Tuesday, October 28, 2008

KANSER PANGKAL RAHIM (KANSER SERVIKS)


Dianggarkan seramai hampir 1,600 kes kanser pangkal rahim dilapurkan pada tahun 2003 di Semenanjung Malaysia (Lapuran NCR 2003). Angka sebenar kes kanser pangkal rahim adalah dijangka jauh lebih tinggi dari angka yang tersebut di atas memandangkan banyak kes-kes yang tidak dilapurkan. Di samping itu angka yang tersebut di atas tidak meliputi Sabah dan Sarawak. Insiden kanser pangkal rahim adalah 19.7 per 100,000 populasi dengan bangsa Cina mempunyai insiden yang tertinggi yakni 33.6 per 100,000 populasi, diikuti oleh bangsa India dan bangsa Melayu. Kebarangkalian seseorang wanita untuk mengidap kanser pangkal rahim di sepanjang hayatnya adalah dari 1 di dalam 28 orang sehingga 1 di dalam 80 orang. Contohnya,kalangan wanita berbangsa Cina, seorang dari 28 orang wanitanya akan menghidap kanser pangkal rahim di sepanjang hayatnya (lifetime risk).

FAKTOR-FAKTOR RISIKO MENGHIDAP KANSER PANGKAL RAHIM

Seperti yang dinyatakan di dalam bab yang lepas, punca terjadinya kanser pangkal rahim adalah jangkitan virus HPV dan jangkitan virus ini diperolehi melalui hubungan kelamin. Di samping jangkitan virus HPV, faktor-faktor lain turut mempengaruhi terjadinya kanser pangkal rahim yakni sistem imunisasi (pertahanan badan) yang rendah dan juga faktor genetik.

Apakah faktor-faktor risiko terjadinya kanser pangkal rahim? Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah:Hubungan sek pada usia muda
Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
Merokok
Wanita dari golongan susah ataupun miskin
Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalanipemindahan buah pinggang dan lain-lain.
Wanita yang mempunyai pasangan sek yang ramai.
Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear bolehdikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidapkanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawaujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim

TANDA-TANDA KANSER PANGKAL RAHIM

Berbanding dengan kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap kanser pangkal rahim sering dapat mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Ini disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj/vagina yang apabila berlaku penyakit kanser, perdarahan yang berlaku boleh dikesan hampir serta merta. Di kebanyakan negara-negara maju, hampir 75% daripada wanita-wanita yang dikesan menghidap penyakit kanser pangkal rahim dapat dikesan pada peringkat awal. Walau bagaimanapun , di negara kita peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah. Apa yang paling penting adalah, wanita-wanita tersebut perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut dari Pakar Sakitpuan jika sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser pangkal rahim.

Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut:
Perdarahan selepas hubungan sek (“postcoital bleeding“)
Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
Hilang selera makan
Turun berat badan yang mendadak

AKIBAT KANSER PANGKAL RAHIM

Apakah akibatnya jika kanser pangkal rahim tidak dirawat ataupun rawatan yang diberikan lewat?
Kesan akibat kanser pangkal rahim terbahagi kepada 3 kesan utama:

1. Kesan Fizikal
2. Kesan Psikologi dan Sosial
3. Beban kepada ahli keluarga

Terdapat 3 jenis rawatan yang boleh diberikan kepada wanita-wanita yang mengidap kanser pangkal rahim. Tiga jenis rawatan utama tersebut adalah :

a. Pembedahan
b. Rawatan Radioterapi
c. Rawatan Kemoterapi

KANSER SERVIKS (PANGKAL RAHIM) BOLEH DICEGAH

Kanser serviks (pangkal rahim) adalah salah satu jenis kanser yang boleh dicegah. Walau bagaimanapun disebabkan oleh kurang pengetahuan di kalangan wanita terutama wanita-wanita di negara kurang maju dan yang sedang membangun, kadar kejadian kanser serviks masih lagi tinggi. Di negara-negara maju , kadar kejadian dan kematian akibat kanser serviks adalah lebih rendah disebabkan oleh kesedaran dan langkah pencegahan yang diamalkan oleh wanita-wanita di sana. Kunci kepada pencegahan kanser serviks adalah Pap Smear. Secara keseluruhannya kadar kesedaran wanita di Malaysia adalah meningkat tetapi belum mencapai tahap yang memuaskan.

APAKAH PAP SMEAR

Pap Smear adalah ujian yang dijalankan melalui kaedah mengambil sampel atau calitan dari serviks. Pap smear adalah ujian yang sangat mudah dan tidak menyakitkan. Ianya boleh dilakukan di mana-mana klinik yang mempunyai peralatan ujian pap smear. Ianya tidak memerlukan bius dan pengambilan pap smear cuma memakan masa 2-3 minit sahaja.

BAGAIMANA PAP SMEAR BOLEH MENCEGAH KANSER SERVIKS (PANGKAL RAHIM).

Sebelum terjadinya kanser serviks, sel-sel di kulit serviks akan melalui beberapa siri perubahan di mana sel-sel tersebut menjadi tidak normal dari segi saiz, rupa bentuk dan juga susunan sel. Sel-sel yang tidak normal ini bermula dari dalam lapisan kulit serviks. Punca perubahan sel-sel di bahagian kulit serviks ini adalah akibat jangkitan sejenis virus yang dinamakan “Human Papilloma Virus” ataupun singkatan kepada HPV. Pra-kanser serviks adalah merujuk kepada peringkat di mana sel-sel yang tidak normal ini masih berada di dalam lapisan kulit serviks dan belum lagi merebak keluar . Peringkat para-kanser bukanlah kanser dan rawatannya juga berbeza dengan rawatan kanser. Peringkat pra-kanser ini jika tidak dikesan dan dirawat boleh bertukar menjadi kanser. Tujuan utama ujian pap smear adalah untuk menyaring dan mengesan peringkat pra-kanser ini. Hasil dari pengesanan ini, rawatan yang sesuai akan dapat dilakukan. Apabila peringkat pra-kanser ini dirawat, maka wanita tersebut tentu sekali akan terhindar dari mendapat penyakit kanser pangkal rahim. Inilah caranya bagaimana pap smear dapat mengurangkan kadar kejadian kanser serviks.

APAKAH PRA-KANSER PANGKAL RAHIM (SERVIKS)

Pra-kanser serviks ataupun dalam istilah perubatan “ Pre-cancerous state“ adalah keadaan di mana terjadinya sel-sel yang tidak normal di dalam lapisan kulit serviks. Di antara ciri-ciri kelainan yang terdapat pada sel-sel tersebut adalah saiz nukleas yang lebih besar, warna nukleas yang lebih hitam pekat dan terdapatnya proses pembiakan yang diluar kawalan. Sel-sel yang tidak normal ini walau bagaimanapun tidak terdapat di bahagian luar kulit serviks. Peringkat pra-kanser ini kalau tidak dirawat, sebahagiannya boleh bertukar menjadi sel-sel kanser. Pra-kanser bukanlah kanser tetapi adalah petanda-petanda awal untuk menjadi kanser di kemudian hari.
Terdapat tiga peringkat pra-kanser di pangkal rahim iaitu:
a. CIN 1
b. CIN 2
c. CIN 3
Di dalam istilah perubatan pra-kanser ini dinamakan CIN singkatan kepada “Cervical Intraepithelial Neoplasm”. CIN 1 adalah peringkat pra-kanser yang paling awal. Peringkat ini selalunya akan pulih dengan sendiri tanpa rawatan, dikatakan 60% daripada wanita-wanita yang mengidap CIN 1 akan pulih sepenuhnya dan cuma sebahagian kecil sahaja yang akan berkembang menjadi CIN 2 dan CIN 3. Manakala CIN 3 pula adalah pra-kanser yang paling serius. Setiap CIN boleh berubah-ubah samada kembali normal , bertukar kepada peringkat CIN yang lain ataupun ianya boleh kekal untuk jangkamasa tertentu. Perubahan dari satu peringkat ke peringkat yang lain memakan masa dari beberapa bulan sehingga beberapa tahun. Ini bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis CIN , faktor genetik, jenis virus HPV dan juga sistem pertahanan badan wanita.
Kajian telah menunjukkan bahawa lebih kurang 12% dari CIN 3 akan menjadi kanser pangkal rahim jika sekiranya tidak dirawat. Tempoh masa pertukaran daripada CIN 3 menjadi kanser pangkal rahim ini adalah di dalam lingkungan 5 hingga 15 tahun, jarak masa ini adalah berbeza dari satu individu dengan individu yang lain

Monday, October 27, 2008

Obesiti dan Kesannya



Obesiti merupakan antara masalah lazim yang dialami oleh ramai wanita di negara ini dan di seluruh dunia.Masalah tersebut bukan saja menggambarkan amalan pemakanan seseorang yang tidak betul, bahkan lebih buruk ia kerap diiringi dengan pelbagai penyakit termasuk jantung dan darah tinggi.

Dalam pada itu, kajian terbaru mendapati bahawa wanita mempunyai ukur lilit pinggang yang besar mempunyai risiko meninggal dunia lebih awal berbanding dengan mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang yang lebih kecil.

Kajian yang dibuat oleh Universiti Harvard dan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat, menunjukkan wanita yang berpinggang besar lebih cenderung untuk menghidap penyakit yang berkaitan jantung ataupun kanser, walaupun hakikatnya mereka mempunyai berat badan yang ideal dengan ketinggian mereka.

Terdapat kajian sebelum ini yang menunjukkan pengumpulan lemak di bahagian pinggang sebenarnya meningkatkan risiko penyakit.

Untuk menjalankan kajian ini, para penyelidik telah membuat analisis data daripada lebih 44,000 orang wanita diikuti dengan sejarah kesihatan lebih 1,000 jururawat berdaftar di 11 negeri.

"Seperti apa yang dapat diperoleh daripada kajian NIH Obesity Research Task Force, kesan cabaran akibat obesiti, penemuan terbaru menunjukkan bahawa penyelidikan dapat memainkan peranan dalam pemahaman tentang risiko obesiti," jelas Pengarah NIH, Elias A. Zerhouni.

Kumpulan penyelidik yang menjalankan kajian tersebut diketuai oleh Cuilin Zhang dari NIH, Eunice Kennedy Shriver dari Institut Kesihatan Kebangsaan Kanak-kanak dan Pembangunan Manusia (NICHD).

Dana untuk menjalankan kajian ini pula diperoleh daripada NIH, Institut Kanser Kebangsaan dan Institut Diabetis, Pencernaan dan Buah Pinggang Kebangsaan. Kajian ini disokong oleh Institut Darah, Paru-paru dan Jantung Kebangsaan. Hasil kajian ini telah diterbitkan dalam Internet menerusi laman web Circulation.

Semakin hari semakin banyak bukti yang mengaitkan lemak berlebihan di abdomen dengan risiko penyakit diabetes dan jantung. Bagaimanapun perkaitan antara obesiti di bahagian abdomen dengan risiko kematian masih belum dikaji secara meluas.

Kajian terkini menunjukkan bahawa kegemukan di abdomen ada kaitan dengan kematian awal.

Para penyelidik yang menjalankan kajian terhadap 44,000 wanita telah mengikuti rekod sejarah kesihatan dan gaya hidup mereka.

Disebabkan majoriti daripada wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu ialah wanita kulit putih, para penyelidik tidak begitu pasti sama ada hasil kajian mereka boleh digunapakai untuk wanita mahupun lelaki daripada bangsa lain.

Semua wanita yang terlibat dalam kajian pula terdiri daripada jururawat berdaftar. Pada awal kajian dibuat, mereka diminta untuk mengukur ukur lilit pinggang dan paha mereka.

Setiap dua tahun, kumpulan wanita ini diminta untuk mengisi borang kaji selidik tentang kesihatan mereka, memberikan maklumat tentang umur, tahap aktiviti luar, status merokok, diet, tekanan darah dan paras kolesterol.

Para penyelidik ini turut mengkaji punca kematian bagi wanita yang didapati meninggal dunia ketika tempoh kajian ini berlangsung iaitu sebanyak 3,507 kematian dan daripada jumlah itu 1,748 diakibatkan oleh kanser, manakala 751 kerana penyakit berkaitan jantung.

Para penyelidik turut mendapati bahawa wanita yang mempunyai lemak berlebihan di pinggang lebih berisiko untuk mati lebih awal kerana komplikasi jantung berbanding dengan mereka yang berpinggang kecil.

Sebagai contoh, wanita yang bersaiz pinggang sama atau lebih daripada 35 inci dianggarkan untuk meninggal lebih dua kali lebih awal kerana penyakit jantung berbanding dengan wanita yang bersaiz pinggang 28 inci sahaja (mengenepikan indeks berat badan). Sama juga risiko bagi mereka ini untuk meninggal akibat kanser.

Pada masa yang sama, wanita yang mengalami obesiti turut berisiko untuk berhadapan maut lebih awal daripada usia yang sepatutnya.

Menurut para penyelidik, obesiti ditentukan menerusi indeks berat badan (BMI) yang mengukur kesesuaian antara ketinggian seseorang dengan berat badan mereka.

BMI antara 18.5 dikategorikan berat badan yang ideal dan sihat, manakala BMI 30 hingga 39.9 adalah obes.

Saiz ukur lilit pinggang wanita yang lebar adalah tanda pengumpulan lemak berlebihan pada bahagian depan perut, istilah ini dipanggil abdominal obesity.

Menurut kajian Panduan Klinikal Untuk Mengenalpasti, Memerhati dan Rawatan Berat Badan Berlebihan dan Obesiti di Kalangan Orang Dewasa, saiz had pinggang yang sihat ialah 35 inci bagi wanita dan lelaki 40 inci. Saiz ukur lilit pinggang ini boleh diukur keliling pinggang dari paras pusat.

Menurut Dr. Zhang, dalam tahun 2004 lebih daripada satu setengah orang dewasa Amerika mengalami abdominal obesity.

lArtikel dari laman web www.nih.gov

JUS Diethttp://www.zawiahshop.com/?p=productsMore&iProduct=43&sName=JUS-DIET-MATE-5



Penyakit Batu Karang & Cara Pencegahannya

Pengenalan : Batu Karang dalam Ginjal (Buah Pinggang)
Apa dia Batu karang dalam Ginjal?

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.

Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ?

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya.

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita.

Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.

Apakah tanda-tandanya ?

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.

Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ?

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini.

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu.

Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.


Cara Atasi penyakit Batu Karang

Masalah dan Solusi Penyakit Batu Karang


ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.
Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:

  • Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.

  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

  • Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

  • PENYAKIT batu karang dalam buah pinggang dan hempedu (kidney dan gall bladder) bukan penyakit baru tetapi juga dihadapi oleh orang tua-tua kita dan mereka telah menemukan banyak kaedah dan rawatan untuk penyakit ini.

    Batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.

    Batu karang dikenali dalam istilah perubatan sebagai kalkulus dan penyakitnya disebut nefrolitiasis.

    Batu karang terbentuk daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain. Bentuk dan saiznya berbeza; ada yang serupa bujur telur ayam, lonjong, tajam, halus atau berbutir-butir. Penyumbang atau kerosakan yang disebabkan wujudnya batu karang ini boleh menimbulkan rasa yang amat sakit di kawasan pinggang atau kawasan organ seks.

    Rasa sakit ini disebut kolikrenal (renal colic). Batu karang yang pecah juga boleh menjadi punca berlakunya pengumpulan bakteria.

    Penyakit batu karang lebih cenderung berlaku pada mereka yang sudah lanjut usia, penghidap gout, mereka yang alami jangkitan bakteria di saluran kencing dan mereka yang menghidap penyakit metabolik (penyakit yang disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk metabolisme asid amino, karbohidrat dan lain-lain).

    Batu karang hempedu adalah jenis Batu karang yg boleh juga terdapat di pundi hempedu, duktus sistik dan duktus hempedu. Keadaan ini juga disebut kolelitiasis. Ia lebih sering berlaku pada wanita yang pertengahan atau lanjut usia dan yang guna pil perancang keluarga. Kolesterol, pigmen (bilirubin digluoronida), atau gabungan pigmen, protein dan garam galian (misalnya kalsium) yang terdapat dalam cecair hempedu membentuk hablur dan seterusnya mengeras menjadi batu karang yang mempunyai saiz berbeza-beza.

    Gejala-gejala kolesistitis akut ialah rasa lemah badan, hilang selera makan, demam dan rasa sakit sebelah kanan badan sekitar bawah tulang rusuk akhir menjalar ke bahu kanan. Rasa sakit juga terasa di hempedu apabila menarik nafas. Penyumbatan di duktus hempedu sesama pula menimbulkan jaundis, kolik biliari dan kolangitis.

    Pemakanan tradisional Cina

    Ahli perubatan tradisional Cina menggunakan kacang walnut untuk merawat penyakit batu karang. 120 gm walnut digoreng dalam minyak masak dari sayur hingga garing. Kemudian dihancur dengan blander dan ditambah gula hingga lumat. Makan setiap hari untuk tiga hari. Batu karang, mengikut laporan klinikal, akan keluar secara ketulan kecil sekali atau hancur seperti pasir (Chinese system of Food Cures - Henry C Liu)

    Perubatan tradisional Melayu

    Rupanya ahli perubatan tradisonal Melayu kita juga mempunyai banyak cara rawatan untuk batu karang.

    Contohnya ialah:-

    Ambil lembayung (Eichhomia crassipes) sejengkal; gulai dengan minyak lenga (sesamun indicum), makan.

    Ambil birah hitam (Alocasia denudata), jerangau lumat-lumat, gelek; telan tiga pagi.

    Ambil buah belimbing keris (Averrhoa bilimbi), serta kulit, daun, bunga dan akarnya.

    Pipis lumat-lumat campurkan dengan pati santan, bubuh dalam mangkuk sebanyak tiga ruas jari telunjuk, beri minum.

    Ambil seduayah (Woodfordia fruticosa), buah pala (Myristica fragrans) dan akar beluntas (Puchea indica); pipis lumat-lumat. Kemudian masukkan ke dalam nyiur yang hingusan. Sudah itu tutup dengan tanah liat dan bakar.

    Kemudian minum airnya dan makan isinya.

    (Warisan Perubatan Melayu - A. Samad Ahmad DBP).

    Dalam buku warisan Ubat Farmakopia Melayu oleh Hj. Hassan Abdul Ghani, Singapura ada tersebut beberapa lagi herba dari hutan kayu kayan negara kita yang boleh digunakan seperti Penggaga Embun (Hydrocotyle sibthorpioides)

    Untuk rawat batu hempedu; dan untuk batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.

    Bahan herba ialah seperti calincing (Oxalis Corniculata) jali-jali (Coix lachryma - jobi atu Job's tear); Jarong (Achyranthes aspera); kasturi (Abelmoschus moschatus); Pecut kuda (Stachytapheta jamaicensis).

    Rawatan moden Allopathy Pesakit akan diberi beberapa jenis ubat menahan kesakitan dan untuk mengeluarkan batu, jika tidak berjaya pembedahan akan dilakukan untuk keluarkan batu karang.

    Rawatan moden Komplimentari (Homeopathy)

    Rawatan moden komplimentari Homeopathy menawarkan banyak ubat-ubatan tanpa dadah dan tanpa racun dan tidak ada kesan sampingan.

    Di antaranya ialah: Calcarea Carbonica - diberi makan setiap 15 minit bila sakit sangat. Berberis Vulgaris - juga boleh diberi setiap 15 minit hingga lega. Lain-lain penawar yang boleh membantu merawat batu karang ialah Chinonanthus Hydrasis, Belladonna, Arsenicum album, Discorea, Chelidonium, Cardus marinus, Gelsemiun, Magnesia Phos. Ubat-ubat ini juga boleh dimakan untuk mengawal batu karang jangan berulang kembali.

    (Penyakit-penyakit dan rawatan dengan Homeopathy oleh Prof. Dr. Mohamad Hj. Yaacob)

    Merawat, mencegah batu Karang dengan pemakanan Penulis wanita Amerika terkenal, Adelle Davis menyalahkan manusia sendiri kerana penyakit batu karang - tidak menjaga apa yang dimakan dan memastikan zat secukupnya. Beliau menulis demikian dalam bukunya Let's Get Well. Bahan yang penting untuk mengatasi masalah ini ialah dengan makan vitamin B6 dan magnesium.

    Pemakanan kita hari ini sudah banyak tidak segar - sardin dalam tin, makanan segera yang biasanya tidak berzat, junk foods - semuanya membantu kepada timbulnya berbagai penyakit termasuk batu karang. Kita mesti pastikan makanan kita adalah dari bahan segar, baru, sayur-sayuran segar baru, sayur-sayuran segar dari kampung atau tanam sendiri dan banyak minum air bersih.

    Habbatus Sawda dikenalpasti boleh merawat dan Menghancurkan Batu Karang serta Radang Buah Pinggang.

    Baca Hadis di bawah :
    Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud :

    "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sawda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar segala penyakit kecuali As-Sam (mati)".

    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Selain dari menjaga pemakanan kita mesti juga melakukan senaman setiap hari bagi umat Islam jangan tinggal solat fardhu serta ditambah dengan solat-solat sunat. Insya-Allah kita akan menjadi sihat wal'afiat.

    Bagaimana barangan penjagaan kulit boleh memudaratkan kesihatan?

    Walaupun secara umumnya barangan kosmetik selamat digunakan, namun kehadiran campuran bahan kimia tertentu boleh memberikan kesan mudarat apabila tersalah guna. Ini disebabkan setiap satu barangan ini mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna sekiranya terdedah pada jangkamasa yang lama.

    Oleh yang demikian, senarai kandungan bahan kimia yang tercatat pada label barangan kosmetik merupakan maklumat penting bagi seseorang doktor dalam merawat kes keracunan yang berpunca daripada bahan tersebut.



    Pemutih Kulit

    Barangan pemutih kulit biasanya mengandungi bahan aktif hidrokuinon dalam kepekatan 1-5 peratus dan amat berkesan untuk menghilangkan tompokan hitam pada kulit.


    Selain hidrokuinon, terdapat bahan aktif lain yang digunakan termasuk monobenzil dan monometil eter hidrokuinon, raksa, asid askorbik dan peroksida. Bahan tambahan lain yang digunakan ialah air, gliseril stearat, gliserin, asid stearik dan pewangi.


    Hidrokuinon hanya memberi kesan sampingan yang sedikit sekiranya digunakan pada kepekatan yang rendah. Namun begitu, pengguna akan mengalami kesan terbakar jika menggunakannya secara berlebihan ataupun pada kepekatan tinggi. Penggunaan dalam jangkamasa yang lama, disertai pula oleh pendedahan kepada cahaya matahari boleh mengakibatkan penghasilan tompokan dan bonjolan kekuningan pada kulit yang dikenali sebagai okronosis.


    Hidrokuinon bukan sahaja merbahaya pada bahagian luaran, malahan ia boleh menyebabkan keracunan yang serius sekiranya termakan. Pengam-bilan sebanyak 5 hingga 15 gram hidrokuinon boleh menyebabkan mangsa menggeletar, gelugut atau sawan dan mengalami kerosakan sel darah merah.

    Krim dan losyen

    Barangan pembersih kulit pada asasnya ialah emulsi minyak dalam air yang terdiri daripada campuran minyak, lemak atau lilin yang juga digunakan sebagai pencuci. Selain itu barangan ini juga mengandungi bahan pelembap, pewarna yang dibenarkan, pewangi dan pengawet. Produk ini dikelaskan sebagai tidak merbahaya jika tertelan. Namun begitu, sekiranya tertelan dengan jumlah yang banyak ia boleh meng-akibatkan gangguan pada perut. Kajian juga menunjukkan bahawa barangan ini tidak menyebabkan radang kulit.

    Krim pelindung sinar matahari

    Pemilihan krim pelindung matahari yang sesuai adalah bergantung rapat dengan jenis kulit seseorang serta tempoh pendedahan kepada sinaran matahari. Namun begitu, sebelum menggunakan sebarang krim pelindung matahari, pengguna haruslah terlebih dahulu mendapatkan nasihat terperinci tentang kesannya dari ahli profesional perubatan seperti doktor atau ahli farmasi. Asid para-aminobenzoik (PABA) merupakan bahan kimia pelindung matahari yang efektif. Malangnya pemerhatian dari pengguna krim PABA menunjukkan peningkatan kes alahan, kerengsaan kulit dan meninggalkan kotoran pada pakaian.

    Salah satu bendasing yang terdapat di dalam PABA ialah padimate-O yang dikenalpasti boleh menghasilkan nitrosamin yang telah dikaitkan dengan kejadian kanser. Namun demikian, hasil kajian penggunaan nitrosamin terhadap haiwan ujian menunjukkan tiada kesan kanser berlaku.

    Sabun

    Sabun boleh didapati dalam bentuk buku atau cecair. Ia mengan-dungi bahan pencuci, pelembab, minyak galian dan sayur, pewangi, dan pewarna. Sesetengah sabun buku mengandungi agen anti bakteria. Sabun dikelaskan sebagai bahan tidak toksik. Walau bagaimanapun, sekiranya tertelan, sabun boleh menyebabkan mangsa mengalami radang perut, mual dan muntah. Secara umumnya sabun bukan penyebab radang kulit. Namun begitu, sekiranya terdedah terlalu lama, tangan akan menjadi keringan dan mengalami sedikit keradangan.

    Bedak

    Barangan bedak termasuk bedak debu dan bedak badan mengandungi bahan-bahan seperti talkum, kanji atau kedua-duanya sekali dengan disertakan karbonat bukan organik, zink stearat, kaolin, pewangi dan mungkin juga pengawet. Secara amnya, bedak jenis ini, dianggap tidak berbahaya. Namun begitu jika dihidu dengan banyak boleh menyempitkan saluran pernafasan.

    SUmber : Kementerian Kesihatan Malaysia

    http://www.dph.gov.my/ncd/klinik/tips_remaja.html

    Sunday, October 26, 2008



    Makan adalah perkara penting untuk meneruskan kesinambungan hidup, namun persoalannya, dakah makanan yang kita makan setiap hari itu benar-benar sihat?

    1. Yogurt
    Manfaat Ekstra: Menguatkan tulang, meningkatkan daya tuhan tubuh.
    Kenapa perlu minum yogurt? Yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang berfungsi
    untuk mengusir bakteria jahat di permukaan usus, meningkatkan daya tahan tubuh dan
    melindungi tubuh daripada serangan penyakit.
    Pun begitu, tidak semua yogurt mengandungi
    bakteria baik, jadi sebelum membeli pastikan labelnya tertulis 'mengandungi kultur yang
    hidup dan aktif' agar menfaatnya dapat di nikmati oleh tubuh.

    2. Tomato
    Manfaat Ekstra : Melawan kanser, kesihatan jantung, meningkatkan daya tahan
    tubuh.Kenapa harus makan tomato? warnanya yang merah mengandungi banyak likopen
    yang kaya antiokjsidan, bahkan penyelidikan menunjukkan bahawa, makanan yang kaya
    likopen dapat menurunkan risiko penyakit paru-paru, kanser prostat, kanser kulit serta
    kanser usus dan pengumpulan plak di pembuluh darah.

    3. Lobak Merah
    Manfaat Ekstra: Meningkatkan daya tahan, menajamkan penghlihatan, sebahagian besar
    buah dan sayuran berwarna kuning, merah atau oren kaya dengan karotenoid yang mampu
    mengurangkan risiko penyakit dan rheumatiod arthritis.

    4. Blueberry
    Manfaat Ekstra: Meransang kerja otak serta meningkatkan kesihatan jantung.
    Kenapa harus makan bluekerry? buah ini kaya antioksida, ia dipercayai dapat mencegah
    beberapa jenis penyakit dan juga meningkatkan daya ingatan. Penyelidan menunjukkan
    bahawa bluberry kaya dengan serat, vitamin A dan C.

    5. Soya hitam
    Manfaat Ekstra: Pertumbuhan otot, merangsangkan kerja otak, kesihatan jantung,
    semua soya bagus untuk kesihatan jantung. sementara itu, soya hitam pula mempunyai
    keistimewaan dan khasiat yang tersendiri iaitu dapat meningkatkan daya ingatan.Kenapa?
    kacang soya hitam kaya dengan antosianin, iaitu sejenis antioksida yang telah terbukti dapat
    memperbaiki fungsi otak. Setengah cawan soya hitam mengandungi 8gram protein dan 7.5
    gram serat dan rendah kalori.

    6. Gandum
    Manfaat ekstra: pertumbuhan otot, merangsang otak, kesihatan jantung, selain kaya dengan
    khasiat, gandum juga mengandungi serat tinggi yang larut air. di mana ia berfungsi untuk
    menurunkan risiko serangan jantung. selain itu, gandung juga kaya dengan karbohidrat.

    7. Bayam
    Manfaat ekstra: Meningkatkan pertumbuhan otot, kesihatan jantung, menguatkan tulang dan
    meningkatkan ketajaman penghlihatan, bayam kaya dengan asid lemak omega 3 dan folat
    yang membantu menurunkan risiko doserang beberapa jenis penyakit. walaupun is sekadar
    sayuran berwarna hijau, namun bayam dipercayai amat berkhasiat untuk meningkatkan
    tenaga lelaki.

    Saturday, October 25, 2008

    Hikmat Za’faran - Penguat Minda




    Za’faran adalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.

    Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setipa bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo!

    Tetapi oleh kerana bau dan kuasa pewarnanya yang sangat kuat, hanya sedikit sahaja Za’faran yang diperlukan. Za’faran digunakan untuk warna kuning-kemerahannya yang terang dan juga kerana bau dan rasanya yang pekat dan kuat.

    Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.

    Saidina Ali (R.A) pernah menyatakan:
    'Barangsiapa yang memakan za'faran da dimakan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari, maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir"


    KHASIAT ZA'FARAN
    (Berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam & maklumat internet)

    " Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
    " Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
    " Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
    " Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
    " Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
    " Bengkak hati atau hipatitis A dan B
    " Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
    " Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
    " Menambahkan tenaga zahir dan batin
    " Masalah mati pucuk, sembelit
    " Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
    " Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
    " Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
    " Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
    " Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
    " Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
    " Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya' Allah


    Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
    Maksudnya:


    "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."



    KEISTIMEWAAN ZA'FARAN


    ZA'FARAN adalah salah satu bahan rempah yang termahal didunia. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Timur Tengah seperti India yang menggunakannya sebagai bahan asli untuk melazatkan masakan atau sebagai pewarna dan dianggap bahan terbaik untuk kesihatan.

    1. DARI SEGI PERUBATAN


    Dios Cerides - seorag doktor bangsa Greek dari UK menganggap ZA'FARAN mempunyai nilai perubatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai bahan pembuka selera, membantu mengurangkan masalah ketidak hadaman makanan dan memberi manfaat kepada bayi & kanak-kanak.


    Malah pada masa kini di INDIA, ianya digunakan sebagai penyembuh masalah pencernaan. Hasil kajian telah mendapati bahawa ZA'FARAN kaya dengan vitamin B2 dan Riboflavin. Kajian oleh Allan Conney (New Jersey) pula bahaw ZA"FARAN dapat mengelakkan sisitem pencernaan daripada kanser (Le Fiigaro Magazine 23/12/1994)
    Di Eropah ZA'FARAN bayak digunakan di farmasi dan homeopathy sebagai bahan penenang kepada masalah jiwa yang tertekan.Kini ZA'FARAN digunakan dalam membuat minuman pencernaan dimana warnya yang keemasan itu di manfaatkan.


    Di Mesir, ZA'FARAN telah dikenali semenjak 1500 tahun sebelum masihi (1500 BC) sebagai tumbuhan yang berguna untuk kesihatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai:


    " Membantu pencernaan makanan" Menghindarkan batuk dan radang paru-paru" Mengurangkan maslah tidak boleh tidur malam" Memberi ketenangan kepada kanak-kanak waktu tumbuh gigi" Membantu mengeluarkan angin yang terkumpul di sistem pencernaan perut" Air anti spashodic


    ZA'FARAN telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu oleh 'therapist' dan pengusaha-pengusaha perubatan herba sebagai ramuan ubaat seperti:
    " Melancarkan haid yang tidak menentu" Awet muda dan menambah tenaga zahir dan batin" Baik untuk sakit kepala bila ditampal di kepala" Membantu menenangkan jiwa yang tertekanDi negara-negara Asia larutan ZA"FARN digunakan untuk membuat alat solek yang paling mahal serta kemampuannya merawat jerawat atau penyakit kulit yang lain dengan berkesan. Pada zaman silam ianya hanya terhad kepada wanita golongan di raja kalangn bangsawan dan saudagar



    ZA'FARAN bukan sahaj melicinkan kulit malah boleh membuatkan kulit cerah, sebab itulah di India terutamanya, wanita yang mengandung biasanya membubuh dua tiga urat 'filamen' daripad ZA'FARAN tersebut ke dalam susu dan di minum.



    2. UNTUK MASAKAN


    ZA'FARAN telah menjadi bahan terpenting dalam masakan antarabangsa. Di India ZA'FARAN mempunyai banyak kegunaan di dalam nasi, minuman dan pencuci mlut. Di Negara Teluk, tetamu dihidangkan dengan minuman di mana campurannya ialah kopi ZA'FARAN dan sejenis rempah (cardamurui) serta dihidangkan bersama ZA'FARAN.


    Sirap yang menyegarkan juga di sediakan dengan ZA'FARAN. Di Sepanyol sejenis maskan yang menggunakan ZAA"FARAN 'Spanish Cuisine' sangat terkenal diseluruh dunia. Biasanya pelawat atau pelancong yang datang ke Sepanyol tidak akan meninggalkan negara tersebut sebelum menjamah 'Spanish cuisine' tersebut. Penggunaan meluas ZA'FARAN di Sepanyol sebagai ramuan masakan boleh digambarkan dengan di beberapa buah buku masakan silam seperti Libro Del Arte De Cocina (1599 Ad) De Diego Granado, Libro De Paste Leria (1611 Ad)
    Di Itali "Rissoho A La Milanese" adalah makanan termasyhur. Di Sweden terdapat hidangan menyambut tetamu dengan menghidangkan 'Cake Za'faran'. Di Jepun penggunaan ZA"FARAN juga bertambah dan mereka juga gemar memakan ikan yang dihidangkan secara mentah bersama ZA"FARAN kerana ianya menambahkan lagi kelazatan ikan tersebut dan mengeluarkan warna keemasan pada daging ikan tersebut.



    3. UNTUK MINYAK WANGI


    Di timur tengah selain berkhasiat menyembuhkan sakit kepala, ianya juga digunakan sebagai minyak wangi berjenama ATTAR yang dipanggil 'ZA"FARAN ATTAR' ianya mengeluarkan jenama bertaraf antarabangsa.



    4. INDUSTRI TENUSU


    ZA'FARAN telah memberikan warna yang cantik danmenyerikan mentega dan keju. Ianya juga menambahkan kelazatan dan Za'faran juga digunakan dalam membuat ais krim.



    5. TEMBAKAU BERPERISA


    Kebanyakan di India di mana mereka menggunakan tembakau berperisa Za'faran yang dipanggil "Za'farn Zarda". Ianya menjadi sungguh enak.





    6. INDUSTRI MAKANAN


    Telah digunakan secara meluas termasuk makanan yang telah diproses.



    7. BAHAN PEWARNA


    Catatan sejarah menunjukkan bahawa banyak bangsa di dunia menggunakan ZA'FARAN yang keemasan sebagai bahan penyeri kulit seperti bangsa Irish, India, Jepun dan lain-lain serta pakaian. Sehingga sekarang sami-sami buddha masih menggunakan ZA'FARAn sebagai bahan pewarna bagi kain selepang yang mereka gunakan serta di dalam lukisan-lukisan mereka.



    8. POKOK ZA'FARAN


    Za'faran dalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za'faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za'faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za'faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za'faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi. Kajian saintis membuktikan bahawa Za'faran berpotensi digunakan sebagai salah satu eleman penting dalam penghasilan produk kecantikan kulit. Penggunaan Za'faran bukan sahaja dapat mencerahkan kulit, sekaligus dapat melembutkan kulit. Bagi anda yang mengidamkan kulit yang cerah, Za'faran adalah jawapannya. Bagi ibu-ibu mengandung Za'faran dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi dalam kandungan. Ujian klinikal mengesahkan bahawa ekstrak Za'faran mempunyai nilai perubatan. Za'faran berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi.



    9. KESESUAIAN FARMASIUTIKAL


    Seperti lain-lain rempah, Za'faran juga terkenal dengan kelebihan farmasiutikal dari zaman dahulu dan daripada penyelidikan sains moden, dari segi kegunaannya di dalam ubatan tradisional dan herba. Kini, Za'faran juga digunakan dalam menghasilkan ubatan menggantikan bahan kimia. Kajian membukikan bahawa Za'faran adalah bahan terpenting untuk ubatan kimia dan akan menjadi satu revolusi di dalam industri farmasiutikal.


    Produk za'faran terdapat dalam pelbagai bentuk, seperti Jus Tok Guru




    POLISTERIN YANG BOLEH MENGANCAM NYAWA

    Tahukan anda ..Bekas Polisterina yang digunakan untuk membungkus makanan adalah amat berbahaya kepada kesihatan serta boleh mendatangkan berdozen-dozen penyakit kronik seperti kanser

    Bahan makanan yang terdedah secara terus kepada bahan ini akan diresapi oleh bahan kimia yang terdapat dalam bahan polisterina ini.