Wednesday, August 26, 2009

Wanita Merokok Cepatkan Menopaus


Selain menjejaskan kesuburan, kajian menemukan wanita yg merokok mungkin mengalami menopous lebih awal berbanding yg tidak merokok. Mereka juga dikatakan mengalami perubahan hidup dua tahun lebih awal. Journal Reproductive Biomedicine Online menyatakan merokok boleh membahayakan telur dan mempengaruhi kesuburan. Pada wanita merokok, menopaus bermula pada sekitar umur 47 tahun sementara mereka yg tidak merokok pula, menopaus bermula pada umur 49 tahun. Munurut ketua kajian, Dr.Filiberto Di Prospero perbezaan dua tahun permulaan menopaus ini menyatakan pengaruh rokok yg mengganggu fungsi telur kerana kerosakan reproduksi secara biologi.

No comments:

Post a Comment