Thursday, November 8, 2012

PERUT BUNCIT? Nikmati makanan ini


Orang Dewasa memerlukan 25-30 gram serat sehari manakala kanak-kanak di bawah umur 2 tahun hanya memerlukan 5 gram serat sehari. Jom amalkan pemakanan yang betul untuk mengatasi masalah perut buncit anda!!
  • Bijirin Oat - Sarapan yang tinggi serat mampu memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding sebiji donut. Pilih bijirin oat asli tanpa perisa dan tambahkan keenakkanya dengan susu ataupun buahan segar seperti kismis dan beri
  • Badam dan Kekacang - Mampu membuatkan perut anda langsing tanpa mendatangkan rasa lapar. Pilih kacang tanpa garam dan makanlah badam 24 biji sehari tanpa perlu bimbang terlebih kalori
  • Telur - Telur mengandungi B12, iaitu zat yang diperlukan tubuh untuk membakar lemak. Bersarapanlah dengan 2 biji telur
  • Serbuk protein - !a mengandungi asid amino yang berupaya membakar lemak dan membina otot.Campurkan 2 sudu kecil serbuk protein ke dalam sajian susu kocak anda. Sesuai diminum sebagai sarapan ataupun sebelum bersenam. Seeloknya hidangan susu kocak anda adalah susu rendah lemak tanpa perisa. ELAKKAN mencampur serbuk protein anda dengan campuran SUSU COKLAT kerana ia tidak menjadikan minuman anda itu lebih sihat
  • Buahan beri - Semua jenis beri segar sangat kaya dengan kandungan serat meskipun saiznya kecil. 1 cawan rasberi mengandungi 6 gram serat
  • Daging Tanpa Lemak dan Ikan - Daging dan ikan merupakan sumber protein yang terbaik. Pilihlah potongan daging bersih tanpa lemak/ayam tanpa kulit dan ikan dalam menu makanan harian anda
  • Minyak Zaitun - Dapatkan lemak dari minyak tidak tepu yang sihat seperti yang terkandung dalm minyak zaitun. Ia juga mampu mengawal kolestrol dalam darah anda agar lebih stabil
  • Mentega Kacang - Anda boleh mengambil mentega kacang dengan kadar yang terhad. Kandungan niasin dalam mentega kacang berfungsi untuk melancarkan sistem penghadaman dan mengelakkan kembung perut.
  • Kekacang dan Bijian - Merupakan makanan yang mempunyai rendah kalori dan sangat tinggi serat yang diperlukan untuk membina otot. Ia boleh membantu mengurangkan berat badan anda dengan lebih efektif dan mengekalkan keanjalan otot
  • Sayuran Hijau - Makan sayuran hijau mampu memberi khasiat dan bermanafaat dalam membetuk perut yang kempis. Sayuran seperti bayam dan brokoli mempunyai serat yang tinggi dan rendah kalori, manakala salad dan kubis tidak langsung mengandungi serat
  • Bijirin Gandum Penuh - Pilihan karbohidrat yang terbaik untuk diet, membekalkan sumber tenaga dengan cepat dan memberi rasa kenyang yang lama. Seratnya baik untuk penghadaman dan penyingkiran toksin dari badan anda. Pilihlah roti yang tertera 'whole grain' atau '100% whole wheat'
Sumber Rujukan: Majalah Dara.com

No comments:

Post a Comment