Saturday, July 11, 2009

15 Makanan Pembangkit Ghairah !

SENSASI! Itulah yg digambarkan apabila kita menyebut tentang makanan yg boleh menambahkan semangat utk bersama pasangan. Makanan 'aphrodisiac' sejak dahulu sudah diyakini mempunyai zat utk meningkatkan ghairah seksual. Nama 'aphrodisiac' itu berasal daripada kebudayaan Yunani kuno yg diambil daripada nama seorang Dewi yg terkenal kerana kecantikannya iaitu 'Aphrodite'. Sebenarnya pengaruh makanan ini terhadap tubuh terbahagi dua iaitu 'fizikal' dan 'psikologikal'. Secara 'fizikal', makanan ini menimbulkan sensasi seksual akibat pengaruhnya terhadap tubuh. Secara 'psikologikal' pula, makanan ini memberikan semangat kepada emosi utk melakukan hubungan dgn tenang dan yakin.


TIRAM

Tiram dikenali sebagai raja 'aphrodisiac'. Ia dinobatkan sebagai makanan pembangkit ghairah terbaik dan juga simbol kekuatan. Kandungan zinknya yg sangat kaya menjadi perangsang penambah hormon testosteron lelaki.


SAWI

Sayuran hijau ini dipercayai boleh merangsang kelenjar-kelenjar hormon seks dan meningkatkan ghairah.


ASPARAGUS

Org2 Perancis sangat percaya akan kemampuan asparagus dlm menambah ghairah bercinta, sehingga ia menjadi hidangan wajib bagi para pasangan pengantin. Utk lebih berkhasiat, guna kaedah merebus atau mengukusnya. Kemudian, dinikmati dgn minyak zaitun, garam, lada dan cuka 'balsamic'.



AVOKADO

Potong avokado dan lihat, bentuknya mirip 'tubuh' wanita. Suku kaum Aztec menyebutnya sebagai 'Ahuacatlo' yg bermaksud 'Pohon Testis' kerana kedudukan buah itu yg tumbuh di pokok mirip testis lelaki. Khasiat avokado mampu menurunkan kolesterol 'jahat' dan mengantikannya dgn kolesterol 'baik', menghaluskan kulit serta melancarkan peredaran darah selain meregenerasikannya semula sehingga mampu mencegah anemia.

RUMPAI LAUT

Utk wanita yg mulai kehilangan ghairah bercinta, anda boleh mula mengunjungi restoran makanan Jepun dan menikmati rumpai laut dgn sepuasnya. Rumpai laut dipercayai mempunyai kandungan mineral dgn kadar iodin yg tinggi. Ia sangat diperlukan utk menambahkan semangat saat
bersama suami tersayang.
TELUR

Vitamin yg terkandung didlm telur sangat berguna utk tubuh kita, terutamanya vitamin B (B5 dan B6). Vitamin-vitamin ini mampu menyeimbangkan kadar hormon dlm tubuh, hingga boleh menambah tenaga, menghindari stres dan keletihan.


STRAWBERI & RASPBERI

Buah yg tinggi vitamin C ini merupakan buah yg paling sesuia utk disuapkan dgn tangan kepada pasangan. Kedua2 jenis buah ini memancing ghairah dan sering disebut sebagai 'buah puting'.


BAWANG PUTIH & MERAH

Panas yg ditimbulkan oles bawang putih dan bawang merah ini dipercayai mampu menambahkan ghairah. Pastikan anda dan pasangan memakannya bersama2. Bawang putih telah digunakan selama berabad2 utk menyembuhkan pelbagai penyakit, bermula daripada selesema hinggalah penyakit jantung.


GINSENG

Sejak dahulu lagi, khasiat ginseng telah diperakui. Di China, penggunaan ginseng sebagai penambah ghairah telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian mereka utk menikmati dlm bentuk minuman atau pil. Bahagian ginseng yg paling berkhasiat adalah akarnya.


COKLAT

Ramai yg menyukai coklat. Bagi suku kaum Maya dan Aztec, coklat dikatakan mempunyai potensi dan kemampuan yg boleh diharapkan dlm melakukan hubungan seksual.


MADU
Madu sangat rapat hubungannya dgn bulan madu, cinta, seks dan sensualitinya. Dgn kandungan gila dan jel di dlmnya, ia mampu memberikan tambahan tenaga dan meningkatkan estrogen. Madu juga baik utk lelaki. Utk lebih baik, campurkan madu dgn kuning telur sebagai alternatif 'jamu kuat'.


JINTAN

Ia merupakan 'aphrodisiac' yg paling porpular dan digunakan dlm masakan. Jintan manis digunakan sebagai makanan 'aphrodisiac' oleh org Yunani dan Rom Kuno. Mereka mempercayai bahawa jintan manis mempunyai kekuatan yg khusus.



ROYAL JELLY

Makanan ratu lebah dan kaya protein serta vitamin B ini merupakan 'aphrodisiac' yg sangat kuat dansalah satu makanan semulajadi yg paling kaya nutrisi. Royal Jelly dipercayai merupakan perangsang yg cepat dan membuatkan kelenjar seks awet muda.

STEAK

Daging merah tanpa lemak yg dibakar dan dimakan bersama keju, sayuran dan bijirin adalah sumber zink yg paling baik. Mineral yg terkandung sangat berguna utk menghalang hormon 'prolactin' yg boleh menyebabkan disfungsi seksual pada lelaki. Namun, jgn selalu mengamalkannya kerana ia boleh menaikkan kadar kolesterol.


BADAM

Ia merupakan simbol kesuburan dari masa ke masa. Aromanya dianggap merangsang ghairah wanita.

No comments:

Post a Comment