Thursday, July 16, 2009

43 Tips Perangi Kegemukkan 1


TIP NO. 1 :
Ingat bila makan baca kalimah "bismillah" disusuli doa supaya makanan yang dimakan akan menjadi berkat dan menyihatkan badan supaya kita dapat beribadah menjalankan tanggungjawab terhadap tuhan, diri, keluarga & masyarakat. Nikmat kesihatan adalah nikmat kedua selepas nikmat Islam. Makan kerana Allah s.w.t. insyallah berkat.

TIP NO. 2 :
Ingat bahawa tayar spare yang terkumpul di sekeliling perut adalah sebenarnya adalah makanan dari harta orang miskin yang kita telah termakan. Banyaklah bersedekah.......

TIP NO. 3 :
Amalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. bila makan.

TIP NO. 4 :
Makan ikut keperluan kalori. Waktu malam jangan makan benda berat2.

TIP NO. 5 :
Cuba list down senarai makanan kegemaran kita. Check nilai kalori dan kandungan kolestrolnya.

TIP NO 6 :
Cuba seboleh-bolehnya bersenam paling minimum 3 kali seminggu. Sekali 30 minit. Dan harus berpeluh. Bakar lemak & kalori yang tak digunakan. Bersenam adalah WAJIB. Dapatkan nasihat doktor sebelum bersenam.

TIP NO 7 :
Kurangkan lemak, gula, garam & kandungan kolestrol dalam menu pemakanan harian. Ingat Piramid Makanan.

TIP NO 8 :
Kalau tak sempat nak cari masa bersenam. Cuba gunakan masa terluang untuk kemas2 rumah, basuh kereta sendiri, naik tangga bukan naik lif di pejabat, parking kereta jauh2 dan berjalan jauh sikit ke ofis.

TIP NO 9 :
Awas lemak tersembunyi di dalam kuih-muih tradisional (tinggi kandungan gula dan santan), cookies (tinggi kandungan lemak menteganya), roti canai (kalori tinggi yang tersembunyi), gulai bersantan dan lain2.

TIP NO 10 :
Protein terbaik dunia adalah protein daripada kacang soya. Tukarkan pergantungan protein daripada sumber berasaskan haiwan ke protein kacang soya seperti tauhu, tempe dll. Makan dengan bijak.

TIP NO 11 :
Awas dengan junk food. Twisties (garam tinggi) , gula2 (gula tinggi), cookies (mentega). Biskut Jacob adalah biskut yang terbaik dari segi keseimbangan nutrisi.

TIP NO 12 :
Cuba berjinak-jinak dengan kepelbagaian sayur-sayuran dan buah-buahan. Sumber serat yang tinggi ini adalah back-bone untuk mengurangkan peratusan kolestrol/lemak dalam darah yang berisiko untuk orang obes.

TIP NO 13 :
Cuba kumpulkan artikel2 kesihatan dan hal ehwal permakanan sihat daripada akhbar2, majalah dan risalah kementerian kesihatan untuk meningkatkan pengetahuan pemakanan bijak.

TIP NO 14 :
Cuba hindari minuman manis yang mempunyai warna, minuman bergas dan minuman sejuk berais batu. Minum air suam dengan kadar 8 gelas sehari.

TIP NO 15 :
Jika anda mengamalkan Tip No 12. Kesannya adalah anda akan ke tandas lebih kurang 2-3 kali sehari. Tanda sistem pencernaan cekap dan kentut selalu tanda badan sihat.

TIP NO 16 :
Pergi berjumpa doktor untuk mengenalpasti status kesihatan seperti ujian tekanan darah, BMI, ujian kolestrol darah dan lain-lain parameter jika perlu.

TIP NO 17 :
Jangan sekali-kali bergantung pada pil2 menguruskan badan yang kononnya "miracle" sangat yang meletup di pasaran.Pengalaman dari org ramai yang menggunakan produk seperti ni telah menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang hampir2 serius pada bahagian hati. Sehingga sekarang masih ramai menjalani terapi perubatan untuk masalah ini. Habbatus-Sauda adalah suatu sumber yang Nabi Muhammad s.a.w. guna untuk berubat. Guna yang tulen.

TIP NO 18 :
Amalkan memakan madu lebah asli pada awal pagi (sebelum subuh) dan awal malam. Paling baik dibacakan selawat syifa dan doa-doa penawar dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Berdoa kepada Allah s.w.t. supaya badan sihat utk beribadah dan mencari rezeki dll.

TIP NO 19 :
Anda seharusnya berwaspada jika anda selalu bergantung makan pada makanan yang dibeli kerana makanan yang kita pilih dan beli yang di luar biasanya makanan yang kita rasa sedap.Biasanya peniaga akan membuboh Ajinomoto, Perasa terlebih dos dalam makanan. Begitu juga minyak dan garam. Juga gula. Boleh makan luar tapi pilih yang natural. Seperti ulam2 dan ikan bakar. Hindari makanan berminyak, berkicap, dan bersantan.

TIP NO 20 :
Berbaiklah dengan Doktor, Ahli Farmasi, Pakar Pemakanan, org-org yang diberi ilmu tentang tabiat permakanan sihat dan kecergasan diri. Kita memerlukan bantuan teknikal & khidmat professional mereka dalam peperangan ini. Catatkan idea mereka.

TIP NO 21 :
Menjaga kesihatan pergigian dengan baik. Makanan mudah dicernakan jika ianya dikunyah dengan selumat-lumatnya. Perut kita tidak terlalu terseksa utk mencernakan ketul2 makanan yang dimakan. Lagipun ini akan membantu kita menikmati kelazatan rezeki makanan yang Allah s.w.t. kurniakan. Syukur Alhamdullilah.

Hikmahnya : Makanan yang sedikit jika diamalkan kunyah dengan betul, kita akan cepat kenyang. Makanan yang lumat memberikan JUMLAH LUAS PERMUKAAN bagi makanan yang ditelan itu. Tenaga yang maksimum dapat dijanakan daripada nilai kalori makanan itu walaupun kuantiti makanan kecil. Inilah yang dinamakan makan dengan bijak.

TIP NO 22 :
Cuba berpuasa sunnat Isnin Khamis. INGAT...Puasa sunnat KERANA ALLAH TAALA bukan untuk nak kurus. Manakala hikmah daripada amalan berpuasa tu salah satunya adalah kita akan kurus jugak. Badan pun sihat.

TIP NO 23 :
"Perut yang boroi adalah sarang penyakit".






No comments:

Post a Comment