Friday, July 10, 2009

KHASIAT RASPBERI - AGEN ANTI KANSER & PENUAAN

Buah raspberi terdiri dari beberapa spesis dan diantaranya adalah 'R. Idaeus', 'R. Arcticus', 'R. Crataegifolius' dan 'R. Occidentalis'. Buah raspberi boleh dinikmata segar, dlm bentuk buahan kering mahupun jus.

Buahnya kecil, ronanya merah membara! Masam manis nikmat rasanya menjadikan ia enak dinikmati dlm pelbagai cara. Buah yg sangat kaya dgn bahan antioksidan ini sememangnya hebat dgn pelbagai manfaat khususnya sebagai agen menentang penuaan dan juga kanser.

10 Keistimewaan Raspberi

1. Buah raspberi merupakan sumber terbaik 'ellagic acid' iaitu bahan aktif anti-karsinogen pencegah kancer.

2. Ia juga merupakan sumber terbaik antioksidan polifenol, seperti pigmen antosianin yg membantu diserang kanser dan juga penyakit jantung.

3. Oleh kerana banyaknya kandungan antioksidan, vitamin C dan polifenol, maka buah ini diberi nilai ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) sekitar 4900 utk setiap 100gm. Fakta ini menjadikan buah raspberi sebagai salah satu buah yg memiliki nilai ORAC tertinggi berbanding buah yg kaya kandungan antioksidan yg lain.

4. Buah ini juga merupakan sumber terbaik 'salicylic acid' yg kuasanya sama dgn ubatan aspirin.

5. Raspberi juga mengandungi sumber serat yg tinggi iaitu sekitar 30 peratus bagi setiap 10gm dan ini melengkapkan purata 30 peratus pengambilan serat harian. Kadar serat yg tinggi ini juga berupaya membantu menurunkan kadar kolesterol buruk (LDL).

6. Pengambilan satu cawan buah raspberi mengandungi 30mg vitamin C yg melengkapkan 50 peratus dari keperluan vitamin C harian setiap individu.

7. Raspberi juga membekalkan keperluan asid folik secara semulajadi yg baik utk wanita hamil.

8. Buah ini juga baik dimakan sebagai pencegahan pada iritasi dan alahan kulit kerana ia kaya dgn bahan antiseptik dan anti-alahan semulajadi.

9. Raspberi juga diperkaya dgn kandungan lutein dan 'zeaxanthin' yg baik utk mata.

10. Daun buah raspberi juga baik utk kesihatan reproduktif wanita khususnya saat kehamilan. Menurut pengarang buku 'The Wise Woman Herbal for The Childbearing Year', amalkan minum teh raspberi sebelum dan sepanjang proses kehamilan. Ia membantu mempertingkatkan tahap kesuburan bagi lelaki dan wanita. Sewakyu kehamilan pula, amalan minum teh raspberi dpt membantu mengurangkan rasa mual seterusnya membantu meredakan ketegangan perut yg dialami.

Ekstrak Raspberi: Agen Anti-Kanser & Anti-Penuaan Terbaik

Kandungan antioksidan yg tinggi di dlm buah ini tidak dapat dinafikan lagi khususnya dgn intensiti warna merah yg sangat tinggi pada takstur isinya. Buah berwarna merah dikatakan mempunyai kadar antioksidan lebih baik berbanding buah yg berwarna kuning.Beberapa kajian di peringkat antarabangsa telah membuktikan bahawa nutrisi yg terkandung di dlmnya lengkap sebagai membantu mencegah risiko kanser dan penuaan.

Kajian yg dilakukan oleh Universiti Clemson mendapati bahawa raspberi mengandungi bahan kimia semulajadi 'ellagic acid' yg aktif dan berfungsi mempertingkatkan kadar rintangan tubuh terhadap perkembangan sel kancer dan juga penuaan kulit. Kajian ini disusuli dgn penghasilan krim daripada ekstrak buah raspberi yg diuji dan terbukti dpt mengurangkan kesan pigmentasi akibat terdedah pada cahaya matahari.

Selain itu, 'ellagic acid' ini juga didapati dpt juga membantu menghalang pembiakan sel kancer prostat. Fakta ini telah diperakui olh Universiti South Carolina. Kajian ini juga telah membuktikan kandungan antioksidan yg tinggi di dlmnya dapat membantu penghasilan kolagen yg mengawal struktur kulit. Kajian klinikal yg dijalankan oleh Institut Kanser, Fakulti Perubatan, Universiti South Calorina pula membuktikan tentang peranan 'ellagic acid' dlm menentang kanser dgn merencat perkembangan sel kanser terbabit.

Institut Pertanian dan Kesihatan Antarabangsa, Amerika juga turut memperakui kehebatan raspberi dlm penghasilan produknya. Kandungan antioksidan di dlm raspberi ini juga mampu bertindak mencegah penularan bahan radikal bebas yg terhasil dari sinar UV yg mampu merosakkan kulit. Ia juga dpt merangsang pembentukan sel baru kulit dgn pembinaan kolagen yg sihat.

No comments:

Post a Comment