Thursday, July 16, 2009

Tis Kurangkan Pengambilan Gula


Kurangkan Pengambilan Gula dan Pilih Makanan Rendah Gula

- Gula mengandungi 99.9% karbohidrat dan membekalkan 4 kalori per gram.

- Kebanyakan orang tidak sedar tentang gula yang tersembunyi. Gula adalah sumber utama pemanis dalam semua pencuci mulut, aiskrim, candi, pastri, biskut, kuih, sirap dan minuman manis. (contoh : Teh tarik)

- Sesetengah gula digunakan sebagai perisa semulajadi, pemekat dan penaik dalam makanan. Gula selalu dicampurkan dalam makanan semasa makanan diproses dan disediakan.

Saranan Pengambilan Gula

Pengambilan gula di Singapura dianggarkan 110gm/hari. WHO mencadangkan pengambilan maksimum 50gm/hari.

a. Kekurangan Nutrien

Pengambilan gula, kuih, pastri, kek, biskut dan minuman ringan boleh menyebabkan kekurangan nutrienPengambilan gula ringkas yang belebihan akan menyebabkan kekurangan nutrien termasuk vitamin B Kompleks, Vitamin dan Zat Besi.

b. Karies Gigi

Pengambilan gula-gula di kalangan kanak-kanak boleh menyebabkan kerosakan gigiTidak kira dalam bentuk manapun gula itu sama ada dalam bentuk candi ataupun minuman ringan dan berapa kerap pengambilannya boleh menyebabkan kerosakan gigi.

c. Iritasi Usus Besar

Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan iritasi usus besar dan dalam sesetengah keadaan boleh menggalakkan fermentasi dan penghasilan gas.

Tips Untuk Mengurangkan Pengambilan Gula

1. Pengurangan pengambilan gula secara perlahan-lahan adalah digalakkan supaya perubahan rasa manis dapat diterima. Ambil ½ atau ¾ daripada jumlah gula yang biasa dan minum jus buah-buahan segar.

2. Herba seperti kulit kayu manis atau buah pala boleh meningkatkan rasa semulajadi tanpa tambahan gula.

3. Minum banyak air putih. Lebih menyihatkan.

No comments:

Post a Comment