Ramai di antara kita kalau sebut pasal diet mesti terbayang tak nak ambil makanan yang berat-berat kan...tapi salah tu makanan yang berat/mengandungi karbohidrat perlu ada untuk tenaga harian kita cuma kena kawal kuantitinya sahaja. Pada siapa-siapa yang nak diet tu jom amalkan makan buah-buahan yang disenaraikan. Ini hanya option sahaja tau..
Petua untuk kuruskan badan!!Jom baca

Buah-buahan sesuai untuk mereka yang nak diet.

Epal Hijau - Buah yang penuh khasiat walaupun rasanya agak masam. Makan sebiji epal hijau setiap hari akan membekalkan khasiat bagi mengurangkan kolestrol dalam badan. Ia juga mengandungi phytonutriens yang melambatkan proses pengoksidaan kolestrol yang tidak baik.
Oren - Buah yang kaya dengan vitamin C. Ia boleh memelihara kesihatan sel-sel tubuh. Ia juga baik untuk tulang dan juga otak. Kulit buah yang berwarna putih sebenarnya mengandungi lebih vitamin C berbanding isi buahnya yang berwarna oren. Ia juga menganding kandungan serat pada bahagian kulit yang berwarna putih.

Strawberi - Buah yang tumbuh menjalar ini mengandungi antioksida yang memerangi unsur radikal bebas atau penyebab kanser. Buah ini juga mengandungi vitamin K, mangan, Folic Acid, Potasium, Riboflavin, Vitamin B5, Vitamin B6, magnesium dan Omega 3. Makan semangkuk strawberi yang dihancur (5 sudu) boleh memberikan kandungan kolagen yang boleh mencantikkan kulit anda juga.
Anggur - Mampu melambatkan proses penuaan kerana ia mengandungi vitamin c yang tinggi dan ianya mampu membaiki tahap antioksida dalam tubuh manusia. Kehadiran radikal bebas yang berpunca dari pelbagai pencemaran (terutamanya pencemaran udara) adalah punca menyebabkan proses penuaan berlaku lebih cepat dari sepatutnya.

No comments:
Post a Comment