Showing posts with label Diet Sihat. Show all posts
Showing posts with label Diet Sihat. Show all posts

Friday, January 18, 2013

Makanan Pengganti Nasi

Demi mendapatkan tubuh langsing dan sihat, ramai wanita memilih untuk mengurangkan pengambilan nasi. Malah, ramai juga yang tidak mengambil nasi selama berbulan-bulan. Kekurangan karbohidrat di dalam tubuh sebenarnya memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh badan. Tubuh masih memerlukan karbohidrat untuk memberi tenaga kepada kita. Oleh itu, makanan ganti kepada nasi yang mengandungi karbohidrat diperlukan untuk diet sihat. Cadangan makanan pengganti nasi:

Sagu



Sagu merupakan butiran atau tepung yang diperoleh dari batang pohon sagu atau rumbia. Usah risau mengenai kandungan lemak kerana sagu rendah kandungan lemaknya. Sangat sesuai dijadikan makanan pengganti nasi.

Cara sajian: Sajian sagu yang paling mudah ialah bubur sagu. Biasanya ia dimakan dengan ikan jika di Papua atau Maluku. Umpamanya memakan nasi dengan lauk ayam.

Jagung

Sumber karbohidrat ini juga mengenyangkan dan amat sesuai untuk anda yang mengamalkan cara hidup sihat. Selain itu, jagung juga mengandungi serat dan asid folat yang membantu menjaga pembuluh darah. Alternif yang sesuai sebagai makanan pegganti nasi yang enak.

Cara sajian: Jagung boleh direbus begitu sahaja atau dimasukkan di dalam masakan sebagai sayur tambahan. Tidak salah untuk menikmati jagung rebus pada waktu pagi sewaktu sarapan tetapi dengan rasanya yang enak, pastinya anda teruja memakannya. Anda juga boleh menikmati jagung bakar sebagai alternatif.

Kentang

Selain nasi, kentang adalah pengganti yang paling digemari. Kentang mudah dimasak dengan bahan-bahan lain. Ia mempunyai kalori rendah berbanding tumbuhan ubi lain. Kentang banyak digunakan dalam program penurunan berat badan. 200 gram kentang bersamaan 100 gram nasi.

Cara sajian: Panggang kentang bersama kulitnya agar khasiat kentang terpelihara. Atau, anda juga boleh merebus kentang dan dimakan bersama sos atau gravy.

Pasta

Sesekali bertukar selera Itali apa salahnya. Pasta diperbuat dari pelbagai campuran bahan seperti tepung, air, telur dan garam. Pelbagai jenis pasta boleh di dapati di pasaran contohnya spageti, makaroni, lasagne dan fettucine.

Cara sajian: Pasta boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada panggang, rebus atau dijadikan salad. Jika menu masakan anda memerlukan minyak, pilih minyak zaitun dalam kuantiti kecil. Daging rendah lemak boleh digunakan dengan tambahan sayur-sayuran seperti brokoli atau paprika.

Oat

Oat merupakan sejenis bijirin gandum dan kita sering menjumpainya dalam bentuk oatmeal. Biasanya, oat dijadikan sebagai bubur atau menjadi salah satu bahan dalam pembuatan kek. Oat boleh mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh.

Cara sajian: Mungkin dari semua sumber karbohidrat, inilah yang banyak tersedia dalam bentuk segera atau instant. Hanya campurkan air panas dan oat sudah tersedia untuk dihidangkan. Campurkan buah strawberi, beri hitam atau kiwi untuk menambah selera.

sumber

Pengambilan suplemen juga penting bagi menjamin kesihatan anda semasa anda tidak mengambil nasi. Ini bagi menampung kekurangan zat semasa dalam proses menurunkan berat badan anda. Multivitamin, detoks, dan pengemulsi lemak penting bagi menjadikan diet anda lebih berjaya.

Cadangan produk Shaklee untuk multivitamin ialah vitalea iron formula yang mengandung 28 jenis vitamin yang dapat menampung keperluan zat anda. Detoks pula penting untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin dan sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh kita. Cadangan produk yang biasa digunakan adalah seperti Herb-Lax, Alfalfa Kompleks dan Omega Guard. Kesemua produk detoks ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Anda pasti tidak menyesal menggunakannya selain mendapat pelbagai khasiat dari produk ini. Pengemulsi lemak seperti lecithin pula dapat mengemulsi lemak degil supaya terurai dan menghalang lemak berlebihan menempel di dalam badan. Ia juga mampu meningkatkan kadar metabolisme badan seseorang.

Pengambilan protein pula sangat penting untuk mengekalkan anda sentiasa bertenaga dan pengekalan otot badan anda. Tanpanya badan anda akan menjadi menggeleber apabila penurunan berat berlaku. Berat anda juga akan lebih cepat naik sekiranya anda makan secara tidak terkawal. Cadangan produk yang mengandungi protein ialah cinch mix shake, esp dan meal shake. Pilih mana-mana mengikut kesukaan anda.

Norhafizah MK | 019 984 7340 

Saturday, January 12, 2013

Minuman untuk Kurus

 Minuman Untuk Kuruskan Badan

Adakah minuman manis berwarna-warni menjadi pilihan utama anda untuk diteguk dalam menu harian anda? Minuman kordial, cincau, tebu dan kopi atau minuman bergas memang menarik minat anda untuk diteguk tidak mengira masa terutamanya petang dan malam. Itulah di antara pemuas dahaga yang wajib ada di atas meja santapan anda bukan? 

Bagaimana jika sesekali kita lari daripada kebiasaan,cuba ini: Rendam sehiris lemon di dalam air kosong dan tambahkan ais untuk rasa ekstra dingin? Pastikan tanpa GULA. Ia bukan sahaja bebas kalori, malah turut menyimpan seribu manfaat kesihatan terutamanya anda yang ingin menurunkan berat badan dengan diet sihat. Minuman ini dijadikan sebagai minuman untuk kurus.

Buah lemon, merupakan sejenis buah-buahan asli Asia yang menarik dengan warna kuning terang. Di seluruh dunia, ia biasa digunakan untuk tujuan kulinari seperti diperah menjadi minuman, diramu dalam masakan serta boleh diparut untuk menambah perisa kek atau kuih-muih yang enak. Kandungan jus lemon diperkaya dengan 5-6% asid sitrik, seterusnya menitipkan rasa masam di sekitar paras pH 2-3. Amat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan lemak-lemak berlebihan. Minuman untuk kurus katakan...

Sebiji lemon mampu menghasilkan kira-kira tiga sudu besar pati jus berkuantiti 50ml. Bagi memudahkan ia diperah, lemon perlu disimpan dalam suhu bilik agar jusnya lebih mudah dikeluarkan. Ia mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid panthothenic (vitamin B5), vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.

Bagi anda yang masih baru mengenali buah ini, menikmati lemon boleh dilakukan melalui beberapa gaya masakan seperti mencuba resipi ayam bersos lemon.

Khasiat Sebiji Lemon.
  • Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser.
  • Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
  • Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
  • Pengambilan jus sitrus ini membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
  • Kajian menemui khasiat anti-karsinogenik di dalam lemon untuk merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara. Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan menukarnya menjadi karsinogenik.
  • Pesakit jangkitan salur kencing atau genorrhea juga boleh mengambil jus lemon sebagai langkah pencegahan.
  • Amalan menikmati jus lemon setiap hari membantu mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
  • Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.
  • Jus lemon amat sesuai diminum untuk mencegah dehidrasi dan kesan diarea. Ia juga membantu memberikan cahaya keserian wajah.
  • Mengalami inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut? Amalkan meminum jus lemon untuk mengatasinya.
  • Berkumur dengan jus lemon juga dapat menyingkirkan plak, memutihkan dan menguatkan enamel gigi. Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
  • Kebiasaannya, pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.
Jom sama-sama kita amalkan minuman untuk kurus ini...

    Friday, January 4, 2013

    Makan Saya Untuk Diet Sihat

    Ramai di antara kita kalau sebut pasal diet mesti terbayang tak nak ambil makanan yang berat-berat kan...tapi salah tu makanan yang berat/mengandungi karbohidrat perlu ada untuk tenaga harian kita cuma kena kawal kuantitinya sahaja. Pada siapa-siapa yang nak diet tu jom amalkan makan buah-buahan yang disenaraikan. Ini hanya option sahaja tau..

    Petua untuk kuruskan badan!!Jom baca 

     

    Anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.

     
     

    Buah-buahan sesuai untuk mereka yang nak diet.

     
    Nanas - Nanas boleh membuatkan anda menjadi kurus. Ini kerana nanas mengandungi asid sitrik yang boleh memecahkan lemak dalam badan anda. Ia juga mengandungi vitamin A, B1 dan bromelain. Dimakan terus atau pun dibuat jus boleh mencuci sistem dalaman tubuh, melawaskan pembuangan air kecil, merangsang penghadaman, menghilangkan sakit kerongkong, membantu mengatasi masalah hati dan demam kuning. Air nanas juga sesuai digunakan untuk rawatan berkaitan penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut.
     
     

    Epal Hijau - Buah yang penuh khasiat walaupun rasanya agak masam. Makan sebiji epal hijau setiap hari akan membekalkan khasiat bagi mengurangkan kolestrol dalam badan. Ia juga mengandungi phytonutriens yang melambatkan proses pengoksidaan kolestrol yang tidak baik.

     
      
    Oren - Buah yang kaya dengan vitamin C. Ia boleh memelihara kesihatan sel-sel tubuh. Ia juga baik untuk tulang dan juga otak. Kulit buah yang berwarna putih sebenarnya mengandungi lebih vitamin C berbanding isi buahnya yang berwarna oren. Ia juga menganding kandungan serat pada bahagian kulit yang berwarna putih.
     

    Kiwi - Buah yang sangat kaya dengan phythonutriens dan mengandungi pelbagai vitamin dan mineral. Ia mampu mencairkan darah bagi menjaga kesihatan jantung seperti aspirin. Ia mampu megurangkan risiko untuk mengalami masalah kesihatan berkaitan dengan pernafasan seperti berdehit, pernafasan pendek dan batuk malam. Ia juga baik untuk jantung dan boleh membantu pesakit diabetes mengawal kandungan gula dalam badan.

     
     
    Strawberi - Buah yang tumbuh menjalar ini mengandungi antioksida yang memerangi unsur radikal bebas atau penyebab kanser. Buah ini juga mengandungi vitamin K, mangan, Folic Acid, Potasium, Riboflavin, Vitamin B5, Vitamin B6, magnesium dan Omega 3. Makan semangkuk strawberi yang dihancur (5 sudu) boleh memberikan kandungan kolagen yang boleh mencantikkan kulit anda juga.
     
     
    Anggur - Mampu melambatkan proses penuaan kerana ia mengandungi vitamin c yang tinggi dan ianya mampu membaiki tahap antioksida  dalam tubuh manusia. Kehadiran radikal bebas yang berpunca dari pelbagai pencemaran (terutamanya pencemaran udara) adalah punca menyebabkan proses penuaan berlaku lebih cepat dari sepatutnya.
     

    Tembikai - Kadar kalori di dalam tembikai adalah sangat rendah. Ia juga mengandungi kalsium, karbohidrat, lemak, zat besi, magnesium, fosforus, potasium, protein, sodium dan gula. Kandungan potasium mampu membantu masalah tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan batu karang. Tembikai juga boleh meredakan simptom osteoartris dan kandungan antioksidanya boleh mengelakkan serangan kanser dan penyakit jantung. Ia juga boleh membantu mengurangkan masalah rabun malam