Tuesday, July 7, 2009

KEPENTINGAN VITAMIN DAN MINERAL 1

Vitamin A

Fungsi
boleh ditukarkan menjadi retinal dan retinoic acid, iaitu jenis lain dalam keluarga vitamin A
· tumbesaran , tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak.
· Ia membantu memelihara kulit yang sihat dan mencegah lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru, penghadaman dan salurkencing dari dijangkiti kuman.
· menolong badan kita mengatur sistem kekebalan (immune system) di mana sistem kekebalan badan ini membantu mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.

Sumber
telur, susu (lemak susu), dan hati

Kekurangan
lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam,
· kekeringan pada bahagian mata putih, selaput seperti keju pada mata putih.
· Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan.
· Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan.
· Tulang dan gigi menjadi lemah dan keratomalacia iaitu sejenis penyakit di mana terjadi kerosakkan teruk pada kornea mata yang boleh menjadi buta.

Lebih dos:
Bila di ambil berlebihan pula vitamin ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala, pandangan yang kabur, pitam, cirit birit, menstfruasi yang tidak tetap, kesakitan pada sendi dan tulang, kulit yang kering dan merekah, radang pada kulit, rambut gugur, muntah-muntah dan kegagalan hati.

B1 atau Thiamine

Fungsi
· pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protin.
· memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal.
· membentuk ATP - iaitu bahanapi untuk badan bekerja. Vitamin B1 bekerja seiring dengan vitamin B2 dan vitamin B3 oleh yang demekian pakar makanan akan mengesyorkan vitamin B1 diambil sebahagian daripada vitamin B complex atau lain-lain multivitamin tambahan.

Sumber
gandum atau hasil gandum,
kacang pis,
kacang,
tepung yang diperkayakan
ikan
kacang tanah, daging

Kekurangan
· Keletihan, lemah badan, hilang selera makan
· Kegelisahan, gangguan tidur.
· Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
· Sakit pada bahagian abdomen.
· Sembelit
· Gangguan mental atau emosi.

B2 atau Riboflavin

Fungsi
· Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisma semua jenis makanan dan mengeluarkan tenaga dan sel-sel. Diperlukan oleh vitamin B6 dan niasin.

Sumber
Hati, susu, bayam, mee yang diperkaya dan kulat atau cendawan

Kekurangan
· Kekurangannya boleh menyebabkan pecah-pecah dan sakit pada mulut dan hidung. Begitu juga masalah kesihatan.

Niasin (Vitamin B3) - Niasin ditukarkan kepada niasimid dalam tubuh.

Fungsi
· Diperlukan oleh enzim-enzim yang merubah makanan kepada tenaga. Membantu mengekalkan sistem perkumuhan dan saraf yang sihat. Pada dos yang tinggi ia boleh membantu mengurangkan kolesterol. (Perlu diingat, untuk mendapatkan dos yang besar perlu terlebih dahulu mendapat nasihat pakar kesihatan).

Sumber
Cendawan, kulat, ikan tuna, ayam, daging, kacang tanah, bijirin diperkaya.

Kekurangan
· Pada kes yang teruk, kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit pelagra (sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kulit pecah-pecah), cirit-birit dan sakit mulut.

Lebih Dos:
Ulser, masalah hati, kandungan gula dan asid urik yang tinggi dalam darah dan masalah jantung.

Asid Pantotenik (Vitamin B5)

Fungsi
Mengubah makanan kepada bentuk molekul. Diperlukan untuk mengeluarkan hormon adrenal dan bahan kimia yang mengatur fungsi sistem saraf.

Sumber
dalam tisu-tisu haiwan dan bijirin

Kekurangan
Ulser pada manusia.

Lebih dos:
Sama seperti pada vitamin B1

Piridoksin (Vitamin B6)

Fungsi
Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisme dan penyerapan protein dan juga metabolisme karbohidrat. Membantu membina sel darah merah dan meningkatkan fungsi sistem saraf dan otak.

Sumber
Lemak haiwan, bayam, brokoli dan pisang

Kekurangan
Anemia, bengkeng, gatal-gatal, kulit bersisik dan sawan.

Lebih dos:
Kerosakan pada sistem saraf.

Sianokobalamin (Vitamin B12)

Fungsi
Membina bahan genetik dan membantu pembentukan sel darah merah

Sumber
hasilan haiwan

Kekurangan
kekurangan darah (anemia) yang membahayakan serta kerosakan saraf. (Nota: Kekurangan jarang berlaku kecuali terhadap vegetarian, golongan tua dan mereka yang mengalami masalah penyerapan makanan pada usus.

No comments:

Post a Comment