Sebenarnya rabun malam merupakan satu penyakit yg disebabkan oleh kekurangan vitamin A dalam makanan yug menyebabkan sel mata yg kering dan menghadkan keupayaan untuk menguruskan intensiti (ketumpatan) cahaya. Kesan sampingan yg lain termasuk kulit menjadi kasar dan bersisik di tangan dan kaki.
Pembentukan gigi dan pertumbuhan badan juga mendapat gangguan dan dalam beberapa kes kornea sanagt kering dan membawa kepada buta. Mereka yg menghidapi rabun malam perlu mengambil lebih banyak sayuran berdaun terutama bayam, hati, mentega, buah-buahaan, lobak merah, labu, susu dan ikan di dalam dirt bagi mendapatkan lebih banyak vitamin A.
Wednesday, November 3, 2010
Rahsia Ramping Wanita Jepun
Tabiat makan memang mampu mengubah diri apatah lagi jika rajin meneliti corak pemakanan yg diwarisi secara tradisional di pelbagai pelosok dunia. Antara tabiat pemakan yg sering menjadi tumpuan adalah diet warisan masyarakat Asia khususnya di Jepun, China, Korea, Vietnam, Thailand dan India. Hasil tulisan perunding pemasaran kelahiran Jepun, Naomi Moriyama menerusi bukunya berjudul Japanese Women Don't Get Old Or Fat, menyelongkar petua di sebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yg muda bertenaga. Dia bukanlah mengamal diet, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan rumah cara Jepun. Dia juga yakin jangka hayat hidup yg panjang dan kadar obesiti yg rendah di kalangan masyarakat Jepun banyak berkait dengan jenis makanan disediakan di rumah. Lebih langsing dan bertenaga, dia berkongsi strategi pemakanannya yg digelar sebagai tujuh rahsia dapur Tokyo.
Rahsia Pertama: Makanan yg menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Rahsia Kedua: Sajian makanan adalh kecil.
Rahsia Ketiga: Sup Miso menjadi sajian sarapan utama.
Rahsia Keempat: Memasak secara sederhana.
Rahsia Kelima: Nasi menggantikan roti.
Rahsia Keenam: Hanya jamah sedikit makanan pencuci mulut.
Rahsia Ketujuh: Wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan apa saja yg digemari dalam jumlah sedikit.
Rahsia Pertama: Makanan yg menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Rahsia Kedua: Sajian makanan adalh kecil.
Rahsia Ketiga: Sup Miso menjadi sajian sarapan utama.
Rahsia Keempat: Memasak secara sederhana.
Rahsia Kelima: Nasi menggantikan roti.
Rahsia Keenam: Hanya jamah sedikit makanan pencuci mulut.
Rahsia Ketujuh: Wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan apa saja yg digemari dalam jumlah sedikit.
Tuesday, August 31, 2010
PENGENALAN
Dalam kehidupan seharian kita mungkin lupa untuk mengamalkan pengambilan diet seimbang.Diet seimbang bermaksud sajian makanan yang mengandungi semua nutrient yang diperlukan oleh tubuh dengan kadar yang betul.
Pemakanan yang seimbang amat penting demi memastikan kehidupan yang lebih sihat dan mengurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya.
Cara untuk memulakan diet seimbang adalah pengambilan makanan mengikut piramid makanan.Namun, diet seimbang yang diamalkan oleh setiap indivudu adalah berlainan.
APAKAH ITU KALORI?
Kalori merupakan satu unit tenaga dan boleh dikaitkan dengan makanan ataupun bahan lain yang mengandungi tenaga.
Ia merupakan kandungan tenaga atau haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1 gram air sebanyak 1 darjah Celcius.1 kalori bersamaan dengan 4.184 joule ,satu unit tenaga yang digunakan dalam sains fizikal.
Kesan akibat pengambilan kalori yang tidak seimbang:
(i). Berat badan akan berkurang jika pengambilan kalori tidak mencukupi dan jika kalori berlebihan berat badan akan bertambah.
(ii). 3500 kalori berlebihan dalam badan membentuk 45 gram lemak.
(iii). Lemak yang berlebihan akan menyukarkan pengaliran saluran darah.
(iv). Penyakit sakit jantung , tekanan darah tinggi , strok merupakan kesan daripada pengambilan kalori yang tidak seimbang.
Disediakan oleh : Gan Wah Wei (206189)
KEKAL SIHAT DAN LANGSING
Petua yang harus diamalkan untuk menjamin tubuh kekal sihat dan langsing:
(i). Makan dengan kerap tetapi dalam kadar sederhana.Ini dapat menjamin tubuh tidak kehabisan tenaga dan mengelakkan makan dengan lebih banyak ketika lapar.
(iii).Memilih waktu terbaik minum air antaranya selepas bangun pagi , 30 minit sebelum makan dan sepanjang hari.Ini membantu membakar kalori berlebihan dalam badan dan meningkatkan kadar metabolisme.
(iv). Bersenam 3 kali dalam seminggu seperti berlari , berenang , dan berbasikal.
(v). Amalkan makanan yang mampu hindari masalah kolesterol seperti bubur gandum dan oat,walnut,badam,ikan,minyak zaitun dan sayur-sayuran.
Disediakan oleh : Nur Hidayu binti Johar (206529)
DIET UNTUK IBU MENGANDUNG
a) Semasa mengandung , kandungan kalori yang diperlukan adalah bertambah sebanyak 300 kalori berbanding dengan individu biasa kerana ia menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.
b) Para ibu digalakkan untuk mengamalkan cara pemakanan mengikut piramid makanan kerana diet yang sihat merangkumi protein , karbohidrat , lemak, mineral dan air yang mencukupi.
c) Makanan-makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan , sayur-sayuran , roti , pasta , ubi kentang , bijirin , daging , ikan , susu , keju dan nasi diutamakan.Elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat.
Disediakan oleh : Siti Fairuz binti Mohamad Shariff ( 206357)
DIET UNTUK KANAK-KANAK
a) Berikan pelbagai jenis makanan berkhasiat setiap hari.
c) Elakkan pengambilan makanan yang berlebihan.
d) Jangan menjadikan makanan sebagai sogokan dan ganjaran.
e) Menggalakkan kanak-kanak lebih aktif dan bergiat dalam aktiviti sukan.
f) Kurangkan pengambilan daging beku dan diawet.
g) Selang-selikan makanan daging dengan produk kekacang agar
mereka mendapat zat dan khasiat yang seimbang.
mereka mendapat zat dan khasiat yang seimbang.
h) Mengamalkan pengambilan daging tanpa lemak , ayam tanpa kulit ,
dan produk susu rendah lemak.
Disediakan oleh : Roslizawati binti Mohamed Ali (206406)
Subscribe to:
Posts (Atom)