Monday, August 31, 2009

Elak Terkencing Semasa Batuk

Ramai wanita mengakui mereka sering mengalami masalah terkencing semasa sedang batuk. Keadaan ini semakin serius jika wanita itu sudah melahirkan anak, sedang hamil atau sudah menopaus.Melahirkan anak yg besar melebihi 3.5 kg dan melahirkan anak yg ramai meninggikan lagi risiko kecederaan ini. Keadaan ini sebenarnya berpunca daripada tekanan abdomen yg tinggi dan ia dipanggil 'tekanan inkontines' (stress incontinence). Otot-otot di bahagian lantai pelvis wanita itu mengalami kecederaan. Setiap wanita yg sudah melahirkan anak dinasihatkan utk membuat senaman utk menguatkan otot di dinding pelvis. Senaman seperti mengecutkan otot di sekeliling farag dan dubur boleh dilakukan seperti menahan daripada membuang air kencing. Begitu juga ketika membuang air kecil, tahan pengalirannya utk beberapa saat kerana ia adalah antara senaman yg bagus utk wanita.

No comments:

Post a Comment