Sunday, August 9, 2009

6 Tips Maniskan Bau Mulut

Dianggarkan lebih 90 juta individu di seluruh dunia berdepan masalah mulut berbau atau halitosis. Ia memang memalukan, tidak menyenangkan dan lazimnya dialami terutama pada lelaki atau wanita yg kuat merokok dan tidak menjaga kebersihan mulut.
6 tips mudah utk memaniskan nafas demi kebaikan keluarga dan teman2 di sekeliling anda.

Gunakan Water Pick

Anda tidak boleh membersihkan seluruh mulut dgn berus gigi sahaja, gunakan water pick atau oral irrigator utk membersihkan seluruh termasuklah bawah gusi dan antara gigi. Makanan yg melekat pada celah gigi akan mereput jika dibiarkan.
(Oral Irrigator adalah alat yg digunakan utk mengeluarkan sisa makanan daripada gigi menggunakan pancutan air. Ia lazimnya digunakan oleh individu yg memakai pendakap gigi atau derdepan masalah periodontal).



Makanlah Sekeping Roti

Jika anda mengamalkan diet rendah karbohidrat, masalah bau mulut atau nafas ketone boleh menjadi kesan sampingannya. Ada banyak cara yg boleh dicuba utk menutupnya seperti mengunyah chewing gum. Tetapi menambah jumlah pengambilan karbohidrat dalam diet seharian seperti mengambil sekeping roti boleh membantu.


Jgn Biarkan Lidah Jadi Karpet Kotor

Masalah mulut berbau sering terjadi apabila anda tidak menjaga kesihatan mulut. Bau mulut disebabkan oleh partikel makanan dan bakteria mereput dlm mulut. Itu sebabnya memberus dan floss gigi sangat penting. Tapi jgn lupa memberus lidah dgn lembut utk menyingkirkan lebih banyak bakteria. Ini kerana terdapat jutaan bakteria dan partikel makanan yg melekat pada filamen lidah anda.


Minum Banyak Air

Semakin tua, tubuh anda akan menjadi lebih terhidrat. Anda mungkin tidak merasa dahaga tetapi perlu menjadikan minum sebagai amalan sebab air membantu meminimumkan jumlah bakteria dalam mulut. Minum air mempunyai banyak manfaat dari segi kesihatan dan menghalang bau mulut adalah salah satu daripadanya.


Mengunyah Chewing Gum

Percaya atau tidak, air liur adalah senjata terbaik utk menentang masalah bau mulut. Itu sebabanya mulut yg kering kerap kali berpunca daripada ubat-ubatan atau masalah kesihatan boleh mengakibatkan bau mulut. Di sini pentingnya chewing gum. Mengunyah chewing gum menyebabkan anda mengeluarkan air liur. Lebih banyak air liur dalam mulut, makin kurang jumlah bakteria. Secara mekanikal, air liur bukan saja menyingkirkan bakteria tetapi mengandungi bahan antiseptik yg boleh membunuh bakteria. Namun anda dinasihatkan memilih chewing gum yg dimaniskan dgn xylitol berbanding pudina kerana bukan saja meningkatkan pengeluaran air liur tetapi juga berupaya menghalang bakteria membiak di dalam mulut.

Pergi Jumpa Doktor Gigi

jika anda berdepan masalah bau mulut yg tidak diketahui puncanya, pergilah berjumpa doktor. Mereka akan membantu utk mengenal pasti apakah bau mulut berpunca daripada masalah gigi rosak atau penyakit gusi. Kadangkala bau mulut boleh menjadi pentanda kepada masalah yg lebih besar seperti jangkitan buah pinggang atau kegagalan hati. Jadi pergilah berjumpa doktor perubatan jika doktor gigi masih tidak dapat mengatasi masalah bau mulut yg anda alami.

No comments:

Post a Comment