Friday, January 18, 2013

Makanan Pengganti Nasi

Demi mendapatkan tubuh langsing dan sihat, ramai wanita memilih untuk mengurangkan pengambilan nasi. Malah, ramai juga yang tidak mengambil nasi selama berbulan-bulan. Kekurangan karbohidrat di dalam tubuh sebenarnya memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh badan. Tubuh masih memerlukan karbohidrat untuk memberi tenaga kepada kita. Oleh itu, makanan ganti kepada nasi yang mengandungi karbohidrat diperlukan untuk diet sihat. Cadangan makanan pengganti nasi:

Sagu



Sagu merupakan butiran atau tepung yang diperoleh dari batang pohon sagu atau rumbia. Usah risau mengenai kandungan lemak kerana sagu rendah kandungan lemaknya. Sangat sesuai dijadikan makanan pengganti nasi.

Cara sajian: Sajian sagu yang paling mudah ialah bubur sagu. Biasanya ia dimakan dengan ikan jika di Papua atau Maluku. Umpamanya memakan nasi dengan lauk ayam.

Jagung

Sumber karbohidrat ini juga mengenyangkan dan amat sesuai untuk anda yang mengamalkan cara hidup sihat. Selain itu, jagung juga mengandungi serat dan asid folat yang membantu menjaga pembuluh darah. Alternif yang sesuai sebagai makanan pegganti nasi yang enak.

Cara sajian: Jagung boleh direbus begitu sahaja atau dimasukkan di dalam masakan sebagai sayur tambahan. Tidak salah untuk menikmati jagung rebus pada waktu pagi sewaktu sarapan tetapi dengan rasanya yang enak, pastinya anda teruja memakannya. Anda juga boleh menikmati jagung bakar sebagai alternatif.

Kentang

Selain nasi, kentang adalah pengganti yang paling digemari. Kentang mudah dimasak dengan bahan-bahan lain. Ia mempunyai kalori rendah berbanding tumbuhan ubi lain. Kentang banyak digunakan dalam program penurunan berat badan. 200 gram kentang bersamaan 100 gram nasi.

Cara sajian: Panggang kentang bersama kulitnya agar khasiat kentang terpelihara. Atau, anda juga boleh merebus kentang dan dimakan bersama sos atau gravy.

Pasta

Sesekali bertukar selera Itali apa salahnya. Pasta diperbuat dari pelbagai campuran bahan seperti tepung, air, telur dan garam. Pelbagai jenis pasta boleh di dapati di pasaran contohnya spageti, makaroni, lasagne dan fettucine.

Cara sajian: Pasta boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada panggang, rebus atau dijadikan salad. Jika menu masakan anda memerlukan minyak, pilih minyak zaitun dalam kuantiti kecil. Daging rendah lemak boleh digunakan dengan tambahan sayur-sayuran seperti brokoli atau paprika.

Oat

Oat merupakan sejenis bijirin gandum dan kita sering menjumpainya dalam bentuk oatmeal. Biasanya, oat dijadikan sebagai bubur atau menjadi salah satu bahan dalam pembuatan kek. Oat boleh mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh.

Cara sajian: Mungkin dari semua sumber karbohidrat, inilah yang banyak tersedia dalam bentuk segera atau instant. Hanya campurkan air panas dan oat sudah tersedia untuk dihidangkan. Campurkan buah strawberi, beri hitam atau kiwi untuk menambah selera.

sumber

Pengambilan suplemen juga penting bagi menjamin kesihatan anda semasa anda tidak mengambil nasi. Ini bagi menampung kekurangan zat semasa dalam proses menurunkan berat badan anda. Multivitamin, detoks, dan pengemulsi lemak penting bagi menjadikan diet anda lebih berjaya.

Cadangan produk Shaklee untuk multivitamin ialah vitalea iron formula yang mengandung 28 jenis vitamin yang dapat menampung keperluan zat anda. Detoks pula penting untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin dan sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh kita. Cadangan produk yang biasa digunakan adalah seperti Herb-Lax, Alfalfa Kompleks dan Omega Guard. Kesemua produk detoks ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Anda pasti tidak menyesal menggunakannya selain mendapat pelbagai khasiat dari produk ini. Pengemulsi lemak seperti lecithin pula dapat mengemulsi lemak degil supaya terurai dan menghalang lemak berlebihan menempel di dalam badan. Ia juga mampu meningkatkan kadar metabolisme badan seseorang.

Pengambilan protein pula sangat penting untuk mengekalkan anda sentiasa bertenaga dan pengekalan otot badan anda. Tanpanya badan anda akan menjadi menggeleber apabila penurunan berat berlaku. Berat anda juga akan lebih cepat naik sekiranya anda makan secara tidak terkawal. Cadangan produk yang mengandungi protein ialah cinch mix shake, esp dan meal shake. Pilih mana-mana mengikut kesukaan anda.

Norhafizah MK | 019 984 7340 

No comments:

Post a Comment