Sunday, July 5, 2009

WARNA DAN TEKSTUR GINCU


Warna gincu yang tepat untuk kulit wajah anda
* Kulit pucat – nuansa merah jambu dan merah jambu-jingga

* Kulit kuning langsat – nuansa merah jambu, dari merah jambu kecoklatan hingga merah jambu terang dan keunguan.

* Kulit sawo matang – nuansa kecoklatan, merah bata, merah jingga, merah keemasan.

Nota : Semakin gelap warna kulit, warna-warna gelap seperti merah anggur dan coklat boleh digunakan.

Tekstur yang tepat
* Glossy – berkilat dan menampilkan imej muda dan segar. Kandungan pelembapnya juga tinggi.

* Matte – kering tanpa kilat. Memberikan kesan matang dan sofistikated. Kandungan pelembapnya juga sedikit dan ianya menjadikan warnanya sangat intensif dan tahan lama.

* Satin/Creamy – gabungan antara glossy dan juga matte. Kandungan pelembapnya lebih banyak dari matte namun lebih sedikit dari glossy.

* Sheer – Warnanya sangat samar/jernih seperti lipgloss tetapi lebih tahan lama.

Semoga tips ini akan membantu anda membeli gincu yang bukan sahaja bersesuaian dengan anda malahan mampu membuatkan bibir anda nampak sempurna.

No comments:

Post a Comment