Showing posts with label Multivitamin. Show all posts
Showing posts with label Multivitamin. Show all posts

Wednesday, December 5, 2012

Diet Tanpa Nasi

Diet Atkins : Anda Tidak Perlu Berlapar

Diet atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr Atkins bagi membantu individu yang ingin menurunkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak dalam badan. Dengan menghadkan pemgambilan karbohidrat seperti nasi, mi, kentang, dan gula akan memberi kesan kepada penyusutan berat badan dalam jangka masa panjang. Diet ini tanpa perlu berlapar cuma anda perlu memilih makanan yang bersumberkan protein tanpa karbohidrat.

Terdapat empat peringkat yang perlu anda ikuti asalkan anda disiplin dan konsisten dalam melaksanakan diet ini.

Peringkat 1-induction (2 minggu atau lebih bergantung pada berat badan anda sekarang)

Induction adalah peringkat terpenting kerana ia adalah peringkat permulaan perubahan corak pemakanan anda berbanding sebelum ini. Corak pemakanan anda perlu diubah dan sebaik-baiknya dilakukan selama dua minggu atau sehingga enam bulan bergantung kepada tahap kesihatan dan berat badan anda.

Semasa tempoh induction anda haruslah mengelak dari mengambil makanan berikut: 
  • Makanan tinggi karbohidrat seperti nasi, mi, kuew tiau dan sebagainya. 
  • Sebarang jenis roti tidak kiralah roti biasa, bun, roti jala, rati canai dan segala jenis roti
  • Semua jenis gula - secara langsung atau tidak langsung 
  • Buah-buahan selama 2 minggu - kandungan gulanya yang tinggi jika dimakan berlebihan dan menyebabkan anda menjadi semakin lapar. Selepas 2 minggu baru boleh makan berpada-pada 
  • Minuman bergula,bergas, jus atau berkafein 
  • Semua jenis snek dan makanan ringan 
  • Semua jenis kacang selama 2 minggu 
  • Semua jenis makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan atau yang sejenis dengannya 
  • Makanan bertepung seperti kek atau biskut dan kuih muih
Makanan yang dibolehkan semasa proses induction:
  • Ayam, ikan dan daging - panggang, stim atau bakar 
  • Sup dan sate (digoreng tanpa tepung) 
  • Udang - bakar, tom yam dan digoreng dengan cili boh sahaja 
  • Sayuran hijau (elakkan lobak merah dan kentang) 
  • Air kosong dan air mineral - minum lebih tiga liter sehari 
  • Burger - Buang roti dan hanya makan dagingnya bersama sayur dan mayonise 
  • Pizza- Makan topping sahaja 
  • Makan supplemen dan vitamin seperti multivitamin untuk bekalan zat dan serbuk protein yang boleh memberi tenaga kepada anda.
JANGAN PONTENG MAKAN. Sarapan, makan tengahari dan makan malam seperti biasa mengikut diet sewaktu induction ini. Makan malam sebelum jam 7 petang. Pastikan anda makan tiga kali sehari untuk saiz hidangan biasa tapi sekiranya anda jenis yang suka mengunyah anda bolehlah kecilkan saiz hidangan anda menjadi empat ke lima kali sehari. JANGAN berlapar untuk menurunkan berat badan anda kerana ianya hanya menyiksa diri anda. Anda perlulah bijak dalam pengambilan makanan seimbang.

Peringkat 2-Ongoing weight loss (Penyusutan berat badan)

Selepas mengamalkan diet artkins akan berlaku penyusutan berat badan. Adalah penting penyusutan tidak berlaku secara mendadak kerana dikhuatiri berat otot yang hilang dan bukannya berat lemak seperti yang anda kehendaki. Penyusustan mendadak juga boleh menyebabkan tubuh anda menggeleber, adalah penting untuk mengambil makanan bersumberkan protein untuk mengekalkan otot dan metabolisma badan anda secara teratur.

Peringkat 3-Pre-maintenanca & Peringkat 4-Lifetime maintenance

Setelah program penyusutan berat badan anda berjaya, anda bolehlah makan secara teratur dan kurangkan pengambilan karbohidrat. Jaga kualiti dan kuantiti pemakanan anda agar berat badan anda tidak kembali seperti sebelumnya. Proses ini penting dalam peringkat pre-maintenance dan lifetime maintenance.





Sunday, November 25, 2012

Multivitamin untuk Keperluan Diet Anda

Vita-Lea Iron Formula:Multi vitamin dan Multi mineral

Supplement seimbang dan komprehensif yang dihasilkan sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medigo Sativa). Individu yang mengidap lupus eritematosus perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Produk ini tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Ia juga dikenali sebagi multivitamin kerana mengandungi pelbagai jenis vitamin di dalamnya. Antara fungsi utama multivitamin ialah:
  • Mengimbangi segala bahan kimia di dalam badan
  • Sebagai insuran bagi menampung kepada apa-apa pemakanan yang kurang dalam diet
  • Membantu pengambilan makanan di dalam badan kita supaya lebih berfungsi 
  • Membantu meningkatkan kesegaran otak dan pertahanan terhadap jangkitan
  • Membantu kesihatan secara amPenting bagi proses pertumbuhan dan keupayaan reproduktifSebagai nutrien kepada sel-sel
Kebaikan Vita-Lea:
  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik
  • Mengandungi beta karotena yang membantu proses pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk proses metabolisma lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah
  • Multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel.Dikatakan dua biji Vitalea bersamaan 40 jenis hidangan lauk
  • Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian utama yang banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.
  • Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea.
  • Merupakan supplement terpenting untuk diet atau slim sekiranya anda kurang mengambil makanan, pengambilan vitalea ini mampu membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.
  • Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.Sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang meyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepalaini kerana ibu-ibu kekurangan zat besi atau iron dalam pengambilan diet harian mereka.
Siapa yang perlukan Vita-Lea?

Secara umumnya Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang.  Ini kerana kandungan Vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi hampir seluruh badan.  Antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet


Berminat dengan produk ini sila hubungi

Norhafizah MK
ID Shaklee: 910483
SMS: 019 984 7340
Email: syahmizara@gmail.com
YM: fizs_nor@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/fizzcare