Thursday, July 30, 2009

1, 2, 3.....Jom Bersenam


Berjalan Setempat:
Kaki harus digerakkan sehingga terangkat dari lantai. Tangan dihayun kencang.
Apa yg bagus?
Meningkatkan peredaran darah keseluruh tubuh.

Lari Setempat:
Posisi seperti anda mahu berlari.Gerakkan tubuh perlahan-lahan seperti anda berjoging.
Apa yg bagus?
Peredaran darah yg baik.

Berjoging:
Berlari-lari perlahan di sekeliling padang samnbil melonggarkan sendi bahu, lengan dan tengkuk.
Apa yg bagus?
Mengalakkan peredaran darah, kelonggaran sendi dan otot.

Lompat Selang-seli:
Lompat perlahan ke kiri dan kanan. Hayunkan tangan dgn rancak.
Apa yg bagus?
Mengalakkan peredaran darah serta kelonggaran sendi dan otot.

Lompat anak:
Lompat perlahan-lahan dan angkat kaki kanan dan kiri secara berselang-seli.
Apa yg bagus?
Kelonggaran serta melembutkan sendi dan otot kaki.

Berdiri Setempat:
Sambil berdiri hayunkan tangan ke hadapan, belakang dan sisi tubuh.
Apa yg bagus?
Kelonggaran dan kelembutan sendi serta otot tangan.

Trunk Twister:
Sambil berdiri, regangkan otot bahu dan pinggang.
Apa yg bagus?
Menguatkan otot-otot pinggang.

Sit & Stand:
Berdiri tegak, bengkokkan lutut, tangan mencecah lantai dan bangun semula. Ulang langkah sehingga sehingga lima kali.
Apa yg bagus?
Menggalakkanperedaran darah.

No comments:

Post a Comment