Friday, July 10, 2009

10 Resipi Kekalkan Keanjalan Kulit

1. Kehebatan Putih Telur

* Sediakan sebiji telur, ambil putihnya sahaja.
* Kemudian, masukkan 2 sudu kecil jus lemon. Pukul hingga sebati.
* Sapu rata pada seluruh wajah. Biarkan selama 5 minit.
* Sapukan pula lapisan kedua menggunakan lebihan ramuan tadi. Biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas.

2. WoW, Pisang!

* Lenyekkan 1/2 biji pisang.
* Kemudian , campurkan bersama satu sudu besar jus oren dan madu.
* Kacau sebati, kemudian lumurkan pada wajah. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas.

3. Kulit Juga Perlu Minum Susu!

* Campurkan 1 sudu besar susu tepung bersama 1 sudu kecil yogurt asli.
* Kemudian, potong setengah timun dan kisar halus semua bahan tadi.
* Lumurkan pada wajah dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas.

4. Bijirin Oat Bukan Sekadar Sarapan!

* Masukkan 1 sudu besar bijirin oat, 2 sudu besar susu tepung, sebiji telur yg diambil putihnya sahaja dan 1/2 cawan jus oren. Kisar hingga halus.
* Lumurkan pada wajah dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas.

5. Santapan Betik

* 1/2 cawan betik dicincang halus.
* kemudian, campurkan bersama sebiji putih telurnya sahaja, 1 sudu besar jus lemon dan 2 sudu besar yogurt asli.
* Kacau sebati, simpan adunan selama 30 minit di dlm peti sejuk.
* Lumurkan pada wajah dan biarkan selama 1 jam. Kemudian bilas.

6. Istimewa Lobak Merah

* Kisar 1/2 cawan lobak merah bersama 1/2 cawan bijirin oat.
* Masukkan 2 sudu besar jus lemon dan kacau sebati.
*Lumurkan pada wajah dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas.


7. Wajah Semanis Madu!

* Campurkan 100 gm madu asli bersama 2 sudu besar air.
* Lumurkan pada wajah dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas.



8. Umphh! Masam...

* Campurkan 1/2 cawan madu bersama 1 sudu besar jus lemon.
* Masukkan pula 2 sudu besar bijirin oat.Gaul sebati.
* Lumurkan pada wajah dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bilas.

9. Kesegaran Hijau!

* Didihkan 1/2 cawan hirisan daun parsley bersama 1/2 cawan jus lemon.
* Kemudian, masukkan 3 sudu kecil susu tepung. Kacau hingga sebati.
* Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
* Sapu rata pada wajah dan biarkan selama 1 jam. Kemudian bilas.

10. Semurni Minyak Zaitun

* Campurkan sebiji kuning telur sahaja bersama 1 sudu besar madu.
* Setelah itu, masukkan 1 sudu besar minyak zaitun dan 1 cawan bijirin oat. Kacau hingga sebati.
* Lumurkan pada wajah dan biarkan selama 1 jam. Kemudian bilas.

No comments:

Post a Comment