Friday, November 30, 2012

Waktu makan malam untuk diet yang seimbang

Menu Makan Malam Seimbang.
Makan malam adalah sangat penting untuk menjamin kesihatan sepanjang hayat. Bagi individu yang berniat ingin menurunkan berat badan mesti sesetengah daripada anda cuba mengelak untuk makan malam. Amalan ini adalah tidak bagus untuk kesihatan anda. Anda boleh mengambil makan malam, cuma anda perlu mengambilnya dengan kuantiti yang terhad terutamanya kuantiti makanan berkalori. Menu makan malam anda juga haruslah menu yang sihat dan seimbang.

Anda juga perlu mengambil makan malam selewat-lewatnya jam lapan malam. Tetapi adalah disyorkan untuk anda makan di antara jam enam hingga tujuh malam. Waktu makan malam lebih awal boleh memberi ruang kepada perut anda untuk menghadam makanan sebelum waktu tidur anda. Jangan biarkan perut anda kosong ketika tidur kerana ia mungkin mengundang kepada masalah kesihatan yang lain. Anda boleh juga mengisi perut anda dengan minuman berunsurkan protein bagi mengelak sindrom kelaparan di tengah malam. Minuman berprotein ini mampu membuatkan perut anda berasa kenyang dan sentiasa bertenaga.

Berikut antara diet makan malam yang boleh anda amalkan bagi menjamin proses penurunan berat badan anda berjaya. Kepada sesiapa yang memang memiliki berat badan ideal anda juga boleh mencuba menu yang disyorkan bagi mengekalkan berat badan anda sekarang. Makan sihat, hidup pun sihat. Menu yang dicadangkan juga sesuai untuk mengawal kandungan gula dalam darah bagi pengidap kencing manis/diabetes. Selamat mencuba...

Cadangan Pemakanan sihat pada malam hari:
  • Mereneh atau mengukus makanan berbanding menggoreng.
  • Menggunakan tuala dapur untuk menyerap minyak berlebihan selepas menggoreng.
  • Jauhi daripada menggoreng buat kali kedua.
  • Buang minyak berlebihan dari dalam mangkuk makanan contohnya seperti minyak dalam makanan bersup.
  • Tambah lebih sayuran di dalam hidangan makanan.
  • Makan lebih ulam-ulaman berbanding sayuran yang dimasak.
  • Kurangkan jumlah penggunaan garam.
  • Kurangkan penggunaan lemak dan lebihkan daging tanpa lemak.
  • Makanan yang mengandungi protein seperti ikan adalah lebih digalakkan berbanding ayam.
  • Elakkan mengambil makanan berat dalam kuantiti yang banyak. Kurang adalah lebih baik.
  • Kurangkan mengambil minuman bergula atau minuman susu pekat manis pada malam hari. Air kosong adalah lebih bagus.
Tahukah anda? Makanan yang dimakan memerlukan lebih kurang empat jam untuk dihadam, jadi seelokknya makan malam lebih awal jika anda biasa tidur awal.
 
Elakkan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat pada sebelah malam dan pastikan anda mengambil air kosong secukupnya.

Amalan pemakanan Rasulullah SAW...

Rasululluah mengamalkan makan sayur-sayuran pada malam hari. Sayur-sayuran mengandungi zat yang berfungsi menguatkan daya tahan tubuh dan melindungi tubuh kita daripada serangan penyakit.

Setelah makan, Rasulullah SAW tidak terus tidur, baginda berzikir dan menunaikan solat sunat. Sabda Rasulullah SAW "Cairkan makanan dengan bersikir kepada Allah dan solat, serta janganlah kalian tidur setelah makan kerana dapat membuatkan hati kalian menjadi keras"

sumber

Thursday, November 29, 2012

Cantik dengan Semulajadi

Vitamin E untuk Kecantikan

Pada umumnya vitamin E adalah merupakan nama umum untuk dua kelas molekul (tokoferol dan tokotrienol) yang memiliki sifat vitamin yang larut minyak dan mempunyai ciri antioksida.Ianya adalah sangat penting dalam pencegahan pertumbuhan sel-sel tidak normal atau lebih dikenali sebagai kanser. Ia juga penting dalam menyokong sistem kardiovaskular seseorang itu.

Vitamin E boleh didapati dari sumber makanan seperti minyak sayuran, sayuran hijau, kekacang bijian dan juga terdapat di dalam semua bijirin.

Kesan kekurangan vitamin E dalam kehidupan seharian kita boleh mengundang pelbagai gejala tidak sihat seperti mudah mendapat keradangan, penuaan kulit sebelum usia, keguguran rambut dan anemia.

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.Setiap kapsul gel lembut memberikan 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium. dan boleh membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.Vita-E ini tidak mengandungi pewarna,pemanis dan perasa tiruan.

Keistimewaan Vita E:
  • Membantu melambatkan proses penuaan, kekal kelihatan muda dan membantu dalam mencantikkan tektur kulit
  • Membantu memberi kelembapan pada kulit
  • Mengurangkan jerawat, bintik-bintik hitam, jeragat dan parut-parut jerawat
  • Memberi keserian pada wajah yang kusam
  • Membantu mencegah pertumbuhan sel kanser/abnormal
  • Membantu mencegah bengkak susu
  • Membantu melancarkan perjalanan saraf badan, pengaliran darah dan mengurangkan sakit pada saraf belakang
  • Vitamin untuk kesuburan dan membantu mencegah kemandulan
  • Melindungi Vitamin A & Vitamin C daripada musnah
  • Membantu mempercepatkan prosse penyembuhan luka
  • Pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap pada keliling nipple bagi ibu selepas melahirkan.
  • Memudarkan Strech Mark
  • Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
  • Membantu menangani simptom putus haid(menopaus)
  • Membantu sel menyerap oksigen. Kajian mendapati Vitamin E boleh mengurangkan keperluan oksigen untuk jantung dan membolehkan jantung mengepam dengan lebih efektif
  • Menyokong daya keimunan. Dengan merangsang bahagian yang penting dalam sistem pertahanan badan, ia menjadikan badan lebih berkesan menghalang sebarang jangkitan

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat dengan produk ini sila hubungi

Norhafizah MK
ID Shaklee: 910483
SMS: 019 984 7340
Email: syahmizara@gmail.com
YM: fizs_nor@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/fizzcare

Monday, November 26, 2012

Kolagen Terbaik

Kolagen adalah salah satu protein yang terbentuk dalam tubuh badan manusia secara semulajadi. Kandungannya adalah lebih kurang 30% dari seluruh protein yang terdapat di dalam tubuh badan manusia. Ia adalah struktur organik penyokong tulang, gigi, sendi, otot, dan kulit. Serat kolagen memiliki daya tahan yang kuat terhadap tekanan. Perkataan kolagen adalah berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud bersifat lekat atau menghasilkan pelekat. Kolagen berfungsi seumpama gam yang mencantumkan tisu-tisu dan tulang di dalam tubuh kita. Kolagen akan beransur kurang mengikut faktor usia kita, apabila kolagen berkurangan maka berlakulah proses penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus. Otot tisu pula akan menjadi kendur.

Kesan-kesan dan Faedah pengambilan kolagen:
  • Anti Penuaan
  • Menghidratkan
  • Mengembalikan Keanjalan Kulit
  • Melicinkan
  • Menyubur
  • Mencerah
  • Menegang

Sumber Kolagen :

Kolagen boleh terhasil daripada banyak sumber seperti sumber buahan sitrus seperti oren, lemon, brokoli, soya, zaitun dan sebagainya. Ia juga boleh terhasil dari sumber Marin dan sejenis tumbuhan bergelar Wild Rose Hips yang kaya dengan vitamin C dan juga kolagen. Salah satu sumber marin kepada kolagen ialah dari sumber sisik ikan merah. Ikan merah ialah sejenis haiwan yang hidup secara bebas di lautan dalam iaitu lebih kurang 5000m di dasar laut. Semakin dalam ia bergerak semakin tinggi tekanan dikenakan ke atas ikan tersebut. Ikan merah mampu menahan tekanan sehingga 20 pound, ia bertelur dan hidup bebas di dalam kedalaman tersebut. Sumber kolagen ini adalah tahan lasak dan terbaik.

Kolagen sisik ikan merah:
  • Sangat lasak dan mempunyai elastisiti yang tinggi
  • Mempunya kesepaduan sel yang sangat tinggi
  • Mempunyai kapasiti yang tinggi dalam mengekalkan kelembapan
  • Jisim molekul yang sangat rendah.

Kelebihan mempunyai molekul yang rendah:

Bilangan asid amino dalam molekul biasa ialah 300000 dalton. Ianya sangat besar dan sukar diserap oleh tubuh. Hanya beberapa % sahaja mampu diserap oleh tubuh selebihnya akan terbazir begitu sahaja. Berbeza pula dengan SCP, bilangan asid amino cuma 1000 dalton dan ini memudahkan penyerapan ke dalam sistem badan. Kesannya akan dapat dirasai lebih cepat kerana penyerapannya adalah unggul.

Kebiasaannya kolagen lain yang mempunyai jisim >300 000 dalton memerlukan banyak proses untuk sampai ke lapisan dermis tubuh kita. Berbanding kolagen yang mempunyai jisim molekul 1000 dalton, ianya sangat ringan dan mudah diserap ke lapisan dermis.


Fungsi setiap bahan dalam SCP dalam Shaklee Collagen Powder:
  • Kolagen Ikan - Memberikan kesan elastisiti, mengekalkan kulit lebih anjal
  • Ekstrak Kulit Kerangan - Mengandungi glukosamina sebagai pelincir bagi sendi, menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata
  • Lactobacillus Acidophilus - Meningkatkan penyerapan kolagen
  • Ekstrak Biji Camellia Japonica - Mengandungi acid oleik dan isoflavon, membekalkan nutrisi dan penghidratan
  • Ekstrak Pfaffia - Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin, meningkatkan prestasi dan tenaga,
  • Vitamin C - Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.
  • Vitamin B2,B6 - Membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.
Testimoni pengguna Collagen Powder Shaklee:


Hasil menggunakan Collagen Poweder Shaklee:
 

Berminat dengan produk ini sila hubungi

Norhafizah MK
ID Shaklee: 910483
SMS: 019 984 7340
Email: syahmizara@gmail.com
YM: fizs_nor@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/fizzcare


Sunday, November 25, 2012

Bagaimana Nak Kurus

"Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya makan keraslah hatinya maka tenggelamlah dia di dalam bencana dunia serta keindahannya."          
- petikan dari majalah

Jom mulakan langkah pertama untuk menurunkan berat badan anda!!!

Tahukah anda? Komponen UTAMA untuk menurunkan berat badan dengan BERKESAN ialah DETOX, PEMECAH LEMAK dan PROTEIN.

DETOX - Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan. Mungkin ada yang pernah berdiet tetapi tidak pernah mendapat hasil yang memuaskan. Puncanya mungkin masalah detox. Apabila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk menyerap nutrien yang diambil samada daripada supplemen atau diet harian. Detox secara semulajadi ialah dengan meminum air kosong melebihi 3 liter sehari. Namun dengan bantuan pengambilan suplemen yang betul anda mampu mendapat hasil yang anda inginkan.

PEMECAH LEMAK - Anda memerlukan produk yang berfungsi untuk memecahkan lemak berlebihan dalam badan dan perlukan medium pengangkutan untuk membawa keluar daripada badan. Medium pengangkutan yang dimaksudkan ialah komponen detox itu sendiri.

PROTEIN - Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Perasan atau tidak sesetengah orang yang berat badan turun tetapi bentuk badan menggeleber. Ini kerana penurunan berat pada otot berlaku dalam erti kata lain kehilangan otot bukan kehilangan lemak. Otot penting untuk tingkatkan metabolisma badan bagi pembakaran lemak.

Cadangan Produk:


Penerangan produk:

HerbLax tidak digalakkan untuk diambil secara harian oleh itu penggunaan Alfalfa Complex adalah lebih sesuai untuk detox harian anda. HerbLax hanya perlu diambil seminggu empat biji sahaja manakala anda boleh mengambil Alfalfa setiap hari kerana Alfalfa menjalankan proses detox dengan perlahan.

Lecithin pula berfungsi semata-mata untuk memecahkan lemak dan memerlukan HerbLax/Alfalfa untuk menyah bahan buangan keluar dari badan anda.

Meal Shake / ESP / Cinch pula merupakan komponen sumber protein untuk membentuk otot anda semasa proses penurunan berat badan. Berat anda mungkin statik semasa pengambilan sumber protein ini pada awalnya kerana proses pembentukan otot terbentuk sementara lemak berlebihan akan disingkirkan oleh lecithin. Badan anda akan kelihatan tegap/firm sekiranya keperluan protein anda mencukupi. Cinch pula memang mengandungi luecine yang boleh membantu dalam menurunkan berat badan tetapi cinch kurang sesuai untuk ibu menyusu kerana ia mengandungi rendah kalori dan  bimbang menyebabkan terbantutnya pertumbuhan anak anda. Jadi ibu menyusu disyorkan mengambil Meal Shake atau pun ESP untuk menurunkan berat badan anda.

Diet yang berjaya bukan bermakna “SAYA TURUN BERAT 10KG DALAM SEBULAN”. Itu sebenarnya diet paling tidak berjaya kerana berat anda mungkin lebih (rebound balik) pada masa akan datang.

Sedikit tip semasa diet:
  • Anda perlu mengambil produk ini secara konsisten. Letak sasaran jangka pendek selama tiga bulan sebelum  mencapai berat yang diimpikan dan perlu diingat berat badan anda tidak akan turun dalam masa sehari kerana bukan sehari juga untuk berat badan anda bertambah dulu.
    Di awal pengambilan produk ini akan ada stagnant period. Stagnant period adalah normal untuk diet jangka masa panjang iaitu berat statik untuk satu jangka masa. Anda hanya perlu diet seperti biasa kerana ketika itu badan anda sedang shape on(membetuk body) semasa stagnant period.
  • Anda WAJIB mengambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tersebut perut akan menjadi berasid. Sekurang-kurangnya alas dengan segelas air untuk meneutralkan asid tu. SARAPAN ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari anda.
  • JANGAN TINGGALKAN MAKAN TENGAHARI. Sekiranya anda jenis yang suka mengunyah anda dinasihatkan makan banyak kali tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
  • Makan malam sekiranya anda tidak mengambil makanan berat, anda dinasihatkan mengambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”
  • Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Diet tanpa nasi adalah tidak betul keran nasi akan membekalkan karbohidrat dan karbohidrat sememangnya diperlukan oleh badan kita. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee atau pasta.
  • Amalkan pengambilan air kosnong melebihi tiga liter. 1liter AIR KOSONGbersamaan 25KG
 Testimoni pelanggan:


Berminat dengan produk ini sila hubungi

Norhafizah MK
ID Shaklee: 910483
SMS: 019 984 7340
Email: syahmizara@gmail.com
YM: fizs_nor@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/fizzcare

13 CARA MENGHINDARI RISIKO KANSER...



Mengikut hasil kajian Thomas A. Seller dari Pusat Kanser Moffitt, Tampa, USA, 70% daripada penyebab kanser yang diketahui boleh dihindari kerana ia berkait rapat dengan gaya hidup, seperti diet, senaman dan rokok.

Daripada pelbagai hasil kajian, terdapat 13 cara atau strategi yang boleh diamalkan sebagi langkah pencegahan daripada risiko mendapat kanser, iaitu:

1. Tapis air minuman

Menapis air paip di rumah dapat mengurangkan pengambilan bahan karsinogen dan bahan kimia pengganggu hormon yang kemungkinan besar banyak terlarut dalam air paip. Air tapis lebih selamat dan berkualiti berbanding air minum dibotolkan yang jual dikedai. Sebaik-baiknya air minum disimpan dalam bekas logam tanpa karat (stainless steel) atau gelas, tapi jangan simpan air minum dalam bekas atau botol plastik kerana dikhuatiri bahan kimia berbahaya seperti BPA terhakis atau larut daripada botol plastik tersebut.



2. Jangan isi minyak petrol di stesen minyak

Gas yang bebas ke udara selepas mengisi minyak ke dalam tangki mengandungi bahan kimia toksik seperti benzene penyebab kanser. Apabila terhidu atau terkena kulit, ia boleh masuk terus ke dalam paru-paru. Malangnya, perkara ini agak sukar dielakkan kerana kebanyakan stesen minyak adalah layan diri, jadi kita terpaksa mengisi minyak petrol sendiri.



3. Perap daging dengan rempah ratus sebelum dipanggang atau dibakar

Daging diproses, daging panggang atau daging bakar yang hitam mengandungi heterocyckic amines (HCA) dan polycyclic aromatic hydrocarbon (PAH) yang menjadi penyebab kanser. HCA meningkatkan faktor risiko bagi kanser kolorektal, perut, paru-paru, pankreas, payudara dan prostat. Heterocyclic amines penyebab kanser terbentuk apabila daging dibakar, dipanggang atau dibarbecue pada suhu yang tinggi, manakala polycyclic aromatic hydrocarbon penyebab kanser terbentuk apabila daging dipanggang/dibakar atas arang batu.

Namun begitu, perkara ini boleh diatasi dengan memerap daging dengan bahan-bahan rempah ratus biasa sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dipanggang/dibakar. Antioksidan yang terdapat dalam rempah-ratus ini dapat mengurangkan HCA sebanyak 78% seperti yang dilaporkan oleh penyelidik dari Kansas State University, USA.



4. Minuman berkafein setiap hari

Kajian juga menunjukkan orang yang minum kopi berkafein 5 cawan atau lebih sehari dapat mengurangkan risiko kanser otak sebanyak 40% dan juga kanser farink serta mulut. Dipercayai juga kopi lebih baik daripada teh bagi menghindari kanser.



5. Banyak minum air

Minum banyak air atau minuman lain dapat mengurangkan risiko kanser pundi kencing kerana air dapat mencairkan kepekatan sebatian penyebab kanser dalam air kencing selain daripada membantu pundi kencing mengeluarkan air kencing dengan cepat kerana ia cepat penuh dan perlu dikeluarkan. Dicadangkan supaya kita minum air sekurang-kurangnya 8 cawan sehari.



6. Makan sayuran hijau

Makan sayuran yang hijau pekat adalah lebih baik kerana ia mengandungi lebih banyak klorofil dan magnesium yang dapat mengurangkan risiko kanser kolon. Magnesium mempengaruhi fungsi isyarat kepada sel untuk membahagi, di mana jika jumlah magnesium kurang, kemungkinan sel-sel membahagi tanpa kawalan, maka jadilah kanser.



Contoh: 1/2 cawan bayam dimasak mengandungi 75 mg magnesium iaitu 20% daripada keperluan harian.

7. Brazil nut sebagai makanan ringan


Brazil nut adalah sumber selenium iaitu antioksida yang dapat mengurangkan risiko kanser pundi kencing pada wanita. Kajian juga menunjukkan orang yang mempunyai kandungan selenium yang tinggi dalam darah mempunyai kadar kematian berpunca daripada kanser paru-paru dan kolorektum yang rendah. Ini disebabkan selenium melindungi sel daripada kerosakan oleh radikal bebas, meningkatkan fungsi imun dan membantutkan pembentukan salur darah yang membekalkan tumor kanser.



8. Hindari faktor risiko kanser payudara

Senaman sederhana, seperti jalan cepat selama 2 jam seminggu dapat mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 18%. Jika dilakukan senaman ini secara berterusan, ia dapat membantu membakar lemak yang akhirnya mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.



9. Mengetahui densiti (isipadu) payudara

Densiti payudara dapat diketahui setelah menjalani mamogram. Jika bacaan skor densiti payudara 75% atau lebih, risiko mendapat kanser payudara adalah 4 hingga 5 kali ganda daripada wanita yang mempunyai skor densiti payudara yang rendah. Densiti payudara menjadi tinggi disebabkan oleh paras estrogen yang tinggi. Oleh itu, mengurangkan lemak badan melalui senaman adalah penting bagi mengurangkan faktor risiko kanser dan memberi isyarat kepada protein (seperti adipokines) dan hormon (seperti insulin) memberhentikan proses menggalakkan kanser dalam sel.



10. Hindari kerja dry cleaning menggunakan peluntur perc (perchloroethylene)

Hasil kajian menunjukkan pekerja dry cleaning yang menggunakan bahan peluntur perc (perchloroethylene) adalah berisiko tinggi mendapat kanser hati, ginjal dan leukimia. Oleh itu, jika perlu juga dry cleaning pakaian, carilah kedai dry cleaning yang tidak menggunakan perc. Alternatif lain ialah basuh kain yang lembut (seperti sutera asli) dengan tangan, sabun mandi, atau sidai sahaja. Jika ada tompok kotor pada pakaian, sental tempat yang ada kotoran itu dengan cuka makan untuk menghilangkannya.



11. Jauhi risiko kesan telefon bimbit

Gunakan telefon bimbit untuk bercakap sekejap sahaja dan lebihkan guna pesanan ringkas (sms). Jika perlu bercakap lama, gunakan alatan hand-free yang jauh dari kepala. Ini kerana gelombang radio dari telefon bimbit meningkatkan risiko kanser otak (walaupun perkara ini kerap dinafikan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi).

12. Gunakan pakaian berwarna di bawah sinar matahari

Jika keluar rumah, pilihlah pakaian berwarna-warni bagi melindungi kulit daripada risiko kanser kulit. Pakaian berwarna biru dan merah dapat melindungi kulit daripada sinar UV lebih baik daripada pakaian berwarna putih dan kuning.

13. Ambil makanan yang berkhasiat


Di antara makanan yang berkhasiat yang dicadangkan termasuklah:

a. Makan daging atau ayam yang tidak ada antibiotik dan hormon tambahan kerana ini akan menyebabkan masalah sistem endokrina, termasuk juga kanser.

b. Makan sayuran dan buah-buahan yang ditanam tanpa menggunakan racun makhluk perosak. Sekurang-kurangnya terdapat 40 jenis karsinogen dalam racun makhluk perosak.

c. Makan banyak buah-buahan dan sayuran dari pelbagai jenis.

d. Pilih makanan yang dikenali dapat melawan kanser, contohnya:

* Beta carotene - keledek merah mengandungi beta-carotene 2 kali ganda lebih daripada lobak merah.

* Beta-cryptoxanthin - 1 hidangan betik mengandungi beta-cryptoxanthin 11 kali ganda lebih daripada oren segar, dan 6 kali ganda lebih daripada secawan jus oren.

* Lutein/zeaxanthin - Kale yang dimasak mengandungi lutein/zeaxanthin 7 kali ganda lebih daripada bayam segar.

Kale

* Ellagic acid - raspberry segar mengandungi ellagic acid 3 kali ganda lebih daripada strawberry.

* Glucosinolates - 1/2 cawan brussel sprout mengandungi glucosinolates (sebatian melawan kanser) 4 kali ganda lebih daripada 1/2 cawan broccoli.

Brussel sprouts


sumber: sitik's

Multivitamin untuk Keperluan Diet Anda

Vita-Lea Iron Formula:Multi vitamin dan Multi mineral

Supplement seimbang dan komprehensif yang dihasilkan sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medigo Sativa). Individu yang mengidap lupus eritematosus perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Produk ini tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Ia juga dikenali sebagi multivitamin kerana mengandungi pelbagai jenis vitamin di dalamnya. Antara fungsi utama multivitamin ialah:
  • Mengimbangi segala bahan kimia di dalam badan
  • Sebagai insuran bagi menampung kepada apa-apa pemakanan yang kurang dalam diet
  • Membantu pengambilan makanan di dalam badan kita supaya lebih berfungsi 
  • Membantu meningkatkan kesegaran otak dan pertahanan terhadap jangkitan
  • Membantu kesihatan secara amPenting bagi proses pertumbuhan dan keupayaan reproduktifSebagai nutrien kepada sel-sel
Kebaikan Vita-Lea:
  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik
  • Mengandungi beta karotena yang membantu proses pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk proses metabolisma lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah
  • Multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel.Dikatakan dua biji Vitalea bersamaan 40 jenis hidangan lauk
  • Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian utama yang banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.
  • Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea.
  • Merupakan supplement terpenting untuk diet atau slim sekiranya anda kurang mengambil makanan, pengambilan vitalea ini mampu membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.
  • Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.Sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang meyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepalaini kerana ibu-ibu kekurangan zat besi atau iron dalam pengambilan diet harian mereka.
Siapa yang perlukan Vita-Lea?

Secara umumnya Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang.  Ini kerana kandungan Vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi hampir seluruh badan.  Antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet


Berminat dengan produk ini sila hubungi

Norhafizah MK
ID Shaklee: 910483
SMS: 019 984 7340
Email: syahmizara@gmail.com
YM: fizs_nor@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/fizzcare

Saturday, November 24, 2012

Bakar Lemak Anda dengan Lecithin

Lecithin Agen Pembakar Lemak


Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmitter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina. Lecithin Shaklee diperolehi secara semula jadi daripada kacang soya. Setiap kapsil gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

Produk ini tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

Kebaikan Lecithin
  • Membakar lemak berlebihan
  • Mengurangkan risiko susu tersumbat
  • Mengatasi masalah lupa (short memory)
  • Menyalurkan inositol(komponen utama selaput sel) dan kolin (komponen neutrotransmitter)  ke dalam susu ibu (untuk perkembangan otak bayi)
  • Membantu proses metabolisma
  • Memecah dan mencairkan lemak terutamanya kolestrol
  • Penting untuk fungsi otak seperti berfikir,daya ingatan, fokus
  • Diperlukan oleh pesakit angin ahmar
  • Mengurangkan masalah pembuluh darah tersekat dan sengal  yang biasa dialami oleh pengidap darah tinggi
  • Membantu dalam proses penghadaman
  • Meningkatkan daya sel tubuh badan
  • Merupakan perlindungan sistem jantung; paling mujarab jika diambil bersama OmegaGuard dab fiber
*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Lecithin dalam fungsi menurunkan berat badan

Lecithin - Fungsinya untuk melarutkan lemak dan kolesterol dalam makanan. Ia mampu menghalang proses penyerapan lemak dan kolesterol ke dalam badan kita. Ia juga berfungsi merendahkan kolestrol dalam darah. Ia boleh menurunkan total serum kolesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Selain itu, ia juga boleh mengawal paras triglycerides, membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh darah. ia juga boleh mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol seperti masalah jantung dan darah tinggi. 

Berminat dengan produk ini sila hubungi

Norhafizah MK
ID Shaklee: 910483
SMS: 019 984 7340
Email: syahmizara@gmail.com
YM: fizs_nor@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/fizzcare