Wednesday, November 3, 2010

Rahsia Ramping Wanita Jepun

Tabiat makan memang mampu mengubah diri apatah lagi jika rajin meneliti corak pemakanan yg diwarisi secara tradisional di pelbagai pelosok dunia. Antara tabiat pemakan yg sering menjadi tumpuan adalah diet warisan masyarakat Asia khususnya di Jepun, China, Korea, Vietnam, Thailand dan India. Hasil tulisan perunding pemasaran kelahiran Jepun, Naomi Moriyama menerusi bukunya berjudul Japanese Women Don't Get Old Or Fat, menyelongkar petua di sebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yg muda bertenaga. Dia bukanlah mengamal diet, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan rumah cara Jepun. Dia juga yakin jangka hayat hidup yg panjang dan kadar obesiti yg rendah di kalangan masyarakat Jepun banyak berkait dengan jenis makanan disediakan di rumah. Lebih langsing dan bertenaga, dia berkongsi strategi pemakanannya yg digelar sebagai tujuh rahsia dapur Tokyo.

Rahsia Pertama: Makanan yg menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Rahsia Kedua: Sajian makanan adalh kecil.

Rahsia Ketiga: Sup Miso menjadi sajian sarapan utama.

Rahsia Keempat: Memasak secara sederhana.

Rahsia Kelima: Nasi menggantikan roti.

Rahsia Keenam: Hanya jamah sedikit makanan pencuci mulut.

Rahsia Ketujuh: Wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan apa saja yg digemari dalam jumlah sedikit.

No comments:

Post a Comment