Wednesday, July 15, 2009

Kenapa Kita Perlu Makan Buah Sebelum Makan?


Buah-buahan umumnya mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh kita. Antaranya ialah membuang segala sisa toksid yang ada dalam badan dan membekalkan tenaga yang mencukupi untuk kegunaan aktiviti harian. Tahukah anda bahawa makan buah juga ada caranya supaya tubuh anda dapat menyerap nutrien yang dibekalkan. Sekiranya anda makan buah serentak dengan hidangan utama anda seperti nasi atau roti, ini secara tidak langsung menyebabkan nutrien buah itu tidak diperoleh sepenuhnya. Mengapa ini berlaku?


Tahukah anda, proses penghadaman menghasilkan tahap pH yang lebih berasid dari biasa. Apabila buah bertemu dengan jus penghadaman, buah akan mudah menjadi rosak. Malah, sekiranya buah-buahan bercampur dengan makanan yang dihadam, gas akan terhasil dan ini akan membuatkan anda sendawa juga.


Jika hendak minum jus buah, pastikan anda minum yang segar, bukan daripada tin. Bukan sahaja jus daripada buahan segar menyediakan nutrien yang lebih, minuman daripada tin lebih terdedah kepada perisa tambahan dan gula yang berlebihan. Elakkan daripada minum jus yang panas dan buah yang dimasak kerana khasiatnya telah hilang. Yang tinggal hanyalah rasa buah-buahan tersebut. Maka hidanglah diri anda dengan durian yang segar berbanding memakan buah durian yang telah dimasak menjadi bubur. Memang sedap tapi dimana khasiatnya?


Tahukah anda, anda akan mendapat khasiat yang lebih sekiranya anda makan buah tersebut berbanding minum jusnya. Ini kerana jus tersebut telah hilang sebahagian serat yang baik untuk tubuh.

Bagi yang beragama Islam, adab makan ada menekankan untuk makan buah sebelum menghadap hidangan utama. Ini bukan sahaja mengisi perut anda dan membekalkan tubuh anda dengan khsiat, tapi tahukah anda, keadaan ini akan menyebabkan perut anda penuh dan ini akan mengelakkan anda aripada mengambil makanan lebih daripada sepatutnya. Bukankah ini baik sekiranya anda bercadang untuk berdiet?

No comments:

Post a Comment