Friday, August 21, 2009

10 Tips Ekstra Langsing Saat Berpuasa

1 - Paling penting utk anda lakukan adalah mengenalpasti kadar metabolisme tubuh anda. Ini kerana individu yg mempunyai kadar metabolisme tinggi, mereka tidak mempunyai masalah berat badan walaupun makan banyak ketika berbuka.

2 - Bagi individu yg mempunyai kadar metabolisme rendah, harus lebih berhati-hati dlm soal pemilihan kuantiti dan jenis makanan ketika berbuka. Elak makan melebihi keperluan harian kerana ia akan menimbulkan masalah berat badan apatah lagi tiada aktiviti yg berat di waktu malam selepas berbuka.

3 - Ramai yg anggap bersahur itu sesuatu yg remeh tetapi hakikatnya bersahur adalah sama pentingnya dgn bersarapan. Bersahur akan membantu anda mengimbangi zat gizi yg tidak diperolehi tubuh selama sehari berpuasa. Jadi, prinsip bersahur bukan utk kenyang semata-mata tetapi lebih kepada makanan yg bergizi tinggi.

4 - Mulakan saat berbuka dgn makan makanan yg mudah, ringkas dan dlm kuantiti yg sedikit demi sedikit tetapi berulang-ulang. Kejutan 'jutaan' makanan secara tiba-tiba akan membuatkan perut berasa tidak selesa dan anda mudah berasa loya.

5 - Jgn lupakan sayuran dan buah-buahan di dlm menu berbuka dan bersahur anda. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yg diambil perlulah bergantung pada keperluan individu.

6 - Sebaiknya elak atau kurangkan pengambilan makanan yg berempah dan pedas kerana ia boleh menyebabkan perut pedih dan gastrik. Selain itu, elakkan juga daripada minum minuman berkarbonat (bergas) atau kandungan kafein yg tinggi kerana ia akan memburukkan lagi keadaan perut anda yg kosong setelah seharian berpuasa.

7 - Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat tarawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada kegemukan. Anda dinasihatkan utk tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.

8 - Kurangkan pengambilan lemak dan bukan karbohidrat dlm menu diet anda. Ini kerana 1 gram lemak mengandungi 9 kalori berbanding hanya 4 kalori bagi 1 gram karbohidrat.

9 - Berpuasa tidak seharusnya dijadiakn alasan utk anda kurang minum air. Pastikan anda minum air secukupnya di antara waktu bersahur dan juga berbuka puasa.

10 - Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan meskipun anda sedang berpuasa. Bezanya, anda boleh memilih aktiviti kecergasan berintensiti rendah dan dilakukan selama 30 minit setiap sesi utk sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

No comments:

Post a Comment