Thursday, January 3, 2013

HOMOCYSTIENE : PENANDA LAIN BAGI PENYAKIT JANTUNG







Selain daripada kepentingan diet, senaman dan ubat menurunkan paras kolesterol dalam darah, mengetahui paras homocysteine boleh dijadikan sebagai penunjuk yang lebih tepat bagi menentukan penyakit jantung berbanding dengan paras kolesterol sahaja.

Apa itu Homocysteine?


Homocysteine ialah sejenis asid amino. Jika ia tidak dimetaboliskan dengan sempurna, ia akan menjadi radikal bebas dan ia boleh berkumpul di dalam saluran darah yang menjadikannya toksik kepada badan. Radikal bebas ini juga boleh menyebabkan pembekuan darah dan trombosis vena yang dalam. Ini boleh menyebabkan kerosakan arteri, arterosklerosis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronori dan strok. Oleh itu, menjaga paras homocysteine dalam julat yang sihat adalah perlu.

Paras homocysteine boleh diketahui melalui ujian darah yang mudah. Berikut adalah senarai bacaan paras homocysteine dalam darah bagi menentukan kadar risikonya kepada penyakit jantung:

Sihat = <6 br="br"> Risiko rendah = 6-9
Risiko sederhana = 9-12
Risiko tinggi = 12-15
Risiko sangat tinggi = 15-20
Risiko tersangat tinggi = >20

Kenaikan paras homocysteine juga boleh menyebabkan penyakit lain yang berkaitan, seperti hipotiroid, diabetes Type 2, migrain, osteoartritis, artritis reumatoid, fibromialgia, sindrom keletihan kronik, kekurangan magnesium, mati pucuk, leukemia, kanser kolon, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, nyanyuk, depresi, penyakit Crohn dan penyakit keradangan/ulser usus besar (Ulcerative colitis).

Kenapa paras homocysteine meningkat?

Di antara sebabnya ialah:

* Kurang vitamin B - ini akan mengurangkan kecekapan proses metabolisma homocysteine.
* Hormon tiroid yang rendah menyebabkan paras homocysteine meningkat.
* Penyakit buah pinggang.
* Psoriasis
* Minum teh, kopi dan alkohol berlebihan.
* Stres
* Sindrom ketahanan insulin.

Bagaimanakah cara untuk menurunkan paras homocysteine dalam darah secara semulajadi?

Sebelum melakukan apa-apa langkah untuk menurunkan paras homocysteine, perlulah diperiksa paras sebenar homocysteine dalam darah terlebih dahulu, terutamanya bagi mereka yang mempunyai penyakit berkaitan atau berisiko sindrom ketahanan insulin (sindrom metabolisma), penyakit buah pinggang dan psoriasis.

Di antara caranya ialah:

1. Kurangkan minuman berkafein, terutamanya kopi dan teh.

2. Tingkatkan pengambilan vitamin B6, B9 dan B12 melalui suplemen dan juga diet yang kaya dengan vitamin B, seperti daging, bijirin yang diperkaya dengan vitamin B, produk tenusu, telur, ikan, buah-buahan, hati, kacang pea, ayam, nasi, makanan laut, sayur bayam, biji bunga matahari dan walnut.

3. Kurangkan stres melalui senaman fizikal dan minda seperti yoga, tai chi, qigong, solat dan zikir, serta tidur yang cukup dan nyenyak bagi mendapatkan kerehatan badan sepenuhnya.

via: sitik's

Tuesday, January 1, 2013

CARA TIDUR GAMBARKAN PERSONALITI DAN KESIHATAN



Mengikut pendapat seorang pakar bahasa tubuh, Robert Phipps, cara dan posisi tidur menggambarkan mood, aras stres dan personaliti seseorang. Oleh itu, kenalilah posisi kegemaran masing-masing kerana ia mempengaruhi mood dan kehidupan pada keesokan harinya.

Kebiasaannya, terdapat 6 jenis posisi tidur, iaitu:



1. Posisi fetus (janin)

Ini merupakan cara/posisi tidur yang biasa di mana badan mengiring di sebelah dengan kedudukan kedua-dua kaki bengkok seperti janin di dalam rahim dan kedua-dua tangan juga dibengkokkan di atas bantal atau kadang-kadang sebelah tangan di bawah bantal. Posisi ini dianggap paling selesa, mungkin mengikut fitrah manusia, di mana seseorang itu dapat menghilangkan stres semasa tidur setelah bekerja seharian suntuk. Posisi ini paling disukai oleh kaum wanita berbanding lelaki.

Orang yang suka tidur dengan posisi ini selalunya lebih berhati-hati, sangat sensitif, beremosi dan sering berasa bimbang, walaupun kadang-kadang nampak keras secara luaran.

2. Posisi kayu balak


Ini juga merupakan posisi tidur yang biasa di mana badan mengiring di sebelah dengan kaki dan belakang lurus dan tangan diletakkan secara lurus di atas punggung dan paha.

Orang yang suka tidur dengan posisi ini dikatakan mempunyai personaliti sangat degil, suka menjadi ketua, tidak mudah mengalah dan mahu orang lain mengikut caranya sahaja.

3. Posisi perindu

Ini juga adalah posisi mengiring di sebelah dengan belakang lurus dan kaki bengkok sedikit, tangan pula diluruskan ke hadapan.

Orang yang suka tidur dengan posisi ini selalunya sukakan cabaran baru bagi mencapai cita-citanya, setiap hari dianggapnya sebagai permulaan untuk menghadapi cabaran, pemurah apabila percaya kepada seseorang, lambat membuat keputusan tetapi akan tetap dengan keputusan yang dibuatnya.

Ketiga-tiga posisi
di atas (posisi fetus, kayu balak, dan perindu) adalah posisi mengiring, di mana sebaik-baiknya mengiring sebelah kanan badan untuk mengurangkan tekanan ke atas jantung (jantung terletak di sebelah kiri dada). Tidur mengiring juga dapat meningkatkan peredaran darah, mengurangkan pedih ulu hati dan refluks asid perut. Ia juga baik bagi orang yang mengalami masalah tulang belakang bahagian bawah, dan posisi ini memudahkan tidur.

Posisi ini juga dianggap mengikut sunnah di mana posisi ini telah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW sejak lebih 1400 tahun dahulu, seperti dalam hadis berikut:

"Al-Barra bin Azib r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW jika akan tidur, baginda mengiring ke sebelah kanan kemudian membaca: (Maksudnya); "Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan mengadapkan wajah ku pada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan punggungku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku percaya kepada Kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utuskan."

“Apabila kamu hendak tidur berwudhuklah dahulu sebagaimana kamu mahu solat, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (HR Bukhari dan Muslim)

4. Posisi askar


Ini merupakan posisi terlentang dengan kaki lurus dan tangan juga lurus rapat di sisi badan.

Orang yang tidur dengan posisi ini biasanya pendiam, kurang bersosial, sangat beremosi, setia, dan pentingkan kesempurnaan.

5. Posisi tapak Sulaiman

Ini juga posisi terlentang dengan kaki lurus tetapi tangan terbuka luas atau dikembangkan berdekatan dengan bantal.

Orang yang tidur dengan posisi ini selalunya adalah pendengar yang baik, terbuka kepada idea baru, bersedia membantu orang lain, dan tidak suka menonjolkan diri di khalayak ramai.

Kedua-dua posisi tidur terlentang ini agak kurang selesa pada waktu malam kerana posisi ini boleh menyukarkan tidur, menambah dengkur dan komplikasi bernafas, serta mudah dapat refluks asid perut. Namun begitu, tidur terlentang dapat mengurangkan tekanan ke atas bahu, leher dan tulang belakang, terutamanya tanpa bantal.

Tidur pada posisi ini juga dapat mengurangkan kulit berkedut dan menyokong payudaya pada kedudukan yang betul.

Posisi tidur terlentang juga pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW seperti yang terdapat dalam hadis berikut:

"Daripada Abbad bi Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di Masjid sambil meletakkan satu kaki diatas yang lain." (HR Bukhari dan Muslim)

6. Posisi meniarap

Tidur meniarap dengan tangan dikembangkan di kiri dan kanan merupakan posisi yang paling tidak selesa. Posisi tidur seperti ini meratakan lengkung semulajadi tulang belakang yang mana akan menambah sakit belakang dan leher. Kebaikannya cuma memudahkan berdengkur dan tidur lena.

Orang yang biasa tidur dengan posisi ini selalunya tidak mampu menangani cabaran yang banyak dalam satu-satu masa, mempunyai perasaan ingin tahu dan sukar mengawal perasaan.

Bagi orang Islam, tidur meniarap ini adalah dilarang, seperti dinyatakan dalam hadis berikut:

“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (HR At- Tirmidzi)

Saat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang sahabatnya yang tidur meniarap, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengejutnya seraya bersabda: “Bangunlah! Ini ialah posisi tidur yang dibenci oleh Allah.” (HR Bukhari)

asal:  sitik's
Sumber

Cara Nak Kuruskan Badan

Tip Mudah Kurus
Jom baca sedikit info dan cara untuk nak kuruskan badan anda!!

Kawal kuantiti pengambilan makanan anda kerana kandungan metabolisme badan akan menurun mengikut kandungan kalori yang berada di dalam badan. Semakin kurang pengambilan kalori maka semakin menurun kadar metabolisme badan anda seimbang dengan kadar kalori yang berada di dalam tubuh anda.
Kuantiti makanan yang banyak dan berlebihan akan menyebabkan kandungan kalori yang tinggi di dalam tubuh anda. Kemampuan metabolisme dalam tubuh pula tidak meningkat walaupun kandungan kalori dalam badan anda meningkat. Metabolisme tidak akan mampu bergerak aktif untuk melakukan proses pembakaran lemak dan kalori yang berlebihan. Inilah di antara punca-punca pertambahan berat badan boleh berlaku.

Pilihan jenis makanan yang memainkan peranan penting di dalam menentukan kadar kalori. Sebaiknya pilihlah makanan yang mengandungi lebih protein berbanding kalori, ini kerana tenaga yang dihasilkan adalah dari sumber protein dan keperluan kalori adalah sedikit sahaja iaitu 2000kal sehari. Antara makanan yang perlu amalkan ialah sayuran hijau kerana kandungan proteinnya dalah tinggi dan rendah kalori. Ia juga tinggi khasiat dan mampu membantu dalam sistem pencernaan anda. Kurangkan pengambilan nasi (kuantiti yang sedikit) di dalam setiap hidangan anda.

Anda boleh mengambil kuantiti makanan dengan banyak jika makanan tersebut berserat serta tidak mengandung kalori/kalorinya sangat rendah. Contoh makanan yang rendah kandungan kalorinya seperti buah-buahan tapi AWAS buahan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi tidak digalakkan diambil secara berlebihan. Tetapi sekiranya anda jenis yang suka makanan berat anda bolehlah mengambilnya dengan menyekat kuantitinya sahaja. Makan dengan kadar yang kerap dan sedikit boleh membantu memudahkan anda untuk kurus.Kawal/Elakkan makanan berlemak dan berkalori tinggi di dalam menu makanan harian anda. Sekiranya anda jenis yang suka menguyah atau asyik lapar cuba petua ini. Minum segelas air apabila berasa lapar tetapi sekiranya rasa lapar itu tidak hilang anda sememangnya lapar, jadi anda perlulah mengambil sedikit makanan bagi mengatasinya. Jangan pula makan berlebihan.


Menahan nafsu makan juga banyak membantu anda untuk kurus. Menahan nafsu bukan sahaja tertumpu kepada kuantiti makanan tetapi juga merangkumi kehendak dalam memilih jenis makanan untuk dimakan. Sewaktu perut kosong/kelaparan pelbagai jenis makanan terbayang di minda anda bukan? Jadi cuba kawal nafsu anda dengan bijak memilih keperluan makanan berbanding kehendak hati anda. Pilih untuk mengawal kuantiti, kandungan kalori dan juga keperluan untuk tenaga anda sahaja. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Susun menu makanan harian anda seperti melakar jadual pemakanan. Ini juga dapat membantu anda mengawal bajet perbelanjaan anda. Jimat bukan? Dua dalam satu! JIMAT dan KURUS.

Jadualkan hidangan menu makan tengahari dan malam anda juga boleh membantu anda untuk lebih berdisiplin dalam menjamin proses menurunkan berat anda berjaya. Variasikan hidangan agar seimbang dan bersesuai dangan bajet anda. Cara ini dapat membantu anda mengawal nafsu anda dalam memilih makanan terutamanya makanan yang dibeli. Disiplin adalah sangat penting dalam merancang dan menjalankan pemakanan mengikut jadual ini. Tidak salah anda mengubahnya di saat akhir tetapi harus diingat kuantiti kalori masih perlu dikawal.

Pengamalan makan makanan tambahan/suplemen boleh membantu anda mendapat zat yang seimbang dan secukupnya. Bimbang juga dengan menyekat kuantiti makanan dalam masa yang sama zat keperluan badan anda juga tersekat. Jadi makanan tambahan mampu menampung kekurangan zat kesan dari pengawalan makanan seperti yang disarankan dia atas. Pengambilan makanan tambahan juga boleh membantu anda kekal cergas dan bertenaga. Tidak timbul masalah lemah badan dan tidak bertenaga sekiranya anda mengambil makanan tambahan di dalam menu diet harian anda. Kadar metabolisme badan anda juga boleh ditingkatkan dengan pengambilan makanan tambahan/suplemen seperti yang dicadangkan.

Cadangan makanan tambahan/suplemen:

Lecithin- membantu meningkatkan kadar metabolisme badan.

Omega Guard - bertindak seperti lecithin (lebih cepat) dan menyokong fungsi jantung anda

HerbLax - membantu meningkatkan fungsi usus juga menyingkir sisa yang tidak diperlukan badan anda bagi membantu penyerapan nutrein pada tahap optimum

Alfalfa - bertindak untuk menyokong sistem dalaman anda termasuk sistem pencernaan anda di samping membekalkan nutrien kepada tubuh anda

VitaLea - multivitamin yang mampu membekalkan keperluan zat kepada tubuh anda. Zat yang terkandung dalam 2 biji vitalea umpama 40 hidangan lauk

ESP - membekalkan tenaga segera (kandungan protein yang tinggi) dan membekalkan zat tambahan kepada tubuh anda. Kandungan soyanya juga boleh mencantikkan kulit

Cinch - mengekalkan anda agar sentiasa bertenaga dan memberikan rasa kenyang berpanjangan, membantu membentuk tubuh badan idaman anda

Norhafizah MK|sms/whatsapp/call:019 984 7340 | facebook: fizzcare | page: nutricantikblog

Saturday, December 29, 2012

7 TANDA AMARAN AWAL KANSER




Mengikut American Cancer Society
, terdapat 7 tanda amaran awal bagi penyakit kanser yang perlu diambil perhatian, iaitu:

1. Perubahan habit kebiasaan buang air besar dan buang air kecil.

2. Luka atau kudis yang tidak sembuh-sembuh.

3. Pendarahan atau pengeluaran cecair lain yang luar biasa.

4. Terasa keras atau gumpalan di payudara, testis atau bahagian lain badan.

5. Ketidakhadaman makanan atau sukar menelan.

6. Perubahan ketara dari segi saiz, warna, bentuk atau ketuat yang tebal, tahi lalat atau sakit pecah/luka di mulut.

7. Batuk yang berpanjangan.

Jika ada tanda-tanda awal di atas, dapatkanlah segera pemeriksaan doktor bagi memastikan penyakit yang dihidapi, jangan tunggu sehingga terlambat....

Thursday, December 27, 2012

BUAH-BUAHAN TROPIKA BERMUSIM BAIK UNTUK KESIHATAN





Malaysia kaya
dengan pelbagai buah tropika seperti durian, manggis, rambutan serta duku dan langsat.

Bagaimanapun bagi sesetengah anggota masyarakat, memakan buah-buahan ini boleh menyebabkan mereka tidak sihat.

Adakah ini satu mitos?

Sesetengah juga beranggapan bahawa buah import seperti epal dan anggur adalah lebih berkhasiat berbanding buah-buahan tempatan (bermusim).

Pelbagai persepsi negatif menjalar dan dilemparkan terhadap buah-buahan bermusim hingga menarik perhatian, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) untuk menjelaskannya.

BERMUSIM

"Tidak, saya tidak percaya buah bermusim seperti durian, manggis, rambutan boleh menyebabkan seseorang itu demam atau membawa kepada penyakit. Sebenarnya, buah-buahan kita unik, sedap dan kaya dengan khasiat.

"Tetapi, amat menyedihkan apabila ada segelintir pihak terlalu mengagungkan buah import kerana merasakannya lebih bagus, ini silap sama sekali," kata Timbalan Pengarah Pegawai Penyelidik Prinsipal Kanan, Pusat Penyelidikan Hortikultur, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Dr Zabedah Mahmood di Serdang, dekat sini baru-baru ini.

Senario merasakan buah-buahan import lebih bagus mungkin disebabkan oleh kurangnya promosi akan khasiat yang terselindung di sebalik buah-buahan bermusim.

Walhal, ia sebenarnya berkapasiti tinggi membekalkan nutrien diperlukan badan.

Atas sebab itulah, pemupukan amalan memakan durian, manggis, rambutan, duku yakni antara sebilangan jenis buah-buahan bermusim ini haruslah dirancak dan digalakkan dengan lebih aktif lagi.

Tambahan pula, harganya lebih murah berbanding yang diimport serta kandungan vitamin, khasiatnya tidak tergugat serta masih 'terpelihara' ekoran boleh mendapatinya, membelinya dalam keadaan segar.

KHASIAT

Dr Zabedah berkata, berbanding buah import seperti epal, anggur, kualiti kandungan vitamin, khasiatnya mungkin sudah berkurangan kerana terperuk dalam kotak penyimpanan agak lama serta melalui masa perjalanan agak panjang untuk sampai ke negara ini.

Ini menjadikan buah-buahan tempatan kaya dengan vitamin berbanding buah-buahan yang diimport.

Contohnya, kandungan vitamin C adalah lebih tinggi dalam sebiji buah rambutan jika dibanding dengan epal.

Menurut Zabedah, kandungan vitamin C pada rambutan dan pulasan adalah 70mg/100g berbanding epal hanyalah sekitar 6mg/100g. Sangat rendah, walhal vitamin C amat penting dalam kehidupan kita.

Antaranya, meningkatkan sistem imuniti badan serta melindungi daripada jangkitan penyakit dan selesema.

"Kedua-dua rambutan dan pulasan mempunyai kandungan air yang tinggi, iaitu melebihi 80 peratus. Kandungan proteinnya di sekitar 0.5 peratus-0.8 peratus dan kandungan lemaknya pula adalah agak rendah, iaitu 0.3 peratus-0.55 peratus," katanya kepada Bernama.

DURIAN

Khasiat buah-buahan bermusim bukan hanya tertumpu pada rambutan tetapi juga meliputi durian, yakni raja buah yang sentiasa dikaitkan sebagai punca demam panas.

Agak pelik bunyinya, namun pemakanan durian juga sebenarnya elok diamalkan kerana mengandungi potasium yang dikatakan baik untuk kesihatan jantung. Mengandungi 1,060mg potassium, durian juga membekalkan sumber vitamin C, tenaga dan mineral.

Isinya yang lembut, enak dan kekuningan itu bukan sekadar menjanjikan kesedapan tidak terhingga bagi pencinta durian, malah ia juga kaya dengan fiber, baik untuk proses penghadaman dan sembelit.

MANGGIS


Paling menarik adalah buah manggis. Menurut Zabedah, buah berbentuk bulat dan berwarna ungu kehitaman itu mempunyai nilai tinggi dari sudut pengkomersilan produk kesihatan.

Bukan sahaja isinya yang putih gebu mengandungi khasiat tinggi, tetapi kulitnya juga menjadi tumpuan untuk dibekalkan sebagai produk kesihatan.

"Sebenarnya, kulit manggis bukan lagi bahan buangan. Ini kerana, terdapat syarikat yang membeli kulit manggis sahaja di Mardi untuk diproses dan dijadikan produk kesihatan.

"Berbanding buah lain, manggis antara buah paling susah hendak dilihat di pasaran kerana sudah ada syarikat beli terus kesemua buah di dusun. Disebabkan itulah, harga manggis agak mahal kerana penawarannya tidak banyak," katanya.

Menurut Dr David A.Morton dari University of Utah, Amerika Syarikat, kulit buah manggis mempunyai bahan aktif biologi yang sangat kaya dengan antioksidan dan dipercayai berkesan untuk mencegah penyakit.

Dipercayai buah manggis berpotensi untuk mencegah batu karang, kanser, membuang kalesterol dalam badan dan mengimbangi seluruh badan.

CARA ANDA MAKAN, SALAH!

Akan tetapi, mengapa ada yang demam, batuk berpanjangan selepas menikmati buah-buahan bermusim? Ia seolah-olah tidak selari dengan kajian yang merungkai kepada kekayaan khasiat buah-buahan tersebut.

Mengulas lebih lanjut, kata Zabedah semuanya berkisar kepada cara pemakanan masyarakat. Sambil menegur sikap sesetengah orang yang membeli dan memakan buah durian, rambutan dalam kuantiti banyak pada satu-satu masa, Zabedah memberitahu gaya pemakanan sedemikianlah mendedahkan mereka kepada penyakit.

"Buah-buahan tempatan tidak mendatangkan penyakit, tetapi bergantung kepada cara kita makan. Kita dinasihatkan untuk memakannya dalam kuantiti sederhana, sekadar untuk mendapatkan khasiat di samping menikmatinya.

"Contoh, macam hari ini beli sedikit lusa beli lagi," katanya.

Sambil memberi tips cara pemakanan durian, beliau berkata adalah sebaiknya air kosong diambil secukupnya selepas menikmati raja buah itu, jangan makan ketika perut kosong, masa hendak tidur dan elakkan minum air berkarbonat.


PANAS

Tidak menafikan bahawa menikmati durian boleh mengundang rasa 'panas badan', justeru dinasihatkan agar ia disusuli dengan pemakanan manggis kerana buah itu boleh menyejukkan badan.

Maka, tidak hairanlah apabila buah manggis dikenali sebagai ratu segala buah kerana berpotensi meneutralkan suhu badan sekali gus berpadanan dengan status durian iaitu raja buah.

Bagi buah rambutan pula, Zabedah berkata masih ramai khususnya generasi muda tidak tahu kulit kayu biji rambutan yang terlekat pada isi buahnya itu tidak boleh dimakan kerana boleh menyebabkan batuk.

Disebabkan itulah, menjadi tugas pembeli untuk memilih kualiti buah rambutan terbaik di mana isinya lekang yang tidak tarik sekali dengan kulit kayu biji. Antara rambutan popular ketika ini adalah jenis anak sekolah di mana buah ini mudah dikopek dan dipisahkan bahagian isi dengan biji.

KEKAYAAN NEGARA TIDAK TERNILAI

Biarpun pelbagai persepsi, hakikatnya buah-buahan bermusim merupakan aset kekayaan negara paling bernilai, berpotensi sebagai tarikan pelancongan dan menjadi antara idaman masyarakat luar.

Di kala pertikaian akan bau tengik buah durian oleh segelintir kita, pelancong China berlainan pula. Bagi mereka, ia adalah sejenis buah yang sangat sedap.

Malah, durian kita yang berkualiti tinggi telah dieskport ke negara panda itu.

"Kita sepatutnya berbangga dan menghargai apa yang kita ada. Macam negara China mereka tidak ada durian dan amat menggemarinya.

"Amalan memakan buah-buahan tempatan haruslah dididik sejak dari kecil. Ia bukanlah sekadar 'buah', tetapi senario pemakananannya merupakan budaya masyarakat kita yang perlu dikekalkan," katanya. - Bernama

7 CARA KEMPISKAN PERUT BUNCIT




Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya .



Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:


1. Minum Banyak Air Masak

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.


Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.


4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan  najis dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat dan buah-buahan adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.


sumber: melayukini.net

RAWATAN ALTERNATIF BAGI MATA BENGKAK...




Kadang-kadang
selepas bangun tidur kita didapati mata bengkak atau sembab tanpa diketahui sebabnya. Biasanya, mata bengkak ini disebabkan oleh alergi, tidak cukup tidur, terlalu banyak kerja atau tersilap makan.

Di antara rawatan alternatif
yang disarankan bagi mengurangkan ataau meredakan bengkak mata ialah:

1. Sudu makan
- Lalukan belakang sudu makan dengan air batu cair, kemudian letakkan belakang sudu ini di atas mata yang bengkak selama 30 saat bagi setiap mata.

2. Peti sejuk
- Jika anda bangun tidur dengan mata yang bengkak, buka pintu peti sejuk dan masukkan kepala ke dalamnya selama 30 saat.

3. Krim hemorrhoid
- Sapukan krim ini di atas mata yang bengkak.

4. Timun
- Hiris timun sederhana nipisnya. Letakkan hirisan timun di atas mata yang bengkak selama 15-20 minit.

5. Teh hijau atau teh hitam
- Selepas rendam air teh, perah beg teh yang telah sejuk dan letakkan di atas mata yang bengkak selama 15 minit. Lakukan ini sambil baring.


sumber: sitik's