Sunday, March 25, 2012

TEBU DAN KHASIATNYA



                     



Tebu merupakan bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula. Terdapat beberapa spesies tebu, tetapi yang paling biasa dilihat adalah tebu kuning. Terdapat juga tebu hitam.

Tebu merupakan dari keluarga rumput yang berasal dari Asia Tenggara. Batangnya yang tebal menyimpan sukrose dalam batangnya. Dari cecair ini gula dihasilkan dengan mengeringkan airnya. Gula yang dikristalkan telah dilaporkan semenjak 2500 tahun dahulu di India.

 Biasanya, tebu yang bengkok adalah kurang manis berbanding tebu yang batangnya lurus. Kebanyakan tebu yang biasa dilihat adalah tebu yang berwarna kuning dan juga tebu yang berwana hitam. 

Sekitar abad ke-8 A.D. orang-orang Arab memperkenalkan gula ke Mediterranean dan dari situ ia ditanam di Sepanyol. Ia merupakan salah satu tanaman terawal yang di bawa ke Amerika oleh orang-orang Sepanyol.

Selain sebagai bahan asas gula, tebu juga banyak berkhasiat sebagai ubat. Khasiat dari tebu adalah sebagai berikut :
  • Diperah menjadi jus minuman.
  •  
  • Dibuat menjadi ethanol yang nantinya digunakan sebagai bahan bakar.Limbah hasil produksi dari tebu bisa dimanfaatkan menjadi elektrik.
  •  
  • Ekstrak sari tebu yang ditambah jeruk nipis dan garam biasa di gunakan di India untuk memberikan kekuatan gigi dan gusi.
  •  
  • Air tebu dapat dimanfaatkan sebagai penyembuh sakit tenggorokan dan mencegah sakit Flu serta dapat  menjaga badan kita sihat. 
  •  
  • Air tebu ini boleh dimanfaatkan oleh penderita diabetes sebagai pemanis kerana  kadar gula yang rendah. Kerana tebu bersifat alkali sehingga dapat membantu  melawan kanser payudara dan prostat.
  •  
  • Minum  air tebu secara teratur dapat menjaga metabolisme tubuh kita dari kekurangan cairan karena banyak kegiatan yang sudah dilakukan sehingga dapat terhindar dari stroke. Dengan banyaknya kandungan karbonhidrat sehingga dapat menambah kekuatan jantung, mata, ginjal dan otak.
  •  
  • Membantu dalam pengubatan penyakit kuning kerana  memberikan kekuatan kepada  hati yang menjadi lemah  akibat  penyakit kuning.
  •  
  • Membantu dalam menjaga aliran air kencing yang  lancar dan juga membantu ginjal untuk menjalankan fungsi mereka dengan baik.

    sumber: wikipedia dan lain-lain

No comments:

Post a Comment