Tuesday, August 4, 2009

Bersolek Mengikut Element Diri

WANITA API

Kalau kulit anda kekuning-kuningan, anda tergolong dalam kumpulan wanita Api. Sebagai cadangan untuk berfesyen, anda dinasihatkan untuk memilih busana yg terdiri misalnya 'one pick shirt' bukannya mix and match. Dalam solekan, wanita Api sangat cantik jika mengutamakan rona yg dramatik. Jauhi sama sekali warna-warna solekan seperti pastel, coklat pudar, semua kumpulan hijau dan biru. Sebenarnya tidak salah anda mengenakan warna-warna tersebut, tetapi anda akan kelihatan 'kurang umpph'. Anda sebenarnya paling cantik apabila tampil dengan warna plum dan warna ungu.
(Selebriti Wanita Api: Jeniffer Lopez, Eva Mendes, Ziana Zain)


WANITA TANAH

Kulit anda berwarna agak kecoklatan. Dalam bahasa Melayu sering dipanggil hitam manis. Anda sebenarnya sangat cantik mengenakan warna-warna yg erat dgn warna alam semulajadi misalnya warna kuning tua, hijau tua, oren ikan salmon dan warna keemasan. Tetapi kecantikan wanita Tanah akan hambar sekiranya mereka tampil dgn warna biru dan kelabu. Sebagai pilihan warna lain tidak kira untuk solekan mahupun fesyen, anda sangat cantik apabila memilih warna merah kecoklatan berbanding merah jambu.
(Selebriti Wanita Tanah: Beyonce, Ashanti, Dayang Nurfaizah)



WANITA ANGIN

Kompleksi kulit anda sangat ringan dan cerah. Kulit anda sungguh putih dan kadangkala ia menghampiri warna pucat. sebenarnya warna kulit ini sangat berisiko dalam memilih warna solekan. Bukan bermakna putih itu boleh mengenakan semua warna. Kecantikan wanita Angin sangat terserlah apabila mereka mengenakan warna pastel, putih, ivory, warna coklat muda dan warna madu. Elakkan terus warna2 yg terlalu terang atau warna2 yg terlalu gelap. Utk menyempurnakan solekan bibir, wanita Angin dinasihatkan agar memilih gincu warna pic atau pengilat bibir warna merah.
(Selebriti Wanita Angin: Nicole Kidman, Liv Tyler, Nora Danish)


WANITA AIR

Wanita Air lazimnya mempunyai kulit pipi merah jambu dan sangat berseri2. Sebagai wanita Air, anda tidak perlu bersolek keterlaluan kerana solekan begitu akan memadamkan terus kemanisan semulajadi wajah anda. Dalam memilih fesyen, anda cantik mengenakan busana yg berwarna lembut misalnya gaun kembang berbunga kecil. Solekan yg berasas warna2 sejuk sangat cantik bagi wanita ini. Tetapi elakkan warna2 metalik dan warna kuning kemerahan. Sebagai idea tambahan, bedak tabur berwarna merah jambu berkilat sangat cantik utk anda gunakan sebagai 'highlight' di wajah anda.
(Selebriti Wanita Air: Mandy Moore, Katie Holmes, Daphne Iking)

No comments:

Post a Comment