Saturday, July 4, 2009

DAHAGANYA.....AYUH MINUM TEH!

Sememangnya teh merupakan minuman pilihan bukan sahaja ketika minum petang, bahkan semasa bersarapan mahupun pada waktu malam. Namun awas! Silapnya pada kita kerana gemar membancuh teh dgn pelbagai bahan pemanis yg tidak sihat. Ikuti rencana tentang teh dan pelajarilah cara baru menyediakan teh!
Macam-macam cara....

Pada awalnya, hanya masyarakat Cina yg mengilai teh. Mereka terlalu mencintai teh dan menghargai kebaikan teh sehinggakan teh menjadi minuman wajib dalam upacara perkahwinan mereka. Kini, pengambilan teh bukanlah terhad kepada masyarakat Cina sahaja, bahkan seluruh lapisan masyarakat dunia. Lebih menarik lagi, ia dikomersilkan dgn pelbagai jenis perisa seperti teh halia, teh mangga, teh laici, teh lemon dan banyak lagi. Terdapat juga teh yg digunakan dalam proses perawatan tradisional dan turut digabungkan bersama pelbagai jenis herba berkhasiat.

Jom belajar tentang teh!

Terdapat dua jenis teh iaitu teh hijau dan teh hitam. Memang benar, kedua-duannya adalah teh. Jangan tak tahu, teh-teh ini tetap mempunyai perbezaannya walaupun berada dlm keluarga yg sama. Perbezaan paling ketara adalah kandungan polifenolnya. Apa itu?

* TEH HITAM *

Teh hitam bukannya tidak sihat, namun ia hanya mengandungi 19.4 gm protein bersama 10.9 gm serat, dan 32.1 gm gula asli. Olah kerana kandungan gulanya yg tidak tinggi, maka itulah faktornya kita tidak teragak-agak utk mencampurkan "sepaket" gula ketika membancuh teh!

* TEH HIJAU *

Kandungan polifenol dlm teh hijau adalah sebanyak 36 peratus, dan ia memberi impak yg besar pada tubuh. Bukan itu saja, banyak lagi kebaikan lain. Kandungan protein dlm100 gm teh hijau adalah sebanyak 24 gm,10.6 gm serat, dan 35.2 gm gula asli. Jika pengambilan teh hijau tidak dicampurkan dgn sebarang bahan pemanis tidak sihat, teh ini sebenarnya tidak memudaratkan!

TEH BAIK SUNGGUH!

Walaupun kandungan kafein dlm teh agak tinggi, namun ia banyak digunakan utk tujuan perubatan. Banyak kajian yg pernah dijalankan telah membuktikan kandungan polifenol dalam teh dapat bertindak sebagai anti oksidan yg menurunkan risiko penyakit kanser dan kardiovaskular. Selain khasiatnya sebagai bahan anti oksidan, teh juga mempunyai kebaikan lain seperti menurunkan paras gula dlm darah, mencegah hipertensi, membantu fungsi-fungsi ginjal dan meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL). Nak tahu apa yg labih menarik? Teh boleh menurunkan berat badan! Namun, ia harus diselangi dgn usaha lain seperti diet seimbang dan senaman. Masyarakat Cina banyak mengamalkan teh kerana ia mampu meneutralkan kadar lemak dlm darah. Selain itu, teh juga mengatasi masalah sembelit dan membantu utk melancarkan sistem pencernaan.

MINUM TEH CAMPUR

Teh akan manjadi kurang sihat sekiranya dicampurkan dgn bahan pemanis seperti gula tebu mahupun susu tin. Namun, jika selera anda mendambakan teh yg tidak terlalu tawar dan pahit, campurkan ia dgn bahan-bahan semulajadi yg lebih barkhasiat! Percayalah, ia lebih enak....
TEH + LIMAU= Masam yg sihat
Campuran ini dapat mengelakkan serangan kanser serta membantu penyerapan zat besi. Kandungan vitamin C dlm limau yg turut mengandungi kalium dpt mencegah tekanan darah tinggi selain memberi kesegaran pada tubuh yg keletihan.

TEH + MADU= Manis semulajadi
Minum campuran ini akan membuatkan anda kembali cergas selepas seharian bergerak aktif. Ini adalah kerana madu yg berfungsi sebagai pemanis merupakan komposisidari glukosa dan fruktosa yg menjana tenaga. Madu juga merupakan salah satu sumber anti aksidan terbaik serta kaya dgn pelbagai vitamin lain.

TEH + SUSU= Rasa lemak yg enak
Inilah pilihan ramai! Tapi ingin diingatkan, bukan dgn susu manis namun susu segar yg lebih sihat dan rendah kalori. Apabila anda mencampurkan teh dgn susu, campuran ini sebenarnya mengandungi kandungan protein yg tinggi, vitamin A, D, E dan K. Ia juga kaya dgn kalsium, fosfor dan zat besi.

7 Perkara Anda Perlu Tahu......Betulkah Teh Begini?

1) Tulang yg kuat
Teh mengandungi florida serta bahan kimia iaitu flavonoid iaitu sumber terbaik utk kesihatan tulang, menurut sebuah artikel dlm Archieve of internal Medicine.

2) Ibu yg menyusukan
Tahukah anda, kandungan kafein dlm teh boleh menjadikan usus bayi kejang dan menyebabkan mereka menangis tanpa henti. Malahan, kandungan kafein dlmteh turut dikatakan boleh mengurangkan pengeluaran air susu ibu.

3) Tubuh segar
Walaupun tidak baik utk bayi, namun kandungan kafein dlm teh mampu mengembalikan kesegaran pada tubuh.

4) Hati yg sihat dan berkembang baik
Pengambilan teh setiap hari dpt mengekalkan perkembangan serta kesihatan hati. Menurut The North American Tea Trade Health Research Association, teh dpt membuatkan arteri penghidap masalah hati berjalan lancar.

5) Insomnia
Kafien dlm teh mengalakkan sistem saraf bekerja semakin pantas dan meningkatkan kadar metabolisme sehingga menjadi penyebab seseorang itu sukar tidur.

6) Halang kolesterol
Terdapat sejenis zat dlm teh yg dikenali sebagai 'Catechin', ia mengurangkan pengumpulan kolesterol melalui pembuangan yg lancar.

7) Cegah kanser
Sejenis zat iaitu flavoid dlm teh bertindak menyekat radikal bebas yg menghalang ketidakseimbangan tubuh.

No comments:

Post a Comment