Wednesday, July 15, 2009

Tulang Yang Sihat


Minumlah susu setiap hari. Jangan sesekali anda melupakan khasiatnya. Susu sangat baik untuk tulang dan gigi. Bagi yang takut gemuk, menidakkan pengambilan susu dalam menu harian bukanlah tindakan yang baik. Kalsium adalah mineral yang paling penting untuk kesihatan tulang. Bgai wanita, kandungan kalsium yang diperlukan untuk tempoh sehari ialah di antara 1000 hingga 1500mg.

Zat lain yang tidak kurang pentingnya bagi tulang ialah vitamin D. Vitamin ini berfungsi membantu menyerap kalsium dan fosforus melalui usus. Vitamin D penting semasa proses tumbesaran tulang dan gigi selain daripada mengekalkan fungsi sistem saraf dan jantung.

Vitamin D ini sangat unik kerana mampu bertindak sebagai hormon yang mengawal penyerapan kalsium daripada usus dan mengawal paras kalsium serta fosforus dalam tulang selain daripada bertindak sebagai vitamin. Vitamin D boleh diperoleh daripada minyak ikan, hati, gandum, jagung dan kacang soya. Sinaran cahaya matahari pun mempunyai vitamin D.

Bagi yang takut gemuk untuk mendapatkan kalsium dalam susu, pilihlah yang rendah lemak. Setidaknya ambillah makanan lain yang turut mempunyai kalsium seperti keju dan yogourt. Akan tetapi, pengambilan makanan berkalsium yang rendah lemak sahaja tidak mencukupi untuk kesihatan tulang. Anda juga perlu bersenam.

Dengan bersenam terutamanya pada waktu awal pagi anda akan dapat banyak manfaatnya. Selain daripada menguatkan tulang, menambahkan stamina, anda sekali gus berpeluang mendapat vitamin D secara terus daripada sinaran matahari pagi.

Bukan sahaja pengambilan minuman ringan perlu dikurangkan tetapi juga minuman berkafein. Ini kerana kandungan kafein yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan kalsium. Jadi untuk memastikan anda sentiasa cukup kalsium, pilihlah minuman yang lebih sesuai untuk tulang. Jika bosan dengan susu atau soya, gantilah dengan jus buah-buahan.

No comments:

Post a Comment