Tuesday, July 14, 2009

Yang Bahaya Buat Kita, KURANGKAN

Terdapat beberapa makanan yang perlu kamu hindari untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan mengelakkan diri anda daripada menghidapi penyakit kronik yang biasa berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang seperti diabetes dan peningkatan darah tinggi.

Lemak
Keperluan kalori harian wanita dewasa adalah 35-45 kalori per kilogram berat badan, dan 25-30% kenaikkannya dipenuhi oleh lemak. Misalnya untuk wanita berberat 55 kilogram dengan aktiviti normal, keperluan lemak harian 50-65 gram. Hal ini untuk mencegah kenaikan berat badan dan keadaan lain seperti peningkatan tekanan darah dan kolesterol. Sebaiknya bahagian lemak dipenuhi dengan lemak tak tepu seperti minyak zaitun. Lemak tak tepu seperti minyak biji bunga matahari dan minyak kacang. Kurangkan mungkin lemak tepu daripada biskut, kek, mentega, serta minyak yang digunakan untuk menggoreng makanan segera.

Garam
Garam adalah salah satu penyebab tekanan darah tinggi. Pengambilan garam sebaiknya tidak lebih daripada satu sudu teh sehari. Jumlah ini sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan garam tubuh. Jauhi makanan segera, makanan ringan dan snek yang biasanya mengandung kadar garam cukup tinggi.


Makanan Bergula
Elakkan makanan yang mengandungi paras gula yang tinggi. Gula sederhana seperti gula pasir tidak baik untuk kesihatan gigi dan cepat meningkatkan kadar gula darah. Gantikan dengan makanan dari biji-bijian yang belum dibuang kulit darinya, seperti nasi dari beras merah, jagung, oatmeal, atau roti dari biji gandum. Makanan ini kaya dengan karbohidrat yang kompleks yang dicerna tubuh dengan lambat, sehingga memberikan tenaga secara berperingkat dan melambatkan peningkatan kadar gula darah. Makanan tersebut juga kaya serat, sumber makanan bagi bakteria ”baik”. Namun ini tidak bermakna anda perlu menjauhi gula sama sekali kerana gula merupakan perasa yang menjadikan makanan dan minuman lebih enak di makan. Cuma berpada dengan makanan yang manis seperti kek, biskut, manisan dan air bikarbonat.

Daging
Hindari terlalu banyak makan daging ternak, terutama yang mengandungi lemak yang tinggi. Pilihan yang baik adalah daging ikan, kacang-kacangan dan biji-bijian. Lemak tepu dan kolesterol dalam daging ternak lebih mudah menaikkan kadar kolesterol darah dan meningkatkan risiko hipertensi iaitu tekanan darah tinggi. Keperluan protein harian adalah 0,8 gram per kilogram berat badan. Tapi ini tidak bermakna anda perlu menjauhi diri menikmati daging lembu dan kambing. Sekiranya anda pandai mengimbangi pengambilannya, tentunya tidak menjadi kesalahan. Lagi pun daging lembu dan kambing tetap mempunyai nutrien yang baik untuk tubuh dalam kuantiti yang dibenarkan.


No comments:

Post a Comment