Friday, July 3, 2009

KHASIAT ULAM

Ulam sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan sebahagian besar masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi. Malah, kini ulam digunakan untuk pelbagai kegunaan dan mempunyai khasiat yang tersendiri untuk kegunaan semua masyarakat. Sebenarnya, ulam terdiri daripada 8,500 spesis tumbuhan berbunga dan 120 spesis ulam lain dan digunakan sebagai pembuka selera.
Petai

Biasanya, tumbuhan ini boleh didapati di kawasan tropika. Ia tumbuh sendiri di dalam hutan atau kawasan kampung. Daunnya berbulu halus dan mempunyai tangkai yang panjang. Buah petai adalah dalam bentuk lenggai. Lenggainya leper dan panjang yang mengandungi sehingga 20 biji benih. Semasa muda lenggainya berwarna hijau dan warna kehitaman setelah tua. Biji petai jeruk dianggap sebagai pembuka selera dan baunya yang kuat. Buah petai mempunyai protein, Vitamin C dan niasin yang boleh mengubati penyakit pada sistem pembuangan air kecil. Ia juga berupaya mengurangkan penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.


Jering

Jering biasanya tumbuh sendiri di kawasan hutan atau kampung. Biji benihnya yang muda boleh dimakan secara mentah sebagai ulam yang dicicah sambal. Digunakan sebagai pembuka selera. selain dijadikan pembuka selera, jering juga mempunyai khasiat yang tinggi. Ia terdiri daripada 84.1% karbohidrat, 52% kandungan air, 0.8% lemak dan 3.6% gentian. Buah jering dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.

Kerdas

Ia boleh didapati di kawasan hutan atau di lereng-lereng bukit. Rupanya adalah lebih kurang sama dengan petai. Akan tetapi, baunya adalah lebih kuat daripada petai. Ia boleh digunakan untuk membuat tempoyak atau cencaluk. Cara makan dan khasiatnya adalah lebih kurang sama dengan petai.


Terung Pipit

Terung Pipit boleh dimakan bersama tempoyak. Ia digemari oleh masyarakat Hindu yang memanggilnya 'rimbang'. Khasiatnya adalah untuk menerangkan mata terutamanya untuk mereka yang mata rabun.

No comments:

Post a Comment