Wednesday, August 26, 2009

Mandi Sauna Dan Wap Menyegarkan


Amalan mandi wap atau sauna dpt memberikan kesan baik kepada tubuh kerana wap akan memasuki rongga pernafasan dan terus ke sistem perjalanan darah atau fungsi organ yg memberi kesan positif. Wap memanaskan seluruh anggota, menjadikan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menjadikan darah lebih mudah mengalir. Kesan panas juga melegakan otot-otot dan menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas tubuh badan. Wap membuka rongga roma, mengeluarkan segala kotoran dlm kulit, menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan menghilangkan kelemumur. Khasiat mandi wap membantu wanita selepas bersalin mengembalikan bentuk tubuh dgn mencairkan lemak dan menambahkan susu badan. Ia juga dpt menyembuhkan sakit gout, migrain, resdung, buasir, sengal-sengal sendi, kebas, selesema, penyakit kulit, batu karang dan darah tinggi. Mengamalkan mandian wap dan sauna ini pula boleh menggantikan sel-sel yg telah mati dan memberikan kesegaran kepada kulit.

No comments:

Post a Comment