Sunday, August 30, 2009

Ambil Berat Tentang Kesihatan RAMBUT

Rambut yg sihat, hitam dan berseri tidak bergantung kepada jenama syampu yg digunakan sahaja. Hakikatnya ia berkait rapat dgn pemakanan harian yg diambil. Jika anda menghadapi masalah-masalah rambut seperti berminyak, kering bercabang dan kelemumur, cubalah senarai makanan dibawah ini sebagai rujukan.

Rambut Berminyak
Makanan yg perlu banyak diambil: Buah-buahan segar, makanan yg mengandungi vitamin B2 seperti dadih, telur, hati, sayur bayam dan sayuran berdaun hijau.

Rambut Kering Bercabang
Makanan yg perlu banyak diambil: Makanan yg mempunyai lemak seperti buah avokado, kekacang, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar, tomato, kuning telur, keju dan susu.

Rambut Berkelemumur
Makanan yg perlu banyak diambil: Beras perang, pasta, buah-buahan dan sayur-sayuran segar, makanan yg mengandungi protein yg tinggi seperti daging, telur dan susu.

No comments:

Post a Comment