Saturday, July 4, 2009

TIPS MENGATASI INSOMNIA

USAH perkecil soal tidur kerana kepentingannya pada kesihatan seseorang. Malah tidur penting untuk mendapatkan tenaga dan keupayaan seseorang melakukan kerja.

Ada hubungan yang kuat antara kualiti tidur serta kesihatan fizikal dan mental.Tahap kesihatan yang menurun banyak dikaitkan dengan masalah tidur, begitu juga sebaliknya apabila seseorang itu sukar tidur, ia turut dikaitkan dengan masalah kesihatan.

Bagi mereka yang bermasalah untuk mendapatkan tidur yang lena, pakar insomnia yang juga ketua perubatan tingkah laku tidur di Universiti Rochester, Dr Michael Perlis memberi petua untuk mendapatkan rehat secukupnya sekali gus menjauhkan masalah tidur termasuk:

- Lebihkan senaman sama ada senaman fizikal atau mental.

- Tentukan waktu tidur yang tetap.

-Tingkatkan suhu tubuh sebelum tidur misalnya dengan mandian air suam.

- Biarkan bilik tidur dalam keadaan gelap terutama apabila usia meningkat. Ini kerana, sedikit cahaya dan bunyi saja boleh mengganggu tidur terutama di kalangan mereka yang lebih tua.

- Persekitaran yang hangat memang menyukarkan tidur sebaliknya suasana tidur lebih sesuai dalam cuaca yang sejuk sambil berselimut.

- Bagi mereka yang gemar memelihara binatang, usah tidur dengan haiwan berkenaan. Selain menyebabkan alahan, haiwan peliharaan mungkin bergerak di katil hingga menyebabkan anda terjaga.

- Apabila kurang tidur pada waktu malam, tidur sekejap pada waktu siang keesokan hari tidak banyak membantu corak tidur pada waktu malam. Malah anda mungkin masih tidak dapat tidur nyenyak pada malam berikutnya.

- Hadkan pengambilan kafein iaitu hanya satu cawan kopi pada waktu pagi. Secara perlahan-lahan kurangkan kafein jika anda memang mempunyai masalah tidur.

- Jika ingin mencuba cara tradisional, air rendaman ketumbar yang dicampur susu lembu asli boleh diminum untuk memudahkan anda lena di samping makan bawang besar bersama dadih putih.

No comments:

Post a Comment