Wednesday, August 26, 2009

Bawang Putih Rendahkan Suhu Badan

Pelbagai petua ada menyebut tentang cara hendak menurunkan suhu badan yg tinggi. Amalan pengambilan bawang putih memang menjadi keutamaan bagi masyarakat Cina kerana khasiatnya yg sememangnya diakui. Begitu juga dgn org-org Syria yg menggunakannya dlm mengubati masalah demam panas dan juga ciriy-birit.

Bawang putih kaya dgn selulos, vitamin A, B dan zat galian seperti zat kalsium, fosforus dan besi. Bawang putih yg mengandungi bahan allicin bertindak merendahkan paras suhu badan selain menurunkan paras kolesterol dan menambahkan kepekatan darah. Sifat bawang putih yg bertindak mengeluarkan lebihan angin yg tidak diperlukan dlm badan membuatkan tubuh kekal sihat tanpa masalah dalaman lain dan mengimbangkan suhu badan. Selain itu, kandungan bawang putih bukan sahaja menghasilkan antibodi tetapi membentuk sistem kawalan secara semulajadi utk membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu, disentri (berak darah), taun dan bengkak kerongkong.

No comments:

Post a Comment