Thursday, July 30, 2009

Minyak Juga Sumber Menyihatkan!


Walaupun minyak adalah sumber lemak, tetapi apa yg penting adalah kita perlu tahu apakah minyak yg paling tepat dan seterusnya gunakan minyak ini dgn betul.

** Minyak Zaitun

Minyak zaitun mengandungi Omega 9 dan Omega 6 sehingga 85%. Ia juga mengandungi asid lemak tidak tepu. Ia juga berfungsi menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) di dlm tubuh dan meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL).

**Minyak Biji Anggur

Minyak biji anggur mengandungi asid lemak utama Omega 6, vitamin C dan sterol. Secara tidak langsung, ia sesuai digunakan bagi mereka yg mempunyai masalah jantung kerana ia mampu menurunkan kadar kolesterol.

**Minyak Bijan

Selain mengandungi asid lemak tidak tepu yg berfungsi meningkatkan kekebalan tubuh, minyak bijan kaya dgn vitamin A, B dan E serta beberapa jenis asid amino.

**Minyak Soya

Minyak soya mengandungi protein lengkap dlm jumlah yg sangat tinggi. Kandungan asid lemak tepunya juga rendah iaitu lebih kurang 15%.

No comments:

Post a Comment