Friday, August 28, 2009

7 Panduan Halau Sinus

Minum Teh Panas Dan Sup Panas
Salah satu cara terbaik utk menghentikan sinus adalah dgn minum banyak teh hitam, hijau dan tumbuhan yg tidak mengandungi kafein. Cubalah makan sup ayam panas setaip hari.

* Tekapkan air Suam Ke Muka
Lakukan perkara ini sekurang-kurangnya 3 kali setiap hari setiap lima minit. Celup tuala kecil ke dlm air suam dan sapukan ke bahagian bawah muka dan di antara mata.

* Cubalah Aromaterapi
Utk membantu membuka saluran pernafasan dan sinus, titiskan minyak kayu putih ke dlm bekas berisi air suam, sedut wapnya dan hembuskan. Selain itu, wasabi juga berkesan menghalang sinus.

* Sarapan Di Tempat Tidur
Bersarapan di tempat tidur dan minum secawan teh panas akan membuka laluan pernafasan dan membersihkan pengumpalan lendir.

* Tinggikan Kepala Semasa Tidur
Dengan mengangkat kepala lebih tinggi dgn satu atau dua bantal, boleh membantu membuka pernafasan semasa tidur. Makin tinggi kepala, semakin baik kesannya.

* Bilik Bebas Habuk
Habuk dan debu akan menyebabkan lemahnya membran lendir, terutamanya ketika tidur. Elakkan dari menghamparkan karpet. Simpan kain baju di dlm almari dan bersihkan perabot sekali seminggu.

* Tidur Cukup
Jika anda menderita sinus, anda perlukan rehat dan tidur yg cukup. Matikan handphone dan tutup lampu ketika hendak tidur.

No comments:

Post a Comment