Sunday, July 5, 2009

MEMELIHARA KUKU SIHAT

Kuku mampu menambahkan keyakinan seseorang dalam penampilannya. Penjagaan kuku ini boleh dilakukan di rumah tanpa perlu membelanjakan wang yang banyak. Anda bukan sahaja akan mendapat kuku yang cantik dan tidak mengganggu bajet perbelanjaan anda. Ikuti tips berikut agar kuku anda tetap sihat.

Cara Pertama

Gunakan berus gigi yang disapu dengan ubat gigi yang mengandungi bahan pemutih (tooth whitening) untuk memberus kuku secara perlahan-lahan. Setelah itu, biarkan ubat gigi melekat pada kuku selama 10-15 minit. Setelah itu, bilas dan keringkan dengan tuala. Anda boleh melakukannya beberapa kali dalam sebulan.

Cara Kedua

Jika anda tidak dapat melakukan cara yang pertama, mungkin anda boleh mencuba cara ini. Ambil sebiji lemon dan campurkan dengan air suam. Rendamkan kuku selama 15 minit. Setelah itu, gosok kuku anda dengan lemon tersebut. Bilas dengan air dan keringkan. Namun anda kena ingat. Cara ini tidak boleh dilakukan terlalu kerap. Jika terlalu kerap, kuku anda akan menjadi nipis. Memadailah sekira dilakukan seminggu sekali.

No comments:

Post a Comment