Sunday, April 3, 2011

Jangan Abaikan Vitamin D

Tahukah anda, kekurangan vitamin D di dalam diet boleh menyebabkan gangguan terhadap aktiviti pernafasan, melemahkan fungsi paru-paru dan juga kawalan asma. Antara sebab yang menyebabkan berlakunya pengurangan terhadap vitamin ini ialah obesiti dan juga menetap di negara Barat. Vitamin D juga digelar 'the sunshine vitamin' kerana tubuh kita akan menghasilkan Vitamin D setiapkali ia disimbah cahaya matahari. Makanan termasuklah ikan, telur dan produk tenusu adalah sumber vitamin ini.

Kurangi Risiko Penyakit Kronik Dengan Kurma

Buah kurma mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungan zat galiannya seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Ia juga boleh dikategorikan sebagai sumber tenaga kerana mengandungi glukosa yang merupakan unsur gula dalam darah. Kurma merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membantu membentuk minda yang sihat. Kesimpulannya, kurma amat penting bagi pertumbuhan dan peningkatan kesihatan.

Kuaci Kurangkan Kolesterol

Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolesterol lemak jahat sekaligus menghadkan kolesterol lemak baik. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolesterol.

Epal Cegah Lemak Dalam Badan

Memakan sebiji epel atau meninum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.
Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan sebiji epal atau meminum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.