Friday, January 11, 2013

MANIS YANG BAHAYA....





Badan manusia
dijadikan tidak memerlukan banyak gula, namun begitu sebahagian besar makanan kita terdiri daripada gula kerana makanan berkarbohidrat juga akhirnya akan menghasilkan gula ringkas.

Sebenarnya
gula tidak mempunyai fiber, mineral, protein, lemak atau enzim. Oleh itu, badan perlu mendapatkan zat-zat ini dari sel yang sihat untuk membolehkan gula dimetabolismakan, seperti meminjam kalsium, sodium, potasium dan magnesium dari bahagian badan yang lain.
Ini akan mengakibatkan osteoporosis, gigi berlubang/reput, penyakit gusi, menjadikan darah lebih pekat dan likat yang menyebabkan proses penyerapan terganggu. Gula juga meningkatkan risiko diabetes, batu karang hempedu dan obes (terlalu gemuk).

Gula sirap jagung
pun mengandungi kandungan yang hampir serupa dengan gula pasir. Pengambilan gula tanpa kawalan juga dikaitkan dengan penyakit jantung, darah tinggi dan beberapa jenis kanser biasa.

Gula pasir putih sebenarnya bukan makanan tetapi ia lebih kepada bahan kimia tulen yang diekstrak dari tumbuhan, yang kandungannya menyerupai kokain.

Jumlah pengambilan gula yang sesuai ialah 2-4 sudu teh sehari, manakala setin minuman bergas mengandungi 11 sudu teh gula.

Apakah kesan gula ke atas sistem badan kita?


1. Gula menekan sistem imun badan


Contoh,
sebotol coke atau gula-gula akan menurunkan keupayaan sistem imun badan buat sementara waktu, sehingga beberapa jam lamanya. Bayangkan jika dalam sehari kita minum lebih daripada itu.

2. Gula menggalakkan keradangan


Makanan bergula memberi tenaga yang berlebihan dan menggalakkan berlakunya keradangan, yang mana akhirnya gula ini menggalakkan pula proses penuaan dan penyakit.

3. Gula menekan pengeluaran hormon tumbesaran manusia


Hormon tumbesaran manusia ini bukan sahaja diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar dengan normal tetapi juga diperlukan oleh orang dewasa bagi memperlahankan proses penuaan.
Biasanya hormon tumbesaran ini dirembeskan secara semulajadi oleh abdan. Disebabkan gula yang berlebihan akan menekan pengeluaran hormon tumbesaran, maka perlulah kita hindari makanan yang mengandungi gula yang tinggi supaya proses tumbesaran kanak-kanak tidak terganggu dan proses penuaan dapat diperlahankan.

4. Gula menggalakkan Glycation

Glycation ialah proses di mana molekul gula melekat kepada molekul protein dan lemak dalam saluran darah. Pelekatan ini akan menghasilkan sebatian toksik yang dinamakan Advanced glycation end product (AGEs) yang mempercepatkan proses penuaan, dan kerosakan yang terjadi ini tidak boleh diperbaiki lagi.

5. Gula menaikkan paras insulin

Pengambilan gula (sama ada dari makanan atau minuman) akan meningkatkan paras gula dalam darah secara mendadak. Selepas itu, pankreas akan mendapat isyarat bagi merembeskan banyak insulin bagi membantu menyingkirkan gula dari saluran darah ke sel. Apabila paras gula dalam darah menurun, paras insulin akan kembali normal.
Apabila keadaan begini sering berlaku (selalu mengambil makanan bergula secara berlebihan), pankreas akan terus mengeluarkan insulin, sehinggalah ke satu tahap di mana ia berhenti mengeluarkan insulin dan tidak respon lagi kepada keperluan menyingkirkan gula dalam darah. Pada masa ini, bermulalah penyakit kencing manis (diabetes) dan perlukan suntikan insulin.

Memandangkan betapa bahayanya pengambilan gula yang berlebihan, jadi sebagai langkah pencegahan "Kurangkan gula dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman".... wallahu a'lam.



via: sitik's

Sumber 1, 2

No comments:

Post a Comment