
Langkah-Langkah Pengawalan
Walaupun masalah keputihan yg anda alami tidak terlalu serius, namun kebersihan diri haruslah diutamakan utk diri sendiri di samping memulihkan masalah ini.
* Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh alat kelamin.
* Penggunaan pencuci vagina boleh dilakukan utk memastiakn kebersihan sekitar vagina. Bagaimanapun, penggunakan yg terlalu kerap tidak disyorkan kerana ia boleh membunuh 'bakteria baik' yg sedia ada di vagina anda. 'Douching' tidak digalakkan semasa mengandung kerana ditakuti udara boleh masuk ke dlm sistem badan melalui vagina. Ini nyata meninggalkan kesan yg buruk.
* Pengaliran udara di bahagian sulit dapat dikekalkan dgn penggunaan pakaian dari kain kapas yg selesa serta pakaian yg tidak terlalu ketat.
* Ambil probiotik setiap hari. Ia boleh didapati di dlm yogurt atau tablet/kapsul yg dijual di farmasi. Pengambilan bawang putih juga turut membantu.
* Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yg diproses. Oleh itu makanan seperti mi, roti, kek dan sebagainya haruslah dikurangkan.
Air Kosong Ubati Keputihan
Selain cara traditional dan rawatan moden, kaedah semulajadi tetap berkesan mengubati keputihan. Minum air dgn jumlah yg banyak dan mencukupi 8 gelas setiap hari mampu merawat keputihan. Kandungan jumlah air yg mencukupi dpt menstabilkan hormon dgn baik. Pakailah 'pantyliner' utk rasa lebih selesa.
No comments:
Post a Comment