, Vitamin B6, magnesium dan Omega 3. Makan semangkuk strawberi yang dihancur (5 sudu) boleh memberikan kandungan kolagen yang boleh mencantikkan kulit anda juga.
 
 
Anggur - Mampu melambatkan proses penuaan kerana ia mengandungi vitamin c yang tinggi dan ianya mampu membaiki tahap antioksida  dalam tubuh manusia. Kehadiran radikal bebas yang berpunca dari pelbagai pencemaran (terutamanya pencemaran udara) adalah punca menyebabkan proses penuaan berlaku lebih cepat dari sepatutnya.
 

Tembikai - Kadar kalori di dalam tembikai adalah sangat rendah. Ia juga mengandungi kalsium, karbohidrat, lemak, zat besi, magnesium, fosforus, potasium, protein, sodium dan gula. Kandungan potasium mampu membantu masalah tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan batu karang. Tembikai juga boleh meredakan simptom osteoartris dan kandungan antioksidanya boleh mengelakkan serangan kanser dan penyakit jantung. Ia juga boleh membantu mengurangkan masalah rabun malam

No comments:

Post a Comment